Wednesday, May 11, 2011

Kek gulung kasih hatiku...

Alhamdulillah..yeh..yeh..yeh, menjadi. Bangun jam 6 pagi tadi terus buat untuk sarapan anak-2ku.

Along n Nazmi makan sedikit bakinya Fathieha bawa sekolahnya 4 kerat, separuhnya ku bawa ke ofis, dapatlah dirasa oleh Nurul, Ton, Kak Sum dan Mura...dah selesai.

Sebelum ni dah pernah bagi resepinya...ni aku tolong c n p resepi dan sedikit tips dari blog Dapurku Sayang, Puan Dayang ye..tq sbb selalu share resepi.


Kek Gulung Kasih

bahan-bahan :
  • 70 g tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 3 biji telur A
  • 60 g gula kastor
  • 60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu kecil ovalette
  • Pewarna merah, hijau dan kuning

cara-cara :
  1. Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega.
  2. Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu.
  3. Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.
  4. Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau.
  5. Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di bawah). Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
  6. Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
  7. Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.
  8. Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri.
  9. Gulung kek dengan kemas.

Tip menggulung kek berdasarkan pengalaman DJ
  • Kek jangan terlalu tebal. Jika terlalu tebal, nanti susah hendak menggulungnya dan berkemungkinan kek akan pecah. Sebaik-baiknya biarlah setebal 1 1/2 cm atau 2 cm shj.
  • Gulung dengan perlahan. Jangan tergesa-gesa. Nanti jadi tak kemas.
  • Gulung menggunakan baking paper atau tuala bersih. Jangan sekali-kali menggunakan tangan. Nanti kulit kek akan melekat di tangan atau kulit kek mengecut.
  • Jangan bakar kek terlalu lama. Suhu bergantung kpd kepanasan oven masing-masing. Jika kek terlalu garing dan kering, berkemungkinan kulitnya mengelupas dan pecah-pecah.
  • Pastikan kulit kek masak keperangan. Jika tidak, kulitnya pun akan mudah tertanggal atau melekat pada kertas baking.
  • Kek gulung sepatutnya lembut, gebu dan mudah digulung.
  • Kek boleh digulung samada masih panas mahupun sejuk. Terpulang pada citarasa. Jangan terlampau lama dibiarkan sejuk. Nanti kek akan jadi kering dan susah pula nak menggulungnya.
  • Untuk sapuan/filling. Boleh gunakan krim aising/buttercream atau jem. Sekiranya menggunakan jem, sila cairkan dulu jem tersebut supaya mudah untuk meratakannya pada kek.
  • Jem boleh disapu ketika kek masih panas. Tetapi jika menggunakan buttercream, sila tunggu kek sejuk terlebih dahulu.

Selamat mencuba..


Tuesday, May 10, 2011

Masak lemak cili padi ketam



Semalam masa makan tengahari tapi sebelah petang..dengan suamiku di Setia Oasis, anakanda Nazmi tetiba cakap..lamanyer tak makan ketam. Aku bilang sama dia, ketam takde kalau belum pertengahan bulan Islam..he he he rupanya sedang pertengahan .

Kasih ayahanda, kebetulan ada pasar malam di tamanku ini setiap hari Isnin jadi dapatlah ayahnya menunaikan hasrat hati Nazmi.

Resepinya caraku ye...

Ketam
Santan
Cili padi/cili burung
Kunyit serbuk/kunyit hidup
Serai
Daun kunyit
Garam secukup rasa

Ketam dibersihkan. Tumbuk cili dan kunyit hidup. Masuk dalam periuk yang telah diletak santan di dalamnya.

Masukkan ketam, serai, daun kunyit dan garam secukupnya. Kacau sehingga mendidih jangan sampai naik minyak.

Pengat keledek






Balik tadi singgah 1000 Dinar nak cari bahan masak lemak..kelapa, daun kunyit dan serai. Tetiba cakap ngan Fathieha lama tak makan pengat, memula ode 1 bj kelapa..he he he tambah lagi 1 ye Bro jangan mare. Lepas tu nak cari sagu tercakap selasih..he he he. So inilah hasilnya.

Nak resepi? Boleh saja.

Keledek
Santan kelapa
Gula melaka atau gula merah
Sagu..ikut suka kalau nak letak.


Keledek dipotong kiub. Basuh bersih dan direbus. Agak empuk masukkan santan dan gula melaka atau gula merah. Kacau atau tembok sampai mendidih, jangan sampai naik minyak..takut jadi orang minyak pulak. Siap..sejukkan. Yelah takkan nak makan panas-2, masak lidah.

Monday, May 9, 2011

N3 tertangguh..birthday kekasihku suamiku












Selamat hari lahir suamiku kekasihku...21 Mac yang ke..kira sendiri. Lahir 1969..he he he. Puasku cari gambar ini rupanya gambar cupcake dalam fail Mac, gambar makan-2 pula dalam fail April..he he he

Raikan bersama keluarga di Kedai Nasi Arab Pak Ya...rasanya sedap cuma yang ambil ode dengan yang key in ode buat silap...Tapi kami makan juga, suami tak bagi komplen depan makanan.

