Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru 2012


Tadika - Cikgu Roslah & Kak Limah
Sekolah Rendah - Cikgu Zainon, Cikgu Minhad, Cikgu Latif dll
Sekolah Menengah - Cikgu Saat, Cikgu Zulkifli, Mr Christopher, Cikgu Ngateni Hj Sirat, Cikgu Azizah dll
ITM - he he he, lupa


Selamat hari guru kepada semua guru-2ku. Jasa kalian tidak ternilai mendidikku dulu. Kepada yang telah pergi sedekah Al Fatihah kuberikan semoga kalian tenang di sana, pada yang masih ada dan meneruskan usaha mendidik anak bangsamu, semoga sentiasa tabah dan sabar menghadapi zaman yang serba canggih kini.

Kepada Muallim & Muallimah anak-2ku terima kasih di atas segala jasamu.

GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA.

Monday, May 14, 2012

Xtvt minggu ini..13/05/2012


Hari Jumaat tu tumpang suami ketempat kerja, sebab nak mudah ke BAGUS, he he he. Sedang makan tengahari hampir jam 4 petang, dapat ode dari Che Mid, sib baik ada stok casing yang telah aku standby utk ode dari Pelanggan Zaryna. Jadinya Che Mid ode 50 bj. Tq Che Mid.


Petang sebelum maghrib siap-2 adun sekilo tepung untuk buat lagi casing tart n tambah lagi sekilo..yang menyebabkan aku tidur pada jam 4 pagi..he he he. Start buat casing pun lambat sebab ikut suami mamanaskan enjin ketaku yang baterinya kong kali kong. Alhamdulillah. 

Sabtu pulak, sambung tambah 1/2 kg adunan tart, sebelum tu keluar sarapan pagi dengan suami di Batu Belah, kebetulan anak ke 2 ada TKRS n tidur semalam kat sekolahnya...singgah sarapan kat kedai baru,.....not bad.

Balik terus sambung kerja casing n jam 6 petang, kami menerima kunjungan Kak Mah, Hasrul & Ina...sampai jam 11.45 malam. Alhamdulillah suami masak semua makanan untuk makan malam dan aku pulak mengemas dan mengemop rumah sebabnya dah x larat sebelum tetamu-2ku sampai. Dapatlah juga melelapkan mata sebelum solat Zuhor dalam 1/2 jam.

Suamiku sayang masak lemak udang, goreng cencaru n telor dadar...ha ha ha, Hasrul n Ina yang tak berapa makan nasi..bertambah-2 he he he..memang sedap masakan air tangan suami aku ni..dia selalu kata, dia masak ikhlas...tak boleh belah.



Sebelum Kak Mah dan anak-2nya sampai sempat juga aku mengadun kastard untuk casing tart yang Zaryna ode....Berangkat aje depa malam tu, tak habis pun menonton Teratak Shamsiah, aku terus mengadun kek untuk Azrilah, Taman Meru Ria. Aku ni kalau buat kerja masa orang ada, rasa segan sikit he he he ..Alhamdulillah Puan Azrilah sangat suka.


Petang lepas solat Asar, kami menziarahi anak sulungku, esok dia ada exam, bawa nasi, ayam goreng, masak lemak udang baki makan malam tadi. Dia cam biasa, kebetulan pulak mengganti member dia untuk men bola...so kami melepak kat sejam tunggu dia, kami makan dulu, dah lapar sangat. Jumpa sembang ngan dia tak sampai 15 minit, dia dah kena masuk untuk siap-2 solat maghrib.

Dia ni memang minat sangat sukan. Peluk cium dia tapi lap dulu peluhnya...he he hedia ucap Selamat Hari Ibu...ibu tak sambut sayang, takut salah pemahaman. Apa-2 pun terima kasih n selamat maju jaya untuk mid year exam...risau gak sebab awal tahun ni, asyik cuti..emak sakit, emak ku pergi meninggalkan kami selamanya dan yang terskhir cuti panjang, dia kena denggi.

Menu atas ni jangan terkejut, aku masak jam 11.45 malam tadi, anak-2 kelaparan, sebab makan petang tadi n lepas tu ibu tak masak. Memula suh depa makan epal, Nazmi kata, x kenyang lagi, ibu kesian pulak, masak nasi goreng, goreng keropok n buat teh tarik...ibu pun nak juga...Ni kekenyangan n x leh nak tido dulu..nanti bertambah-2 gumok...

Ok selamat malam....

Xtvt semasa ketiadaan suami & along...


  

Hujung minggu yang membosankan kerana suami x balik lagi dari tugasan luar daerah n anak sulung pun x blh balik. Jadi ibu masak sempoi-2. Pepagi tu depa dah makan coco crunch, jadi ibu masa murtabak megi n bagi tau nnt makan nasi kat luar.

Petang lepas Asar kami ke Tesco pekena nasi beriani JM...ode 1 nasi beriani ayam, 2 nasi kosong, 2 sirap bandung n Nazmi ode air kegemarannya, teh o es limo..erkkk, kekenyangan...kuar dari Tesco g umah adikku kat Taman Kembara Rantau Panjang...

Tak lama dok kat rumah adik, balik singgah ke Klinik Araa, Setia Alam, sebab Fathieha pening kepala n panas badan...40C...memang dia dah mula tak sihat beberapa hari sebelum. Alhamdulillah, sihat dari demam cuma sakit-2 kepala, harap-2 biarlah sebab musim panas dan bukan yang lain, ajak g klinik lagi, dia takut kena ambil darah..macam-2.