Sunday, July 15, 2012

Hari Karnival Jualan Hira'

Semalam 14/07/2012, Sek Men Islam Hira', Jeram, mengadakan Hari Karnival Sekolah. Seawal 9.30 pagi kami dah sampai keperkarangan sekolah, itu pun selesai ibu, menyelesaikan tugasan ode dari pelanggan tersayang.



Pergi ke Karnival Jualan, biasalah duit dalam purse mesti ada, alhamdulillah rezeki yang Allah bagi kepada kami.

Nasib baik masa kami sampai, belum ramai lagi ibu bapa yang datang. Yelah hari Sabtu, ada yang bekerja dan baru ucapan dari Pengetua dan Pengerusi..legalah makcik. Jumpa Along, peluk cium dia..he he he, padahal minggu lepas dah ziarah dia. Along tak leh dok ngan kami, terlibat dalam persembahan.

Kami tak ke tempat duduk yang disediakan. Terus mencari apa yang boleh dimakan...pilih laksa sardin, not bad, hasil tangan anak-2 sekolah. Beli nugget cheese pun sodap..berulang kali membelinya..he he he, harus dicari lepas ni, produk siapa.

Sementara suami melepak-2 dengan kawannya, Ibu, Fathieha n Nazmi pergi cari apa yang boleh disertai..he he he, gi main dart, teruja g kat tempat memanah, seronok sangat..dapatlah hadiah lolipop..not bad, lepas tu g main Hall of Doom..lebih kurang cam rumah hantu kat sarkas..tapi jujurnya x pernah masuk rumah hantu pun. Golapppppppppp..aku main short cut, dah mula panik, bila dengar suara seram..he he he..kuar ikut bawah meja..kah kah kah. Masuk ngan Nazmi n Along (selepas Along buat persembahan Dikit Barat)

Nak citer, Along jadi tukang karut 1 masa Dikir Barat tu..he he he, kelakar juga persembahannya, berkaitan dengan sehari di Hira, mendapat sorakan  dan yang paling tak tahan, Along terlupa lirik..he he he. 

Taklama lepas tu, suami pun join, g kat memanah sekali lagi n masuk rumah gelap lagi..ha ha ha, suami ajak ikut jalan benar, ibu dah panik..nak  kuar cepat..Ini semua sebab Fathieha nak masuk..memula tu dia dok luar tunggu kami.

Kami balik selepas jam 3.30 petang..dah tak larat n selepas bawa Along keluar sekejap beli barang kat My Mydin..kami tak bawa Along balik, sebab minggu depan Khamis Along dah balik, sambut puasa bersama kami..Malamnya Along telefon, bagi tahu, kelasnya menang untuk Dikir Barat tu..he he he, tahniah. 

Lagi satu nak citer juga, muka ibu habis kemerahan sebab ibu tak pakai foundation masa nak pergi, cuma sapu bedak..n agaknya panas..ibu letak-2 air kat muka...he he he, macam orang demam rasanya..

Yang sedihnya, ibu beriya save gambar kat fail dalam PC, tangan ibu tergatal mendelete gambar dalam HP..rupa-2 hilang sebab TERDELETE...huwaaaaaaaa


No comments:

Post a Comment