Wednesday, October 16, 2013

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1434H

Alhamdulillah, masih lagi diberi ALLAH SWT umur dan kesihatan yang baik utk menyambut Aidil Adha tahun ini. Macam biasa suami tak balik kampung. Memang kami tak pernah beraya di kampung mana-2 pun bila sambutan Aidil Adha ni.

Ingat lagi Aidil Adha tahun 1432H, arwah emak nak buat korban, adikku Niza ajak balik..dia kata, mana tau ini raya emak yang terakhir...Maaf ye emak, kebiasaannya, suami akan join bahagian dalam korban di taman lama. Rupanya memang tahun terakhir emak beraya dengan anak-2 dan cucu2nya.. Al Fatihah emak dan abah, semoga di tempatkan di kalangan orang2 yang dikasihi ALLAH.


Malam sebelum raya, aku masak nasi himpit dan buatkan kuah kari ayam untuk hidangan kami sekeluarga, malam sempatlah kami pekena dengan anak-2. Takde rezeki kami, esoknya kuah seperiuk basi..rasanya salah aku juga sebab masuk asam selepas api kuah ditutup. 

Alhamdulillah, masih rezeki kami juga, baki santan dan ayam masih ada, dalam terkocoh-2 siapkan ode makcik, sempatlah aku masak kari sekali lagi..walaupun tak banyak tapi gembira, sebab dapat menjamu suami dan anak-2 makan selepas solat raya.


Adik bongsuku sekeluarga x balik juga raya tahun ini, jadilah dia tetamu kami..sementara anak-2 lelakiku mengikut suami ke taman lama, aku masak-2 lagi untuk hidangan lain yang mudah..


Petang dalam jam 6, adik ipar sebelah suami pun sampai dari kampung, ini lah yang dapat aku jamahkan mereka. Ini bukan gambarnya..ambil dari simpanan gambar lama.

Terima kasih sudi datang dan ziarah kami..nanti datang lagi ye.

No comments:

Post a Comment