Saturday, September 7, 2013

Menu Ramadhan 1434H

Assalamualaikum, lama dah x jenguk blogku ini. Alhamdulillah dengan izinNYA juga kami dah pindah kerumah baru. Pindah ke Taman Meru Harapan setelah hampir 12 tahun menetap di rumah sendiri juga di Taman Dato Bandar. Berbaur perasaan masa nak pindah tapi rumah lama telah dijual dan rumah baru sedia menanti.

Taman Dato Bandar tetap dihati semenjak kami secara rasmi menetap di sana pada 29 Jun 2002 selepas melahirkan anak keduaku. Banyak kenangan manis. Padaku tak de kedukaan menetap di sana. Kehidupan bermasyarakat di sana memang yang terbaik padaku. Antara jiran-jiranku yang tetap di hati Midah, Azie, Ita, Shidah, Sham dan Laila.




TDBlah tempat ku belajar cara-2 menguruskan dan memandikan jenazah dari surau atas 1000 Dinar sampailah ke Surau Al Faizin wujud. Pengalaman melihat orang memandikan jenazah juga telah menguatkan samangat aku untuk melaksanakan bakti terakhirku kepada Arwah Bonda.

Kalau hari raya usah cerita, memang seronok sangat walaupun aku bukanlah orang yang xtif. Kenangan beraya 1434H ini..ambil kau, kami dapat basikal, sebab suami masih salah seorang AJK di sana.


Kami pindah bukan sebab kesibukan hidup bermasyarakat di sana, rumah lama sebelah kilang dan sebab aku part time baking segala tempat aku gunakan...he he he, naik penin En. Suami. Apa-2 pun kami mengharapkan yang terbaik buat kami sekeluarga walaupun di mana kami menetap.


Ini antara menu Ramadhan 1434H yang sempat aku snap untuk kenangan, nak layari i-net kat umah susah, takde talian tetap..kalau nak memohon pun kena 20 orang join, siapa nak cepat angkat tangan.


Yang aku perasanlah masa bulan Ramadhan tahap kerajinan aku memasak memang tinggi. Hari-2 aku masak sebolehnya. Ini pulak menu spagheti yang paling mudah  disediakan. Syawal yang baru lepas pun aku dah buat 2 kali untuk hidangkan pada tetamu.


Ini pulak menu  popia telur, senang dan mudah disediakan, belajar dari mak angkat aku, Puan Khadjah, perasan sendiri.


Yang aku perasanalah, he he he.berapa bayak perasanlah  masa Ramadhan, anak-2 suka kalau aku goreng ayam, pun boleh jadi sebagai lauk untuk mereka. Alhamdulillah senang ibu.


Menu yang akhir ni anak daraku yang teringin, dia buat sendiri. Sahur makan ice cream pun boleh jadi.

No comments:

Post a Comment