Sunday, November 11, 2012

Xtvt di Hari Keputeraan Sultan Selangor...Bukit Ramlee







Xtvt hari Ahad kami

Pagi seawal jam 5.45 pagi aku dah terjaga, sebab malam tadi tidur awal..kejut suami dan anak-2 sembahyang Suboh dan suruh depa siap-2 mandi sebab ajak hantar tempahan Puan Nor Sahayu dan sarapan kat Seksyen 7 Shah Alam..


Tadi petang ke Masjid As Syarif selepas suami selesai tugasan membuka khemah di Sekolah Agama yang bersebelahan Masjid As Syarif. Sebelum tu aku dah siap mengadun adunan untuk kulir durian crepeku...

Makan tengahari tapi dah hampir waktu Asar kat gerai dalam kawasan masjid, kalau tak silap 'Nasi Kukus Pok' Ku' dan sate...burppp..konyang. Lepas tu merayau sampai lah kami terpaut kat kedai Ganjirkaligrafi klau tak silap..x silap lagik..biasalahdah tuo..


Selesai suami dan anak-2 solat Asar n siap tempahan kaligrafi kami pun balik n nampak Muallimah SRIH n Puan Nurul Fauzana bersama hubbynya, dia x perasan aku lambai dari dalam keta..




Balik suami dengan baiknya melayan semangat isterinya yang berkobar-2..membeli durian kampung di       Bt 8..sodapnya..maka akhirnya tertunailah hajat jiwa dan perasaan ini yang dah lama beli kuali tapi x jugak mengcrepe..tq sayang..nanti balik dari Masjid kita makan sesama ya..klu isteri dah tidur dulu pun makanlah..tak kisah..he he he


Ada banyak versi DC, so pandai-2lah korang pilih ye..ini antara salah satu link yang boleh dicuba..iaitu di blog  Puan ANA SUZANA. Harap Ana tak keberatan akk share linknya disini.  Kalau tak jadi jangan berputus asa..

Saturday, November 10, 2012

Hari Ihtifal SRIH




Alhamdulillah dan tahniah buat anakanda Siti Nur Fathieha, dapat hadiah sempena Hari Ihtifal di SRIH harini.  Semalam ada hari penyemakan buku rekod pelajar tapi maaf ibu tak dapat nak join sebab nak siapkan ode dari pelanggan. Harap Nazmi n Fathieha tak marah ibu ye..

Nazmi tak dapat hadiah sebab dia kata salah Muallimahlah sebab tak bagi dia dapat A satu lagi..untuk cukupkan 3A..ha ha ha, Muallimah yang salah ye. Macam-2. Tapi tahniah juga sebab adik antara empat pelajar yang dapat A dalam matapelajaran Math dan Muallimahnya sangat-2 terharu, sebab katanya Math tahun 4 dan ke atas dah mula susah n he make it..memang ibu marah kalau adik tak berusaha tapi itulah namanya dah rezeki adik macam itu,semoga adik akan meningkatkan usaha adik tahun hadapan dan seterusnya.

Lepas majlis itu, kami sekeluarga makan tengahari di majlis perkahwinan anak En. Kamaruzzaman PKNS,selamat harini tak payah masak nasi tengahari..he he he, sedap. Jumpa ngan Bos aku n isteri serta cucunya, Dato n En. Yaacob.

Balik tanpa perancangan terus ajak suami g Klinik Asfaliza,cabut gigi geraham yang memang dah sedia pecah n sakit sejak akhir-2 ini. Masa menaip ni ubat kebas dah makin hilang...dah hilang dua batang gigi kekal..kiri n kanan, tempat yang sama, hilang satu nikmat Allah bagi untuk mengunyah..

Badan pun tak berapa nak sihat dan harapnya masih ada kekuatan untuk buat ode esok.