Showing posts with label Menu Berbuka. Show all posts
Showing posts with label Menu Berbuka. Show all posts

Sunday, August 28, 2011

Air tangan suami


Menu mee goreng untuk berbuka..suami bawa ke surau

Menu bersahur telur dadar dan ikan goreng

Sambal sotong dan anak bilis..mabeles sayang. Ada letak belacan lagi.

Ini suami masak, sebab isterinya keletihan membakar kek..terima kasih sayang. Berselera betul.


Thursday, August 18, 2011

Menu sahur/berbuka-hari 18

Berbuka tanpa suami tapi ditemani anak-2. Suami berbuka dengan kawan-2 kerja..kami memang x join. Lagi sedap makan masakan ibu kan sayang..he he he

Dah banyak kali buat menu ni, tapi kalini untuk dishare aku guna resepi Resepi Raidah tapi ikut bahan yang ada di dapurku sahaja. Masih sedap.


Ibu

Along

Fathieha

Angah

Nasi mandhi..
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkihSedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.

Bahan-bahan ayam:

1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning/ saffron
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.

**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukkan ke dalam nasi.

Kuah dari ayam yang dibakar...jadi sup.

Sos:

1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.

Cara penyediaan:

~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

Pencuci mulut, tembikat yang dibeli Selasa petang kelmarin dan lupa dipotong masa orang ramai semalam.

Udang masak masam manis..sedap


Ode dari member pejabatku, dapat makan dengan Along seorang sepotong, yang lain habis dimakan oleh Nazmi dan Fathieha.

Menu sahur/berbuka-hari 17

Adik perempuan yg dok kat Bukit Sentosa call n bg tau nak berbuka kat umah kami..bolehlah no hal. Ajak adik bongsu n famili join tapi dia kat Bilut, next time ye..

Iparku beli satay dan goreng tepung cempedak yang banyak sangat tepung..dah tak rasa cempedak, cam mana lah orang berniaga..

Suami beli ikar bakar kat bazar tamanku

Masak lagi roti jalan, kari ada baki, aku tambah ayam dan santan.


Sambal udang..asalnya suami suruh goreng kunyit, maaf ye Yang, kunyit habis.


Tuesday, August 16, 2011

Menu sahur/berbuka-hari 16

Harini seawal pagi selepas solat Subuh, suami pergi ke Penang. Asalnya dia nak hantar anak-2 ke sekolah awal, kesian pulak..maka ku siapkan secepat mungkin fruit tart ode dari member Lin, sib baik 50 bj aje. Nasib baik baju dah siap di sidai semalam. Alhamdulillah dapat hantar mereka awal

Roti jala n kuah kari ayam, menu teringat nak buat jam 6.40 petang, biasalah beriya-2 rancang nak masak lain, lain pulak dibuatnya. Ambil dari sini

3 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air/susu/santan
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 bj telur
Sedikit pewarna kuning, saya guna kunyit serbuk

Campur semua bahan dan diblender sahaja. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan api sederhana saja.

Saya tambah sedikit air lagi sebab adunan agak likat. Untuk pastikan adunan ok, bila di jala, cantik turunnya n tak putus-2.

Saya guna botol sos. Mudah dan senang.

Ini pulak asalnya nak buat mee goreng, tetiba tukar buat mee hailam. Alhamdulillah anak-2 suka. Selamat mee 450gm..he he he urkkk. Ambil resepi yang En Mat Gebu upload kat MyR..sedap En Mat. Tqvvvm.

Ini saya C n P dari MyR..Tq MyR pencetus minat memasak..

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 500 g mee kuning
  • 300 g udang sederhana besar
  • 1 keping dada ayam
  • 1 biji lada Benggala hijau dan merah, dipotong kiub
  • 6 keping cendawan tiram, dihiris
  • 4 kelopak kobis daun, dikerat-kerat
  • 2 biji tomato, dibelah 4 setiap 1 biji
  • 1 cawan taugeh (optional)
  • 2 keping tauhu digoreng dan hiris
  • Hirisan daun sup, daun bawang dan cili padi secukupnya
  • Bawang goreng utk hiasan
  • 3 ulas bawang putih, ditumbuk lumat
  • 3 camca besar sos tiram*
  • 2 camca besar sos lada hitam*
  • 1 camca besar sos abalone*
  • 1/2 camca teh minyak bijan*(*gaul semua sos dalam satu bekas)
  • 1 camca teh kicap pekat
  • 1 camca besar tepung jagung, bancuh dgn sedikit air
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Basuh udang, asingkan kepala dan ekornya. Perap udang yg telah dibersihkan dgn 1 camca teh garam, biar 5 minit, cuci kembali dan toskan. Dada ayam dipotong kecil2, cuci dan sejatkan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis kepala dan ekor udang tadi hingga kekuningan. Angkat dan tumbuk hingga lumat. Masukkan dalam periuk, tuang 1 liter air dan renihkan 20 minit. Tapis dan asingkan stok udang.
  3. Dalam periuk atau kuali. Tuang sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan udang, daging ayam dan kacau goreng 2 minit. Masukkan bancuhan sos tadi dan juga stok udang. Biar hingga mendidih.
  4. Masukkan kobis daun, tomato, cendawan, tauhu dan lada benggala. Masak 5 minit. Tambah sedikit lagi air (mengikut keperluan masing2).
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung, dan kicap pekat. Gaul rata. Masukkan mee dan taugeh. Gaul rata. Perasakan garam dan gula secukupnya. Hidangkan panas2 dgn taburan hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan cili padi.

