Assalamualaikum semua. Semalam kita semua dikejutkan dengan bencana yang menimpa di beberapa negeri di negara Jepun dan China. Sayu hati ni melihat malapetaka tersebut. Tengok kat TV malam tadi, beribu-2 dipindahkan berikutan kegagalan sistem pemanas dan juga ada yang bergelap.
Tengok air hitam yang berarus, teringat pada anak-2 kecil hatta kita sekalipun kalau dah dihanyutkan hanya kuasa Allah sahajalah yang dapat membantu.
Benar seperti yang telah dinyatakan di dalam Al Quran, tak siapa mampu menahan walau telah dibina sebesar dan segagah mana sesuatu ciptaan manusia berbanding ciptaan Allah s.w.t. Hanya yang mampuku nyatakan semoga semua keluarga yang menghadapi bencana ini sentiasa tabah dan kuat untuk membina semula kehidupan mereka..memang tengah sayu sangat ni.
Makaroni goreng
Sambal telur
Pagi ni terajin sikit masak sarapan. Kebetulan suami ke Penang dan anak sulung terlibat xtvt pelajar tahun 4-6 di sekolahnya, ini sahajalah yang mampu disediakan untuk hidangan bersama Nazmi dan Fathiehaku sayang.
Asalnya nak buat makaroni gratin, susu pulak habis, last-2 jadi makaroni goreng, hentam saja labu. Kebetulan ada baki sambal telur malam tadi, daripada membazir, gaul aje tambah aje apa-2 yang dirasakan sesuaaai. Kalau suami, apa ada aje baki, ikan goreng ke, sambal ke dibuatnya nasi goreng...MALATOP rasanya.
Fathieha kata..........sedap ma. He he he..tq sayang.
Kek cokelat ni pulak tengah keseronokan mencuba satu lagi resepi dari hasil pengooglelan..he he he marah orang DBP. Nanti klu dah masak makcik tangkap gambar lagi ye...