Saturday, March 31, 2012

Along kena demam denggi lagi...












Khamis malam Jumaat jam 12.40 malam, Adli call suh datang hari Ahad ambil dia untuk potong rambut. Aku tanya dia sihat ke, dia cakap sihat n dia tanya aku semula. Selesai, sambung tidur semula. 

Jumaat petang masa melepak kat umah Sabri, masa tu rasanya dah masuk Asar, Adli call, macam nak menangis, suh ambil juga walaupun minggu ni bukan minggu wajib balik. Katanya sakit kepala sangat. Ok, siap sembahyang Asar, bawa anak-2 yang telah diambil oleh adikku dari sekolah mereka sebab suami ke Penang, terus ke sekolah Adli...lupa nak ucap, tq Sabri n Anis.

Sampai aje kat sekolah dia, nampak dari jauh dia berjalan macam orang tak larat. Panas betul badannya dan menggigil masa dalam kereta masa on the way balik rumah. Malam tu, macam biasa, ibu jadi nurse, menjaga dia, letak tuala basah n pastikan dia tak panas sangat. Meracau-racau dia malam tu, tanya siapa pukul kepala dia...he he he, seingat aku, dulu kena demam denggi yang pertama, tak delah macam ini. 

Esok pagi Sabtu tu, bawa ke Klinik Araa, Setia Alam. Dapat ubat, Dr pesan minum air bebanyak. Adli ni xtif, bab minum air FAIL. Esoknya masih demam lagi, suami dah balik dari Penang masa tu. Dr syak dia batu karang. Isnin demam lagi, bawa lagi ke klinik yang sama. Suh Dr ambil darah terus...udahnya suspek denggi. Dapat surat suh g spital. Tapi kami g makan-2 dulu, siap fikir..dah malam, esok sajalah. 

Aku dah mula cuti dari hari Isnin, Selasa sambung lagi...sebab Adli konpem denggi. Platlet dah 124 masa kat Klinik Araa, kat spital masa hari Selasa udah turun 83..denggi lagi kau Along. Maka aku pun berumahtangga di spital sehinggalah hari ini, Sabtu..platlet 124-83-65-50-65... dan harini tadi masa Dr check aku kat bilik air. Tapi dah naik semula, ALHAMDULILLAH. 

Seingat aku masa dia sakit ni, selepas beberapa hari dia dah selera makan, Alhamdulillah, bila dia selera aku takdelah risau sangat...tanda-2 penyembuhan. 

Tq kepada bos-2 aku yang beri aku cuti sepanjang minggu, Jumaat pulak aku yang g klinik sebab tangan kiri n peha kanan aku, bisa-2..dapat MC yahuuuuu. Konon balik rumah sekejap, tinggalkan Adli yang dah sihat untuk buat kek, terpaksa kensel sebab memang dah tak larat lagi rasanya kalau main air n sejuk-2 lagi.

Terima kasih pada Bos Besar aku yang bawa air daun betik n sebotol air oren, apa pulak aku lupa namanya untuk tambah platlet anakku. Tq juga kepada Mura, G Are, Nurul, Hasha, adikku Sabri n keluarga, jiranku Azie n famili, Tn Hj Nasaruddin n isteri yang sudi datang. 

Terima kasih juga kepada iparku, Mazian yang ambil berat, hari-2 sms tanya perkembangan. Tq juga kepada Dr Rashidi serta nurse-2 yang telah menjaga & memantau anakku sepanjang dia di spital.

Buat anakanda Ilham Adli, semoga semakin sembuh dan pulih. Dr bagi cuti sehingga Selasa, supaya dia lebih stabil ke sekolah. Dapatlah juga ibu monitor dia lagi masa kat rumah ni.

Alhamdulillah Ya Allah, Kau telah sembuhkan anakku semula, semoga dijauhkan kami dari segala penyakit yang merbahaya.

Sunday, March 25, 2012

Selamat hari jadi sayangku...

Assalam semua, semoga semuanya sihat. Kat rumah ni dua orang, aku n anak sulung sedang disayangi Allah. Insyaallah. Semoga kami sabar dan redha dengan ujian yang sekecil ini.

Sesambil itu kena merajinkan diri buat sesuatu untuk meraikan besday suami yang sebenarnya jatuh pada hari Rabu lepas..masa tu dia ke Penang, so kebetulan harini dia dah balik, apalagi..merajinkan diri mencuba resepi dari blog Cahaya Cintaku.

Ini percubaan kedua..alhamdulillah tapi kena mencuba n cuba lagi untuk dapat lagi baik. Buat kecil-2 aje, dapat 7 biji n ada baki 4 lagi, ntah bila nak aku makan..he he he, suami makan 2 suap n suap pada Fathieha n Balqis..MANIS katanya..he he he


C n P resepi dari blog Cahaya Cintaku.

 ~ 4 biji putih telor ayam
~ 1 cawan gula kastor ( aku guna 3/4 cawan )
~ 1 sudu besar tepung jagung
~ 1 sudu teh cuka makan
~ 1 sudu teh esen vanilla

Cara yg Ana buat  :

** panaskan oven terlebih dahulu pd suhu 140 darjah celsius.. masa nak membakar adunan baru turunkan suhu antara 120 - 110 darjah celsius..

1. Memula putar putih telor guna kelajuan tinggi sampai gebu dan soft peak @ bertanduk.. maksudnya kalau terbalikkan mangkuk tu adunan tersebut tak tumpah..

2. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sambil putar menggunakan mixer pd kelajuan tinggi.. putar sampai adunan kental dan berkilat..

3. Masukkan pulak tepung jagung.. putar lg dlm 3 minit..

4. Masukkan cuka dan esen vanilla yg dah di campur terlebih dahulu.. masukkan dlm adunan dan putar lg seminit.. semuanya menggunakan mixer..

Ini ayat aku :

5. Letak adunan kedalam bekas beralas kertas atau aluminium foil.

6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 140 C, bila masuk adunan laraskan suhu pada 110-120 C

Ayat Ana :

7. Pastu bakar dlm oven.. letak kat rak tengah.. bakar selama 1 jam 15 minit @ sampai meringue tu kering @ tak basah dah..

8. Make sure bila dah masak jgn kuarkan dr oven terus.. biarkan dulu sejuk dlm oven dgn pintu oven sedikit renggang..



Sukerrrrrrrrrrrrrr...........sangat. Percubaan pertama membuat macaron. Dah lama beli serbuk badam, sampai dah xpired 2 paket tadi. Nasib baik masih ada yang xpired lama lagi, siap mesin bagi halus sebab yang ada stok badam hancur..he he he

Tapi aku malas..malas nak buat bulat-2 kat atas kertas, nak senang kerja...picit terus..dan tersenyum gembira selepas minit keberapa ntah semasa proses membakar.....nampak macaronnya berkaki...he he he, cayalah makcik..puji diri sendiri.

Buat suami tersayang...Alhamdulillah semoga Allah swt panjangkan umur, sihatkan badan dan memakmurkan rezeki yang abang cari untuk kita semua Insyaallah. Semoga dapat kita bersama membesar dan mendidik anak-2 di dalam menghadapi kehidupan yang semakin mencabar di dunia ini. Amin.

Tuesday, March 20, 2012

Cuti-2 keluarga sebelah suami...TRAP

Alhamdulillah dapat bersama keluarga sebelah suami pada 17-18 Mac 2012 yang lepas di Hot Spring Sungai Klah, Sungkai...


Memula datang kita mesti ambil gambar... 


Dapur...boleh masak 


Ruang makan sebelum dipenuhkan dengan bekalan makanan kami, lupa nak ambil gambar makanan-2 yang dibawa. Ada rendang ayam, serunding, sambal sardin, kari telur, nasi, stok burger, nugget, roti, telur, sos dan pelbagai, janji biar semua orang x lapar.


 Amboi Adli bersantai terus depan TV


Pakcik


MIL...melawat kawasan..he he he


Bilik tidur utama, ada bath tab, lupa gak nak ambil gambar. Ada 3 bilik n 3 bilik air...


