Saturday, August 4, 2012

Menu berbuka n bersahur Ramadhan 1433H

Alhamdulillah, menjalani ibadah puasa di Fasa ke 2...semoga diberi kesihatan yang baik sepanjang menjalaninya. Ibu masak sup ayam, nasai himpit dan celur mee hoon yang dah lama dibeli di Az Zain, Seksyen 15, Shah Alam.


Menu bersahur hari apa ye, x ingat, tapi semuanya dimakan yang baru dimasak, teringin nak makan kuah bening..


12 Ramadhan 1433H-Rabu

Ada lebihan nasi himpit, yelah ibu n Fathieha aje yang berbuka kat rumah. Teringin pulak nak pekena rendang ayam Kompleks PKNS Shah Alam. Alhamdulillah. Ibu masak ikan tenggiri masak kari n letak terung..Fathieha kata pedas..Ayah bagi roti dari rumah yang dikukusnya untuk berbuka puasa di surau..sedap.





13 Ramadhan 1433H-Khamis
Fathieha mengabadikan kenangan mengacau ibu memasak..he he he, puasa-2 ni suka sangat makan masakan kicap.


Along minta buatkan cucur udang, ermmm sedap. Ibu potong kecil udang dan letakkan kepingan ketam di dalamnya..


Along Adli demam, dapat MC, Pengetua kata boleh dibenarkan balik. Ibu rasa kekurangan air dalam badan sebab Adli kata dia sakit-2 pinggang dan terpaksa bersembahyang duduk..memang kesian sangat tapi anak ibu ni susah sangat nak minum air jarang..Semoga Allah sentiasa memelihara Along walau dimana sahaja berada.


14 Ramadhan 1433H
Asalnya kek ode dari Liza, tak berapa cun dan ada retak sikit, apalagi jadi hidangan berbuka Fathieha n jiran tetangga.


Menu berbuka petangnya, memang terlalu penat sebab membaking kek lapis..macam dah nak suruh suami masak TAPI Alhamdulillah bila hati memujuk nak masak untuk anak-2, terus segar kembali.

2 comments:

  1. Assalamualaikum

    Sedapnyer sotong masak kicap

    Sedapnyer lauk pauk tu semuaaaa

    Salam beramal

    http://nurqasehbiz.blogspot.com/2012/08/sekadar-yang-termampu.html

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Mamawana..

    he he he...alhamdulillah

    ReplyDelete