Thursday, August 11, 2011

Menu sahur/berbuka-hari 11


Assalamualaikum..harini berbuka sendirian di rumah. Anak-2 ikut suami ke surau kecuali Adli yang mengikuti Program Ihya Ramadhan, Masjid Sirajuddin, Batu Belah. Esok petang baru jumpa dia semula. Insyaallah.

Masak ayam masak kicap caraku. Sempoi aje.

Goreng ayam.
Tumis bawang putih & bawang merah.
Masuk cili giling dan tumis garing, masukkan kunyit serbuk.
Masuk kicap dan sedikit air asam. Tunggu mendidih n angkat. Curah atas ayam yang telah siap digoreng. Siap...

Aku tak letak garam, sebab kicap pun dah ada perasa masin...jaga kesihatan konon.


Ini pula ada lebihan bubur kacang semalam, keringkan sedikit kuahnya, masuk tepung gandum dan kacau sampai agak boleh digelek atas tangan. Fathieha yang sibuk suruh buat `playdoh' ku ajak mengentel nya..hilang rengekkannya dapat buat cam ibu.

Bancuh sedikit tepung beras, garam dan sedikit serbuk kunyit. Kalau suka letak kapur yang boleh dimakan. Goreng cam goreng pisang dalam minyak yang telah dipanaskan.

Siap dan jemput makan. Gorengan kedua ada yang hangus sebab sedang sibuk menggoreng ayam di dapur sebelah. Tapi sedap tau sebab garing n takdelah rasa sangat hangusnya. Krup krap bunyinya bila dimakan.

Kugorengkan suami kobis dengan telur dah suku yang ku ratah..sedap. Ikan bilis goreng tu Anjang (SIL) beri masa kami ziarah n berbuka puasa di rumahnya pada hari Isnin lepas. Sedap rangup.....k lah. Jemput makan. Aku masak memang sempoi aje..tapi rasanya insyaallah tidak mengecewakan..janji kita ikhlas.

2 comments:

  1. test comment..

    selalu comment tak berjaya, kot la this time berjaya.. :)

    ReplyDelete
  2. Yes..yes..yes. Berjaya akhirnya.

    ReplyDelete