Ni kat luar, memang best, memalam pun anak-2 berendam 


Red Velvet asalnya nak beri Hasmin Hanif tapi dia tak boleh nak datang ambil jadi kukorbankan bersama ahli keluarga yang lain. 


Sebenarnya meraikan besday Anjang, suamiku, Nizam, Nur, Naim dan Natrah.


Nizam, one of the besday boboi


Budak-2 memang suka, alhamdulillah 


Bob best friend Adam n Liza. Nampak tak kat tangan Bob tu, pinggan plastik yg memang kubeli untuk berkelah..siap pesan jangan rosakkan..he he he, walaupun tipuware, makcik sayang. Lupa nak bagi tau, ayam perapan yang sedap n sedang dibakar itu..sponsored by Liza n Nizam...ermmm, memang sedap.



 Suami aku bersama Nor, Liza n Auntie Bibik Liza..masak jangan tak masak, aku sedang menonton masa ni citer ..ada bintang-2 tu, Alfira Loy n boy dari Indon. Sebenarnya ada gambar lain tapi x leh nak share sebab tak menutup aurat..he he he

 Aku tak join, he he he dok kat rumah bersama SILku, Mazian....yang utama malas berbasah-2, suamilah yang melayan anak-2.


 Anjang my lovely SIL yang sporting..TERBAEKK


Gambar kenangan sebelum berangkat pulang ke sarang masing-2, sebenarnya ada 2 keluarga lagi, iatu keluarga Kak Seha n Natrah, sebab perjalanan mereka masih jauh..depa dah balik dulu.

Friday, March 16, 2012

Abah & Atin..tempahan Puan Masdah

Assalam buat semua, kadang2 di dalam menghasilkan yang terbaik kita lupa bahawa kita hanya merancang namun segalanya kita perlu memahami kita hanya insan yang kerdil yang tidak dapat lari dari melakukan kesalahan atau kesilapan.

Ingat lagi pada ode ini Ode dari Puan Masdah. Syukur alhamdulillah bila penghasilan dihargai. Terima kasih kepada Puan Masdah yang sudi buat N3 diblognya berkaitan produk saya.


Kepada pelanggan yang saya hormati, sekiranya sepanjang tempoh saya menjalankan biz kecil-2an ini, terdapat kekurangan di dalam penghasilan saya, MOHON MAAF DIHARAPKAN & DIHALALKAN SEGALA KEKURANGAN TERSEBUT.


Sarapan pagi...Murtabak Megi



Percubaan pertama 


Tak cukup kat anak-2


Masak lagi...tak berapa masak bahagian dalamnya...


Naikkan atas kualiku semula...he he, sebenarnya saiz murtabak yang kedua ini agak besar dan menyukarkan untuk diterbalikkan..terpaksa guna dua kuali..he he he

Kena tekan-2 untuk masakkan murtabak maggi ni betul-2.


Siap...jom sambung makan lagi...berdasarkan bahan yang ada dirumah...mudah sahaja menyediaknnya.

Ni yang ada kat rumah aku pagi ni...

Maggi sebungkus direbus sekejap, toskan
Perencah kari Maggi
Telur 2 biji
Daging burger 1 keping
Sosej 2 batang
Bawang besar, dipotong kiub

Campur semua bahan, aku takde tambah garam..cukup dari perencah tu..

Nak resepi lengkap, jom ambil disini...Dapur Tanpa Sempadan, lama dah nak buat tapi Vit M tersangat byk n rupanya mudah sesgt, terpaut hati masa baca blog yang baru kujumpa...Cahaya Cintaku



Sunday, March 11, 2012

Scoop n Thomas





Tq kepada mereka yang mempercayai hasil kerja Adnazthie-Kek..

Gaya tempahan terkini...Angry bird














Alhamdulillah, dengan sedikit skil dari tangan yang keras n tak berapa minat lukisan sejak dari zaman persekolah dulu, dapat juga aku menghasilkannya atas permintaan pelanggan-2 yang dihormati..

Semuanya juga dengan hasil ulian fondant n gum paste sendiri..menggunakan gelatin Halagel...