Showing posts with label Anniversarry. Show all posts
Showing posts with label Anniversarry. Show all posts

Sunday, September 8, 2013

Ulangtahun perkahwinan ke 16 tahun

Alhamdulillah, hari ni, 7 Sept kalau ikut kalendar Masihi, genap 16 tahun umur perkahwinan kami. Syukur kepadaNYA kerana memanjangkan jodoh antara kami berdua bersama kehadiran 3 orang anak-2 yang semakin meningkat usia mereka dan semakin besar cabaran di dalam kehidupan ini.


Terima kasih Ya Allah kerana mendengar setiap doaku dulu agar dijodohkan dengan lelaki yang beriman dan menerima aku seadanya. Walau dia tak sekaya mana tapi kesabarannya tinggi, syukur padaMU juga kerana mengurniakan kami, anak-2 yang sihat dan sempurna yang semakin membesar dan dengan pelbagai perangai..


Kami menghabiskan hari kami dengan pagimya jam 9.30 kami ke SMIH, sebab Along bagi tau dia ada persembahan sempena Karnival Merdeka 2013 di sekolah. Alhamdulillah sempatlah kami saksikan persembahannya, kami dok bersam sehingga jam 11.50 sahaja sebab Nazmi perlu diambil dari sekolah.

Nazmi tak join kami sebab dia ada perkhemahan Tahun 5 di Pangsun, Hulu Langat.


Balik dari ambil Nazmi kami singgah makan nasi Arab di Bandar Baru Bukit Raja, Aiman anak sedaraku join sekali sebab dia tidur di rumah kami. Sebelumnya mengikut suamiku yang ambil  Fathieha dari rumahnya di Rantau Panjang.

Aku tak buat sebarang kek..sebab aku pun tak berapa sihat, sempat siapkan kek-2 tempahan sahaja.

Semoga Allah memanjangkan jodoh kami bersama sehingga ke akhir hayat dan memberi kami sekeluarga kesihatan yang baik dan jauhkan kami dari bencana, dugaan dan cabaran yang kami tak mampu menanggungnya. Semoga Allah menjadikan zuriat keturunan kami, anak-2 yang soleh dan solehah yang dapat mendoakan kami apabila kami tiada nanti. Amin

Monday, September 17, 2012

Selamat ulangtahun perkahwinan ke 15...


Alhamdulillah dah 15 tahun tempoh ikatan perkahwinan kami. Masa tarikh tu 07/09/2012, suami berpergian ke Utara, jadi kek hanya betul-2 dibuat masa suami dah ada kat rumah.

Semoga ikatan ini berkekalan ke akhir hayat hendaknya dan semoga dikurniakan keluarga yang sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan dariNYA bersama anak-2 tercinta.