Showing posts with label Sambal. Show all posts
Showing posts with label Sambal. Show all posts

Tuesday, August 2, 2011

Menu sahur/berbuka-hari 2



Sup tulang, lama sangat dah teringin nak masak sendiri. Akhirnya dapat. Lauk masa bersahur bersama telur dadar dan sambal ayam masak merah yang tak habis-2 lagi.

Apam senyum yang pemalu..jenuh ku masak, susah sangat nak senyum sikit. Dulu pernah buat masa sibuk ngan MyR, n3 13-07-2009. Resipi oleh Rokayah. Dah selamat ku agih kerumah Midah, jiran sebelahku dan membalas pemberian air soya dan kuih bingka oleh Azie. Walaupun tak merekah rasanya tetap tak mengecewakan.

Ini resepi baru update harini 03-08-2011...

  • 3 biji telur
  • 1 1/4 cawan gula
  • 1 sudu makan ovallete
  • 1 cawan air aiskrim soda
  • 3 cawan tepung gandum

Cara-cara

  1. Pukul telur, gula dan ovallete sehingga kembang/gebu.
  2. Masukkan air aiskrim soda, dan pukul lagi.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Dan pukul rata.
  4. Masukkan ke dalam paper cup dan kukus dalam 10 -15 minit.

Nasi lemak

Telur rebus, kalau macam ini memang ferebet Adli.

Sambal bilis. Timun lupa pulak nak ambil gambarnya....layan mata ye.

Ini pulak kek yang kusiapkan untuk birthday isteri rakan sekerjaku..tq Naim. Nanti jangan lupa ambil tau.

Wednesday, July 27, 2011

Resepi sambal telur..

Permintaan resepi sambal telur caraku...

ANAA akak masak sempoi aje.

Tumis cili kering yang dah siap blend dengan bawang besar hingga garing.
Letak garam secukup rasa
Masuk telur sebiji-sebiji...jangan dikacau sangat nanti hancur, tak best..siap dimakan.

Saturday, July 23, 2011

Sambal goreng telur

Assalam semua. Harini ibu x masak tengahari, depa pulak mandi kolam kat luar rumah. Tengahari kelaparan, pandai anak-2, bakar roti. Maghribnya sibuk Nazmi dan Adli nak ke surau, balik rumah kul 8 malam, ibu suruh makan, depa kata tak nak..tahu kenapa? Depa g mengopi..adussh. Ibu beriya masakkan depa sambal goreng telur yang menyebabkan ibu dah makan 2 x malam ini sahaja.







Maafkan ibu sayang, ibu sibuk siapkan tempahan dari Mak Chu kamu..he he he. Tapi memang sedaplah sambal telur tu...







Saturday, March 12, 2011

Kek coklat, makaroni goreng n sambal telur


Assalamualaikum semua. Semalam kita semua dikejutkan dengan bencana yang menimpa di beberapa negeri di negara Jepun dan China. Sayu hati ni melihat malapetaka tersebut. Tengok kat TV malam tadi, beribu-2 dipindahkan berikutan kegagalan sistem pemanas dan juga ada yang bergelap.

Tengok air hitam yang berarus, teringat pada anak-2 kecil hatta kita sekalipun kalau dah dihanyutkan hanya kuasa Allah sahajalah yang dapat membantu.

Benar seperti yang telah dinyatakan di dalam Al Quran, tak siapa mampu menahan walau telah dibina sebesar dan segagah mana sesuatu ciptaan manusia berbanding ciptaan Allah s.w.t. Hanya yang mampuku nyatakan semoga semua keluarga yang menghadapi bencana ini sentiasa tabah dan kuat untuk membina semula kehidupan mereka..memang tengah sayu sangat ni.

Makaroni goreng

Sambal telur


Pagi ni terajin sikit masak sarapan. Kebetulan suami ke Penang dan anak sulung terlibat xtvt pelajar tahun 4-6 di sekolahnya, ini sahajalah yang mampu disediakan untuk hidangan bersama Nazmi dan Fathiehaku sayang.

Asalnya nak buat makaroni gratin, susu pulak habis, last-2 jadi makaroni goreng, hentam saja labu. Kebetulan ada baki sambal telur malam tadi, daripada membazir, gaul aje tambah aje apa-2 yang dirasakan sesuaaai. Kalau suami, apa ada aje baki, ikan goreng ke, sambal ke dibuatnya nasi goreng...MALATOP rasanya.

Fathieha kata..........sedap ma. He he he..tq sayang.


Kek cokelat ni pulak tengah keseronokan mencuba satu lagi resepi dari hasil pengooglelan..he he he marah orang DBP. Nanti klu dah masak makcik tangkap gambar lagi ye...