Tuesday, August 16, 2011

Menu sahur/berbuka-hari 16

Harini seawal pagi selepas solat Subuh, suami pergi ke Penang. Asalnya dia nak hantar anak-2 ke sekolah awal, kesian pulak..maka ku siapkan secepat mungkin fruit tart ode dari member Lin, sib baik 50 bj aje. Nasib baik baju dah siap di sidai semalam. Alhamdulillah dapat hantar mereka awal

Roti jala n kuah kari ayam, menu teringat nak buat jam 6.40 petang, biasalah beriya-2 rancang nak masak lain, lain pulak dibuatnya. Ambil dari sini

3 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air/susu/santan
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 bj telur
Sedikit pewarna kuning, saya guna kunyit serbuk

Campur semua bahan dan diblender sahaja. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan api sederhana saja.

Saya tambah sedikit air lagi sebab adunan agak likat. Untuk pastikan adunan ok, bila di jala, cantik turunnya n tak putus-2.

Saya guna botol sos. Mudah dan senang.

Ini pulak asalnya nak buat mee goreng, tetiba tukar buat mee hailam. Alhamdulillah anak-2 suka. Selamat mee 450gm..he he he urkkk. Ambil resepi yang En Mat Gebu upload kat MyR..sedap En Mat. Tqvvvm.

Ini saya C n P dari MyR..Tq MyR pencetus minat memasak..

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 500 g mee kuning
  • 300 g udang sederhana besar
  • 1 keping dada ayam
  • 1 biji lada Benggala hijau dan merah, dipotong kiub
  • 6 keping cendawan tiram, dihiris
  • 4 kelopak kobis daun, dikerat-kerat
  • 2 biji tomato, dibelah 4 setiap 1 biji
  • 1 cawan taugeh (optional)
  • 2 keping tauhu digoreng dan hiris
  • Hirisan daun sup, daun bawang dan cili padi secukupnya
  • Bawang goreng utk hiasan
  • 3 ulas bawang putih, ditumbuk lumat
  • 3 camca besar sos tiram*
  • 2 camca besar sos lada hitam*
  • 1 camca besar sos abalone*
  • 1/2 camca teh minyak bijan*(*gaul semua sos dalam satu bekas)
  • 1 camca teh kicap pekat
  • 1 camca besar tepung jagung, bancuh dgn sedikit air
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Basuh udang, asingkan kepala dan ekornya. Perap udang yg telah dibersihkan dgn 1 camca teh garam, biar 5 minit, cuci kembali dan toskan. Dada ayam dipotong kecil2, cuci dan sejatkan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis kepala dan ekor udang tadi hingga kekuningan. Angkat dan tumbuk hingga lumat. Masukkan dalam periuk, tuang 1 liter air dan renihkan 20 minit. Tapis dan asingkan stok udang.
  3. Dalam periuk atau kuali. Tuang sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan udang, daging ayam dan kacau goreng 2 minit. Masukkan bancuhan sos tadi dan juga stok udang. Biar hingga mendidih.
  4. Masukkan kobis daun, tomato, cendawan, tauhu dan lada benggala. Masak 5 minit. Tambah sedikit lagi air (mengikut keperluan masing2).
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung, dan kicap pekat. Gaul rata. Masukkan mee dan taugeh. Gaul rata. Perasakan garam dan gula secukupnya. Hidangkan panas2 dgn taburan hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan cili padi.

Saya guna bahan yang ada di dapur saya sahaja. Contohnya saya hanya letak sos cili, sos tomato dan sos tiram.

K selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment