Wednesday, February 22, 2012

Persis bonda...


Dagunya, cara berskaf, cara letak tangan dan pandangan dari sisinya...aduhai hati, sedihnya. Fathieha pun cakap terasa rindu kat nenek...Semoga emak tenang di sana. Al Fatihah buat bonda Fatimah yang telah menemui yang ABADI 44 hari yang lalu.

Monday, February 20, 2012

Bersama mereka ...

Anak sulungku teringin nak makan nasi lemak air tangan ibu...merangkap makan tengahari sebab memang siap jam 1 ptg. Pagi Ahad hujan lebat kat tempatku, lepas kejut semua solat subuh, apalagi.........zzzzzzzzzzzzzzzz, bangun-2 dah kat 10 pagi...he he he. So sudah semestinya lambat segala-galanya.



Petang pulak, tangan menggatal nak mencuba resepi ni selepas tengok blog Puan Azlita Masam Manis tu...alhamdulillah jadi, tapi mungkin ada kesilapan, agak berminyak dan anak-2 cepat muak..tapi x pe jangan salahkan resepi..salahkan tangan sendiri.



C n P dari blog Masam Manis kepunyaan Puan Azlita yang cantik manis....tq Puan sebab sudi share resepi.

KEK BATIK ARORA
By : Cida

250 g mentega
100 gram gula castor
1/2 cawan susu pekat manis ~ ita letak 3/4 cawan
250 g tepung gandum
6 biji telur
2 sudu teh baking powder
5 jenis pewarna dan perisa
1 sudu teh ovelate ~ ita tambah

Panaskan oven pada suhu 160 ~ 180 C
Sediakan loyang ukuran 8 inc
Griskan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper

Satukan tepung gandum dan baking powder
Kemudian di ayak ~ ketepikan


Dalam bekas mixer
Pukul mentega, ovelate dan gula sehingga kembang dan memutih
Tambahkan susu pekat manis dan terus pukul hingga adunan sebati
Masukkan telur sebijik demi sebijik ( pastikan telur tu dah rata baru masukkan satu bijik lagi) hingga habis
Tutup mixer
Masukkan campuran tepung dan baking powder tadi dan kaup balik hingga rata

Bahagikan adunan kepada 5 bahagian
Letakkan setiap bahagian dengan pilihan perisa dan warna yang disukai
Gaul adunan rata
Tompok-tompokkan  setiap warna dalam loyang hingga habis
Setiap tompokan 1 senduk

Masukkan dalam oven, dan bakar dengan menggunakan api bawah selama 45minit ~ 1 jam.
Atau sehingga kek telah di masak dengan sempurna



Ini x tahu kenapa..takmo diambil gambarnya... 


Ini budak yang nak balik cepat sebab nk main game kat PC...


Tempat kami selalu melepak selepas menghantar anak sulung balik ke sekolahnya...he he he, anak sulungku dah remaja dah...mula risau macamana dia. Tau ke nak mandi wajib...he he he. Pesan kat dia, dosa ibu n ayah dah tak tanggung...dah ada buku sendiri, pandai-2lah menjaganya...

Semoga anak-2ku beroleh kesejahteraan serta  kejayaan dunia dan akhirat hendaknya dengan izinmu Ya Allah. Makmurkanlah rezeki dan sejahterakanlah keluarga kami dunia dan akhirat serta diberi kami kesihatan yang baik untuk membesarkan anak-2..

Saturday, February 18, 2012

Apam lagi....

Melayan keinginan hati yang nak perbaiki lukisan SPONGEBOB lagi...Anak-2 lebih suka tanpa filling.



Pada aku, lebih mudah buat lukisan ANGRY BIRD dari SPONGEBOB...


Untuk anak-2, lukisan-2 cam ni mmg SESUAI utk depa, kalau nak wat kenduri/tahlil tak berapa SESUAIlah makcik, bikin terkezut jemaah...he he he.




Ini bab dah malas mengaler..terus buat acu besar, guna casing tartku..