Saya guna bahan yang ada di dapur saya sahaja. Contohnya saya hanya letak sos cili, sos tomato dan sos tiram.

K selamat mencuba.

Menu sahur/berbuka-hari 15


Masak 2 bungkus bee hoon jenama Jati n Jasmine, ambil secukupnya untuk berbuka dan yang selebihnya bawa ke surau untuk berbuka. Nazmi kata, semua orang ambil bee hoon ibu..he he he

Alamak gambar blurrrrr, tak de lauk lain, masak sambal telur aje.


Ini pula ode dari pelanggan Adeela, buat selepas solat maghrib, dapatlah anak-2 makan selepas terawih.

Nak resepi..ikut sini ye. C n P dari MyR

Bahan-bahan
  • 3 biji telur
  • 275 gm tepung gandum*
  • 3 sudu teh baking powder* (diayak bersama tepung gandum)
  • 150gm susu segar (fresh milk) . Boleh juga ganti dgn susu sejat
  • 1 sudu teh ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna & Esen Vanilla
  • 200 gm gula halus (boleh kurangkan jika tak suka manis)

Cara-cara

  1. Pukul telur dan gula hingga kembang dgn kelajuan maxima selama 10 minit. Masukkan susu BERSELANGSELI dengan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul perlahan dengan mixer. Tambah esen vanilla & Ovallette ,pukul lagi sehingga sebati dan nampak adunan akan berubah texture menjadi gebu . Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ,titiskan pewarna mengikut citarasa
  2. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  3. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  4. Picitkan blueberry filling secukupnya
  5. Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan
  6. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit
  7. Sebelum dikukus, panaskan air dalam kukusan. Pastikan air telah mendidih.Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah
  8. Boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka.

Sunday, August 14, 2011

Menu sahur/berbuka-hari 13


Suka bila suami tengok lauk sardin ni, dia kata ermmm nampak sedap. Insyaallah sedap sayang..he he he. Selain dari menjadi lauk juga menjadi pencicah dengan cucur udang keringku. Suami suka klu ada baki kuah lemak dimakan dengan cucur udang.

Asalnya cucur udang tu dia nak goreng, disuruhnya ku bancuh adunan. Bila tgk semua keletihan n semuanya sedang zzzzzzzzzz, takpelah ibu tolong. Seronok suami dan anak-2 berbuka di rumah.

Sahur hari ke 14, macam biasa, lewat lagi. Asalnya anak-2 ajak nak makan Mc D. Suruh bangun kul 4 pagi n ajak solat kat mana-2 masjid...he he he. Tulah tidur lambat lagi. Sib baik ada choco crunch lagi. Aku makan 2 bj kurma, suami minum air saja. Harap anak-2 dapat bertahan.

Menu sahur/berbuka-hari 12

Sumbangan jiran baru kami. Tq bebanyak ye, maaf x dengar masa dipanggil, sedang sibuk memasak di dapur.

Tetiba petang tu teringin nak makan kuah masak lemak yang biasa buat masa zaman muda belia dulu. Tak ada serai atau ikan bilis, main masuk cili giling dan serbuk kunyit dalam santan, sambil mengacau/tembok kuahnya perlahan-2 masukkan ikan dan masak sampai mendidih/ikan masak. Jangan lupa letak garam secukup rasa ye. Alhamdulillah depa suka.

Goreng udang orang malas, gaul udang ngan kunyit dan garam. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bawang dan udang...sedap juga. Sempoi tapi syukur dapat menyediakan makan buat semua.

