Saturday, April 30, 2011

Selamat hari lahir sayang...Muhammad Ilham Nazmi









Adik ni suka sangat kalau ambil gambar buat lawak, sesuai dengan lubang hidung yang besar..he he he.

Alhamdulillah semua anak-2 yang kukandung, aku tak banyak masalah seperti alahan, kencing manis atau darah tinggi, alhamdulillah. Cuma aku tak mampu melahirkan mereka secara normal. Alhamdulillah juga mereka lahir dalam keadaan yang sihat dan sempurna semuanya.

Adik ni, 2 minggu aku lewat, adik perempuanku yang due seminggu lewat dari aku dah bersalin, aku tak ada rasa langsung. Check kat Dr baby dah turun tapi tiada bukaan. Saiz kepala besar. Masa tu tak terfikir saiz kepala besar penyakit ke apa. Sebab aku +ve sepanjang kehamilan tiada masalah.

Makcikku bidan hospital kerajaan nasihat operate aje..he he he. Masa tu memang aku taknak, usaha nak tunggu lagi kalau boleh beranak normal. Dah ketentuan, ini rezeki dan caraku dapat anak melalui tingkap..kata orang kampung. Akhirnya dengan persetujuan suami, aku setuju dioperasi 30 April 2002. Malas nak pilih tarikh 1 Mei dah tak sabar nak kuarkan baby.

Besar tul saiznya masa keluar..beratnya hampir 4 kg. Suara tangisannya sesuai dengan lubang hidungnya..he he he.

Sekarang adik dah berumur 9 tahun, paling rajin tolong ibu tapi kenkadang kena berupah juga. Kalau sakit kaki adik rajin urut kaki ibu dan keesokan harinya adik mesti tanya, kaki ibu dah ok..ini yang aku sayang kamu. Paling suka kalau dia solat, panjang ayat lazimnya..he he he TAPI merungut pun leh tahan jugak...ingat dosa derhaka kat ibu n ayah.

Takpelah sayang, ibu tetap sayang sebab ADIK anak ibu. Doa ibu setiap kali solat, semoga anak-anak ibu rajin mengerjakan solat, mengaji dan taat kepadaNYA. Jangan lupa,...belajar rajin-2 ye.

Sunday, April 17, 2011

Cucur pisang kapas


Assalamualaikum. Xtvt menghabiskan pisang-2 yang dibawa oleh suami dari kampungnya. Inilah hasilnya, cucur pisang kapas/raja abu. Aku memang fail buat cucur. Alhamdulillah jadi akhirnya..he he he

Resepinya senang aje..

Pisang
Tepung gandum

Lenyek pisang dan masukkan tepung, aku main agak-2 aje.

Saturday, April 16, 2011

Pelangi di hatiku...


Assalamualaikum....selamat hari Sabtu. Malam tadi kami tidur berempat sahaja kerana anak sulung ada program di sekolahnya. Kejap lagi nak keluar ambil dia.

Sementara tu, melayan kek pelangi yang kubuat untuk percubaan kali kedua ini. Asalnya kek ini untuk pelangganku, Hannan tapi tengok macam nipis pulak. Setiap lapis ku sapukan jem mengikut warna lapisan..he he he. Lepas tu siram dengan chocolate ganache. Manis betul cik adik.


Untuk mengurangkan risiko cepat mendapat penyakit kencing manis seorang diri (he he he)..kek ini telah ku agihkan kepada jiranku Linda. Kata puteriku, Cik Lindanya makan dengan Cik Yah, Ustazah Zainap, Cik Sham dan kanak-2 yang main-2 kat lorong kami...alhamdulillah selamat. Jiran sebelah rumah pun dapat merasa, kebetulan pinggannya ada dirumah ku...apalagi pulangkan..pulangkan....pulangkan. Maaf lambat pulang pinggan ye Midah, tak benda nak isi...he hehe.


Taraaaaaaaaa........kalini lebih puashati dengan rasa kek, walaupun manisssssssssss. Kalau sebelum ni dengan krim cis...tak berapa nak makan untuk kali ke..2 he he he.

Keterujaan nak buat kek ni, bila tengok orang sibuk gi belajar. Caraku dari dulu adalah dengan sruf kat i-net. Kalau dulu aku memang rajin sesangat tengok kat Myresepi Jom Kongsi Resepi. Tengok resepi pilihan dan akan mencuba kat resepi yang jadi feberet orang ramai. Baca kat komen-2nya untuk mengetahui info-2 tentang resepi tersebut.

Resepi kek ini telah ku letak di N3 sebelumnya, rajin-2 cubalah, insyaallah tak menghampakan. Kalau tak berapa rajin nak buat..tempah aje..he he he.

Monday, April 11, 2011

It's her birthday...raikan bersama kengkawan di tadika


Beriya-2 birthday girl bergambar ngan keknya...Tq Teacher Marena ambilkan gambar Fathieha.
Anakanda ku bersekolah di Little Caliph Seksyen 7 Shah Alam. Bagus tempat ni, dari anak no. 1, 2 dan akhirnya yang ke 3. Ini tahun terakhir jumpa ngan guru-2 kat sana.

Bergambar dengan kek n muffin sebelum ke sekolah.

Choc indulgence


Muffin blueberry

Ini pula kek coklat indulgence saiz sederhana dengan gambar edible puteriku dengan muffin blueberry.

It's her birthday...raikan dengan keluarga

Assalamualaikum, lama tak bersiaran di blog ni..kemalasan n takde idea. Ini xtvt malam semalam selepas suami pulang dari luar daerah..he he he

Oklah meraikan satu-2 puteriku, Siti Nur Fathieha sempena ulang tahun kelahiran ke 9 nya pada tanggal 11 April.

Birthday girl yang nak makan bersuap sebab dia birthday girl katanya. Layankan aje.

Kubuatkan untuknya kek pelangi ngan krim cis gegara tengok kat blog orang yang sibuk menuntut ilmu. Sebelum ni bulan Mac 2010 dulu Rima ada buat untuk birthday puterinya, ini pula ku ambila dari sini.

Siti Nur Fathieha sesatunya puteriku selepas 2 abangnya yang kulahirkan secara caeserrean..klu salah ejaan sori. So kelahiran ke 3 tiada pilihan. Kalau bersalin ke 3 cara ni, kena diawalkan jadualnya dan tarikh pilihan doktor jatuh pada bulan Safar. Anak ke 2 bulan Safar. Tak bagus sangat perangai dan sifat peribadinya kalau ikut bulan Islam. So nak tak nak kena tipu doktor kata adik bongsu ku menikah padahal masa tu dia dah kahwin...he he he

Maka 2 Rabiulawal menjadi pilihan bersamaan 11 April 2005. Memulakan keluar doktor tunjuk macam boy, depa suh tengok bebetul..alhamdulillah dapat juga baby girl. Takpelah doktor nasihat jangan beranak lagi memandangkan usia dan saiz badanku yang begitu cummil...tapi bila tengok kengkawan beranak kecil, rasa nak juga..suami kata takpelah dah itu rezeki kita. Puteriku memang nak sangat adik..sorilah, mama dah kena berehat.

Buat anakanda, doa mama (dia seorang yang panggil camtu), semoga jadi anak yang solehah, muslimah sejati bila dewasa kelak, menjaga maruah dan peribadi Islam. Mama sentiasa sayang Siti Nur Fathieha.