Sunday, February 12, 2012

31 hari sudah.......

9 hb...maknanya dah 31 hari mak pergi meninggalkan kami. Rasa rindu sangat nak dengar suara mak. Ada sekali tu, tetiba teringat nak call mak..nak tanya apa khabar? Masak apa harini?... Kebiasaannya, mak akan jawab...Mak sihat..mak bukannya sakit apa...sebab badan mak berisi, jadi sakit kaki n punggung.

Terus terang..aku memang jarang call mak...selalu tanya ngan kakak sulung kalau dia on9 tapi dalam sebulan, insyaallah sekali dua mesti call, tapi dalam solat tak pernahku tinggalkan doa buat emak, abah, emak mertuaku, pakcik n arwah ayah mertuaku.

Lauk kegemaran yang paling aku suka mak masak..ikan jenahak masak asam pedas..mabeles. Kalau raya, dah tentulah daging masak kuah hijau...malatop makan dengan rendang ayam mak. Sampaikan masa aku memula kahwin dulu, pelik sebab sebelah suamiku, makan nasi himpit dengan kuah kacang ada campuran ayam atau daging. Tak boleh nak masuk....tapi sekarang, Alhamdulillah...pantang tengok. 

Raya puasa, dah tiga tahun berturut-2 , aku pilih nak raya umah mertua dulu. Saja..kesian juga emak mertua aku, sebab kebiasaannya dia berdua aje di pagi raya, kecualilah yang lain-2 memang giliran beraya dirumahnya dahulu. Lagipun dah lama kawin, dah biasa kot. Malam nak masuk raya ke 3, kami akan balik Melaka. Kat umah emak, insyaallah adik beradikku biasanya konpem ada, sebab ada yang giliran mertua n tak pernah sunyi, lagipun kakak sulung dok ngan emak.

Raya haji lepas, mak ajak balik...aku n suami cam biasa, mmg raya kat umah sendiri. X pernah sekali sepanjang kawin, raya haji kat umah mertua atau umah emak. Sesiapa pun, boleh raya ngan kami, klu awal-2 dulu emak mertua n pakcik n adik ipar masa tu dia lum bekeluarga pernah join kami beraya di Selangor. Emak buat korban untuk kami adik-beradik. Terima kasih emak..tapi memang kami tak balik. 

Tapi dalam solat tak pernahku tinggalkan doa buat emak, abah, emak mertuaku, pakcik n arwah ayah mertuaku.

Ya Allah Ya Rabbi.......rindunya kat EMAK. Semoga emak tenang di sana.

Harini 12hb, barulah aku pasrah untuk PUBLISH N3 ini.......

Percubaan membuat apam spongebob pula...he he he




he he he...buat lagi harini sementara menanti anak sulungku, Adli balik dari potong rambutnya. Rasanya lebih mudah lukis Angry Bird dari Sponge Bob ni..maka kepada sesiapa yang dah berjaya melukisnya dengan baik...TAHNIAH.

Pengawalan api dan juga kelembutan apam ini masih lagi berjaya dikekalkan seperti semalam...ALHAMDULILLAH.

Saturday, February 11, 2012

Angry bird datang menyerang dapurku...















Sesaja buat kebetulan menziarahi anakku Adli di sekolahnya, alhamdulillah dapat makan bersama-2 gengnya.


Asalnya nak melawat dia esok tanpa suami tapi tetiba suami call ajak pergi harini..so sempatlah ibu masakkan nasi tomato n ayam masak merah.

Wednesday, February 8, 2012

Nasi goreng cili padi merah n serai kasih sayang



Menu makan tengahari Sabtu...

Percubaan pertama membuat PAVLOVA...




Assalamualaikum semua..lama x hapdet masak-2. Bukan tuan rumah x masak TAPI malas. 

Ni buat lepas tengok member tulis status kat FB...x jadi sangat, tak pe, cuba dan akan terus mencuba. Tak hias dengan cream atau buah-2an, hanya potong n makan dengan blueberry filling..shedap gak..tapi manisssssssss.