Wednesday, October 3, 2012

Gambar sahaja







Berguru dengan Bzee Bakery

Tarikh kejadian : 20/09/2012
Hari : Khamis








Ragam Manusia & kek cawan coklat

Assalam dan apa khabar? Harap kalian sentiasa sihat dan sentiasa di dalam lindungan ALLAH. 

Harini aku nak citer lain dari kebiasaan aku. Ragam manusia...kejadian ni berlaku tadi, ditempat kerja. Kami ada mengambil pekerja warga asing berpermit untuk membantu kami yang menyediakan perkhidmatan pembersihan bangunan dan pejabat.

Pengalaman aku bekerja dengan group lama memang berbeza sesangat dari yang ada sekarang. Group lama tu, sangguplah bekerja klu ada 31 hari sebulan, penuh..rekod cemerlang. Senang dan sangat menyenangkan. Dugaan ALLAH nak beri dan nak lihat kemampuan dan kesabaran kita berurusan dengan manusia.

Macam-2 alasan dan cerita yang kekadang tak logik dan tidak boleh diterima pakai dalam memahami mereka. Kerja utama, boleh sesuka datang lewat, kerja part time, lewat 5 minit pun boleh jadi haru biru. Masa belum ada permit, senang aje menerima arahan, bila dah berjaya dok kat sini secara sah..macam-2 jadi.

Ada kenderaan sendiri, tapi ditinggalkan rakan sekerja untuk pergi ke tempat dahulu, sebabnya diri sendiri (pemilik kenderaan bangun lewat). Masa ditanya semuanya ok..tak sampai 5 minit, berubah segalanya..adussssss.

K...lah, berehat lama ye, nanti cari idea lain pulak.


Gambar choc cake ni x de berkaitan dengan citer aku..lebihan dari choc moist cake ode dari rakan n pekerja kat ofis, aku bakarkan.