Balik dari masjid, bila time aku ambil..inilah xtvtnya..mmg tgh lapar sesangat. Selain dari anak-2ku, anak Ust Laila n Azie join sekali...macam-2 kerenah depa ni. 2-3 kali datang, makcik kedai ingat anak-2ku..he he he, ramainya. Baru perasan gambar Nazmi takde..manalah adik pergi dik.
Friday, December 31, 2010
Friday, December 24, 2010
Pizza lagi...
Makan-2
Makan odw nak bergerak ke Penang, Ayam Penyet Kelang Central.
Ni nak bagi cadangan, sesiapa tidur kat Seri Malaysia Bayan Lepas, keluar dalam 100 m agaknyalah ye dari entrance, ambil kiri ada kedai bawah pokok seberang jalan..memang mabeles..dengan 5 gelas sirap limau n lauk pauk ni dan 5 pinggan nasi, baru RM23.++
Jempu makan.....
Jalan-2 cuti sekolah
Monday, December 20, 2010
Mood cuti...Marble Nutella
Assalamualaikum buat semua, harini aku tak kerja n anak-2 tak pergi ke Program Daurah Remaja Islam yang dianjurkan oleh Masjid Negeri Shah Alam. Kena pergi sekolah untuk tandatangan rekod persekolahan mereka. Tahun ini memang lambat sesangat sebabnya kerana peperiksaan akhir tahun berakhir pada hari Khamis minggu akhir persekolah sesi 2010. Takpelah semua dah selesai n alhamdulillah.
Tengahari tadi sebabkan terajin sikit n untuk buat bekalan, insyaallah ikut suami ke Penang atas urusan kerja, ku merajinkan diri membuat kek marble nutella ambil resepi dari Rima. Rima pula ambil dari dari Bro Rozzan yang terkenal dengan pelbagai masakannya. Ku tak guna nutella, letak ganache sebab kami sekeluarga tak pernah mencuba nutella pun sepanjang kehidupan bersama anak-2..he he he.
Kekku merekah dibahagian tengah, takpe janji anak-2 suker...dan telah selamat dirasmikan oleh Siti Nur Fathieha, putriku.
Sunday, December 19, 2010
Trifle dirumahku...
Ermmmm..sedap, sejuk aje sampai ketekak. Dah 2 - 3 kali buat tiffle, rasa lebih sedap dengan jelly NONA..lembut aje. Kebetulan ada baki adunan untuk kek eskerim, so ini hasilnya. Dah ku agih ke jiran sebelah, Midah n kerumah Azie...harapa semua menyukainya.
Resepinya dan caranya memang mudah sesangat..nah ini dia resepinya yang saya c n p dari fotopages Chef Hanieliza...sedap.
TRIFFLES
Bahan-Bahan:
1 bungkus kek swiss roll
1 kotak agar-agar segera (Lady's Choice) - perisa strawberry
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
3 cawan susu segar
Cara:
1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk.

Tuesday, December 14, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)