Hari Jumaat tu tumpang suami ketempat kerja, sebab nak mudah ke BAGUS, he he he. Sedang makan tengahari hampir jam 4 petang, dapat ode dari Che Mid, sib baik ada stok casing yang telah aku standby utk ode dari Pelanggan Zaryna. Jadinya Che Mid ode 50 bj. Tq Che Mid.
Petang sebelum maghrib siap-2 adun sekilo tepung untuk buat lagi casing tart n tambah lagi sekilo..yang menyebabkan aku tidur pada jam 4 pagi..he he he. Start buat casing pun lambat sebab ikut suami mamanaskan enjin ketaku yang baterinya kong kali kong. Alhamdulillah.
Sabtu pulak, sambung tambah 1/2 kg adunan tart, sebelum tu keluar sarapan pagi dengan suami di Batu Belah, kebetulan anak ke 2 ada TKRS n tidur semalam kat sekolahnya...singgah sarapan kat kedai baru,.....not bad.
Balik terus sambung kerja casing n jam 6 petang, kami menerima kunjungan Kak Mah, Hasrul & Ina...sampai jam 11.45 malam. Alhamdulillah suami masak semua makanan untuk makan malam dan aku pulak mengemas dan mengemop rumah sebabnya dah x larat sebelum tetamu-2ku sampai. Dapatlah juga melelapkan mata sebelum solat Zuhor dalam 1/2 jam.
Suamiku sayang masak lemak udang, goreng cencaru n telor dadar...ha ha ha, Hasrul n Ina yang tak berapa makan nasi..bertambah-2 he he he..memang sedap masakan air tangan suami aku ni..dia selalu kata, dia masak ikhlas...tak boleh belah.
Sebelum Kak Mah dan anak-2nya sampai sempat juga aku mengadun kastard untuk casing tart yang Zaryna ode....Berangkat aje depa malam tu, tak habis pun menonton Teratak Shamsiah, aku terus mengadun kek untuk Azrilah, Taman Meru Ria. Aku ni kalau buat kerja masa orang ada, rasa segan sikit he he he ..Alhamdulillah Puan Azrilah sangat suka.
Petang lepas solat Asar, kami menziarahi anak sulungku, esok dia ada exam, bawa nasi, ayam goreng, masak lemak udang baki makan malam tadi. Dia cam biasa, kebetulan pulak mengganti member dia untuk men bola...so kami melepak kat sejam tunggu dia, kami makan dulu, dah lapar sangat. Jumpa sembang ngan dia tak sampai 15 minit, dia dah kena masuk untuk siap-2 solat maghrib.
Dia ni memang minat sangat sukan. Peluk cium dia tapi lap dulu peluhnya...he he hedia ucap Selamat Hari Ibu...ibu tak sambut sayang, takut salah pemahaman. Apa-2 pun terima kasih n selamat maju jaya untuk mid year exam...risau gak sebab awal tahun ni, asyik cuti..emak sakit, emak ku pergi meninggalkan kami selamanya dan yang terskhir cuti panjang, dia kena denggi.
Menu atas ni jangan terkejut, aku masak jam 11.45 malam tadi, anak-2 kelaparan, sebab makan petang tadi n lepas tu ibu tak masak. Memula suh depa makan epal, Nazmi kata, x kenyang lagi, ibu kesian pulak, masak nasi goreng, goreng keropok n buat teh tarik...ibu pun nak juga...Ni kekenyangan n x leh nak tido dulu..nanti bertambah-2 gumok...
Ok selamat malam....
No comments:
Post a Comment