Monday, June 18, 2012

Apam ice cream


Akhirnya berjaya dicoklatkan..he he he, buat masa anak-2 sedara ramai kat rumah ni semalam. Adikku, Niza dan keluarganya kerumahku, bawa sekali anak adik bongsu.

Kami nak g majlis perkahwinan anak angkat arwah mak, masa program anak angkat oleh GPMS, ITM dulu-2...lama dah perhubungan ini bertaut, dari adik-2 ku kecil, sampai dah beranak pinak..tautan ikhuwah tetap berlangsung..mudah-2an.

Klu sesiapa nak resepi, g lah blog Puan Azlita Aziz yang memang x lokek berkongsi resepi dan cara-2 memasak. Tq Puan Azlita, semoga dipermudahkan sepanjang menunaikan ibadah umrah.

Sunday, June 17, 2012

Cuti sekolah penggal ke dua...

Masa buat ni haritu, suami odw balik dari Utara atas urusan pekerjaan..insyaallah. Teringat nak cuba apam eskrim resepi dari Puan Azlita yang manis tu..sedang membuat, anak-2 bagi tau, Mak Long datang...mak long mana ku tanya..berlari aku ke dalam mencapai tudung pelbagai..


Dapat juga bagi mereka merasa hasil tangan ku tapi x sempat nak upload gambar yg ada choc kat atasnya..silap juga guna baki choc ganache..


Bila cuti sekolah menjelma, mula aku susah hati..he he he. Biasalah ibu yang bekerja, anak-anak dok rumah, x blh bertenang diri. Fikir makan depa, apa depa buat..konpem kerjanya bergaduh n berebut PC kat rumah..so ibu n ayah sepakat hantar depa ke Masjid Sultan Abdul Aziz Shah mengikuti Daurah Remaja Islam ke 2/2012..selalu dah depa pergi tapi Fathieha baru pertama kali. X mahal pun, RM50 seorang dari Isnin-Khamis, selama 2 minggu.


Jujurnya padaku, solat mereka terjaga begitu juga akhlak mereka, duduk rumah sepanjang masa depan PC...sembahyang dah tentu lewat klu x diperingat. Baru perasan lama dah x ambil gambar Along, masa ni kami sedang menunggu Along, groupnya lewat sedikit dibenarkan bersurai.

Insyaallah hujung tahun akan ada lagi xtvt ini, maaf ibu harapkan, walaupun kenkadang anak-2 rasa bosan. Itu saja mampu ibu berikan bagi menjamin anak-2 ibu terpelihara di dalam rahmatNYA..insyaallah. 

Bila rajin...

Assalam, lama dah x upload kat blog ni. MALAS...ni sementara angin RAJIN tengah ada..masuk gambar-2 buat kenangan dan tatapan aku sendiri.


Pertama kali mencuba kek lapis kukus, sebab ada cikgu yang teringin. Bagiku yang selalunya buat kek lapis bakar..kira mencabar juga kukus kek lapis ni. Alhamdulillah cikgu tu suka.


Cream puff ni hidangan makanan sebelum makan tengahari. Tengok adikku Udin n keluarga tengah lepak-2, ku hidangkan puff dengan choc ni..kejap aje dah licin..he he he


Gambar Ainul & Aina semasa dalam perjalanan kerumah adik bongsuku..Ainul semakin pemalu, bila panggil atau tegur sikit, udah tutup mukanya dengan tangan..biar malu sampai besar ye sayang.


Aina, budak pipi montel, comel n tembam ni...baik sangat..he he he, kena hempap pagar..udah berbalut dahinya..