Kepada Abang, selamat hari lahir, semoga panjang umur dan sentiasa diberkatiNYA untuk sama-2 mendidik anak-2. Terima kasih kerana selalu bersabar dengan kerenah ummi isterimu ini. I love U

Subuh Yang Terakhir...

Subuh Yang Terakhir
Rabbani


Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
Pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila bejauhan barulah merindu didada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta
Buktikan padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat

Lafazkan rasa cinta...andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir


Tak perasan pernah dengar atau tak lagu ini, namun liriknya menyentuh jiwa.

Jumpa masa jalan-2 ke blog asnijaasmui.

Sunday, May 8, 2011

Selamat hari lahir untuk Nurul Aqilah Hani

Assalamualaikum semua dan selamat hari ibu. Mempersembahkan menu hari Ahad kami. Sarapan merangkap makan tengahari.

Lewat sebab suami kena beli bahan dulu dan kemudian dia dan anak-2 berkemas di luar rumah. Sayang kat kamu semua.


Cucur udang dan air teh o menu sarapan pagi tadi.


Menu pagi merangkap makan tengahari. Kami makan pada jam 12.15 tengahari tadi..he he he


Masak lemak kobis dan karot


Asalnya sambal ini dan disekalikan dengan ikan cencaru, teringat Mak Long Lan ku buat bila kami ziarahi dia dulu. Sambal dia memang mabeles.


Ikan cencaru goreng bersalut garam sahaja nak makan dengan kicap dan cili padi.


Kek black forest







Sambungan....tempahan kek dari adikku Haniza untuk sambut birthday puteri keduanya di rumahku petang tadi. Sebenarnya birthday jatuh pada 24 April yang lepas tapi disebabkan masing-2 dengan balik kampung, so terpaksa tunda keknya.

Ku buatkan Aqilah, kek-black-forest. Sebelum ini ku pernah upload di Myresepi tapi yang ringkas aje kongsi dari resepi Puan Madiha.

Budak pompuan ni tak suka kalau kek coklat klu tak de rasa blueberry tu..ku hiaskan dengan blueberry filling di bahagian atas kek. Bunga-2 kecil tu kerja Aqilah Hani dan Fathieha semasa aku terlayang mengantuk keletihan.

Alhamdulillah birthday girl puas hati. Mak Ngah pun suka. Kepada Aqilah..Selamat hari lahir, selamat panjang umur dan semoga menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat.

Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu






Assalamualaikum dan SELAMAT HARI IBU untuk bonda Fatimah Dol dan mertuaku Puan Kalthum Abd Rashid serta semua wanita yang bakal dan telah bergelar ibu, emak, ummi dan apa-2 sahaja panggilan yang baik dari cahayamatanya.

Jam 10.00 pagi tadi baru kami keluar sarapan, ntah memanalah mengikut pemanduan suamiku, akhirnya kami berhenti sarapan di Mawadah Seafood kalau tak silap nama yang terletak berhampiran Kg Paya Bukit Kapar..kalau tak silap ye. Alhamdulillah kenyang. Macam-2 makanan ada, roti canai, roti bom, tosei, nasi lemak dan macam-2 ada...Di situ juga suami berjumpa dengan kawan semasa bujang yang dah hampir 13 tahun tak berjumpa walhal dok di dalam kedaerahan yang sama..Allahuakbar.

Balik rumah, aku tak masuk terus tapi menyinggah di rumah jiran hadapan ku, Shidah yang kakaknya mengadakan jamuan dan majlis kesyukuran kecil untuk anaknya bakal bertunang dengan gadis pilihan di Shah Alam.

Sambil bersembang jiranku, Sham bertanya, harini tak bakar kek..he he he. Ku beritahu insyaallah malam nanti. Balik terus apalagi melayan keinginanku yang berniat mencuba Kek Gulung Kasih resepi dari DapurKu Sayang bagi membaiki skil menggulung.

Siap dibakar..

Terbalikkan atas kertas dan sejukkan..tunggu ye..SABAR

Sapu dengan filing stoberi..tak manis sangat

Gulung..semuanya berjalan lancar...tapi agak sedikit kecewa sebab kulitnya melekat pada kertas. Takpe usaha lagi nanti sehingga berjaya.


Kutanggalkan kulitnya bagi mencantikkan permukaan kek tersebut...kek ini lembut dan telah kukurangkan gula nya kepada 55g sahaja.


Ha ha ha.....telah selamat dimakan oleh anak-anak. Sebentar tadi sambil menonton cerita Hindustan lakonan Shah Rukh Khan dan alamak..lupalah namanya...ha Kajol..he he he, terlayang sebentar..bangun-2 tengok dah selamat, alhamdulillah, itu tandanya mereka suka..


Aiskrim ini tiada berkenaan dengan N3 ini, cuma nak bagi tau..suami yang buat..kami tolong perabiskan...