Roti gulung air tangan suami. Dah pernah diberi resepinya klu x silap. Senang aje. Gelek roti bagi nipis. Telur dipukul dengan sedikit mayonis dan sedikit garam. Celur roti dalam adunan tadi dan gulung. Goreng...sedap. Tq Nazmi yang rajin tolong ayah gelek roti.

Sahurnya pula macam biasa makan lauk berbuka. Anak-2 makan choco crunch bersama susu.

Thursday, August 11, 2011

Menu sahur/berbuka-hari 11


Assalamualaikum..harini berbuka sendirian di rumah. Anak-2 ikut suami ke surau kecuali Adli yang mengikuti Program Ihya Ramadhan, Masjid Sirajuddin, Batu Belah. Esok petang baru jumpa dia semula. Insyaallah.

Masak ayam masak kicap caraku. Sempoi aje.

Goreng ayam.
Tumis bawang putih & bawang merah.
Masuk cili giling dan tumis garing, masukkan kunyit serbuk.
Masuk kicap dan sedikit air asam. Tunggu mendidih n angkat. Curah atas ayam yang telah siap digoreng. Siap...

Aku tak letak garam, sebab kicap pun dah ada perasa masin...jaga kesihatan konon.


Ini pula ada lebihan bubur kacang semalam, keringkan sedikit kuahnya, masuk tepung gandum dan kacau sampai agak boleh digelek atas tangan. Fathieha yang sibuk suruh buat `playdoh' ku ajak mengentel nya..hilang rengekkannya dapat buat cam ibu.

Bancuh sedikit tepung beras, garam dan sedikit serbuk kunyit. Kalau suka letak kapur yang boleh dimakan. Goreng cam goreng pisang dalam minyak yang telah dipanaskan.

Siap dan jemput makan. Gorengan kedua ada yang hangus sebab sedang sibuk menggoreng ayam di dapur sebelah. Tapi sedap tau sebab garing n takdelah rasa sangat hangusnya. Krup krap bunyinya bila dimakan.

Kugorengkan suami kobis dengan telur dah suku yang ku ratah..sedap. Ikan bilis goreng tu Anjang (SIL) beri masa kami ziarah n berbuka puasa di rumahnya pada hari Isnin lepas. Sedap rangup.....k lah. Jemput makan. Aku masak memang sempoi aje..tapi rasanya insyaallah tidak mengecewakan..janji kita ikhlas.

Wednesday, August 10, 2011

Menu sahur/berbuka-hari 10

Alhamdulillah menghampiri fasa ke 2 puasa. Anak-2 masih berpuasa. Insyaallah. Subuh tadi lepas semuanya dah solat subuh, Adli dah separuh berpakaian sekolah, kami semua sambung tidur..padan muka sedar-2 dah jam 7.40 pagi. Semua dapat cuti dari ibu..maafkan saya cikgu.

Harini mama masak ala-2 sup cendawan, Fathieha makan sampai 3x tambah, roti makan 6 potong. Sedap sangat katanya.

Ayah, Along n Angah berbuka puasa di surau. Sempatlah tadi menggoreng 2 bungkus mee hoon dan bubur kacang durian untuk dibawa ke surau.

Tuesday, August 9, 2011

Menu sahur/berbuka-hari 9

Semalam hari Isnin, suami balik kerja awal. Dia tanya..siapa nak ikut ayah berbuka kat luar. Ibu jawab, jom g KL. Kami berbuka di rumah kakak ipar sebelah suami.

So semalam hanya masak srabble egg untuk anak-2. Lama sangat tak makan roti. Itu pun sebab dah terlewat sedar. Masuk ni dah 2 atau 3 kali terjaga lewat. Kelam kabut, suh anak makan apa yang ada, janji depa dapat berpuasa.

Mee bandung segera aje. Agromas punya produk. Not bad.


Mari menari cha cha..he he he. Mak mertua beri nangka semasa suami singgah berbuka puasa Ahad lepas. Buatkan untuk berbuka puasa surau dan tinggal sedikit untuk kami. Anak-2 lelaki tak suka. Suami pesan simpan sedikit untuknya letak dlm freezer.

Harini ibu kembali ke dapur rumah sendiri. Yeah memasak untuk diri sendiri n anak-2. Alhamdulillah setelah dipujuk, anak-2 berbuka di rumah. Suami ada janji dengan rakannya berbuka puasa di luar.

Alhamdulillah di atas segala rezekimu Ya Allah.

Berbuka di kampungku..Ramadan ke 7











Ini pula menu hari ke 7.. Ahad. Segala macam makanan dimasak, ramai dan yang pastinya selamat dingap. Terima kasih kerana tidak membazir.