Tuesday, August 9, 2011

Menu sahur/berbuka-hari 9

Semalam hari Isnin, suami balik kerja awal. Dia tanya..siapa nak ikut ayah berbuka kat luar. Ibu jawab, jom g KL. Kami berbuka di rumah kakak ipar sebelah suami.

So semalam hanya masak srabble egg untuk anak-2. Lama sangat tak makan roti. Itu pun sebab dah terlewat sedar. Masuk ni dah 2 atau 3 kali terjaga lewat. Kelam kabut, suh anak makan apa yang ada, janji depa dapat berpuasa.

Mee bandung segera aje. Agromas punya produk. Not bad.


Mari menari cha cha..he he he. Mak mertua beri nangka semasa suami singgah berbuka puasa Ahad lepas. Buatkan untuk berbuka puasa surau dan tinggal sedikit untuk kami. Anak-2 lelaki tak suka. Suami pesan simpan sedikit untuknya letak dlm freezer.

Harini ibu kembali ke dapur rumah sendiri. Yeah memasak untuk diri sendiri n anak-2. Alhamdulillah setelah dipujuk, anak-2 berbuka di rumah. Suami ada janji dengan rakannya berbuka puasa di luar.

Alhamdulillah di atas segala rezekimu Ya Allah.

No comments:

Post a Comment