Masa buat ni haritu, suami odw balik dari Utara atas urusan pekerjaan..insyaallah. Teringat nak cuba apam eskrim resepi dari Puan Azlita yang manis tu..sedang membuat, anak-2 bagi tau, Mak Long datang...mak long mana ku tanya..berlari aku ke dalam mencapai tudung pelbagai..
Dapat juga bagi mereka merasa hasil tangan ku tapi x sempat nak upload gambar yg ada choc kat atasnya..silap juga guna baki choc ganache..
Bila cuti sekolah menjelma, mula aku susah hati..he he he. Biasalah ibu yang bekerja, anak-anak dok rumah, x blh bertenang diri. Fikir makan depa, apa depa buat..konpem kerjanya bergaduh n berebut PC kat rumah..so ibu n ayah sepakat hantar depa ke Masjid Sultan Abdul Aziz Shah mengikuti Daurah Remaja Islam ke 2/2012..selalu dah depa pergi tapi Fathieha baru pertama kali. X mahal pun, RM50 seorang dari Isnin-Khamis, selama 2 minggu.
Jujurnya padaku, solat mereka terjaga begitu juga akhlak mereka, duduk rumah sepanjang masa depan PC...sembahyang dah tentu lewat klu x diperingat. Baru perasan lama dah x ambil gambar Along, masa ni kami sedang menunggu Along, groupnya lewat sedikit dibenarkan bersurai.
Insyaallah hujung tahun akan ada lagi xtvt ini, maaf ibu harapkan, walaupun kenkadang anak-2 rasa bosan. Itu saja mampu ibu berikan bagi menjamin anak-2 ibu terpelihara di dalam rahmatNYA..insyaallah.