Saturday, May 3, 2014

Hari lahir kesayangan-2 ku


11-04-2014


30-04-2014 




Assalamualaikum....lama dah x hap det. Banyak malas dari rajin. Kenangan meraikan besday anak-2 pada bulan April lepas.

Fathieha x nak kek, so mama buatkan pavlova, Angah Nazmi pula nak bawa kek untuk kengkawan. Ini saja yang mampu mama buat plus malas...he he he

Syukur diberi anak-2 yang sihat dan sempurna, moga sempurna sifat, akal dan budi pekertinya. Harapan kami berdua agar anak2 terus membesar di dalam keadaan yang sihat dan sempurna. Menjadi anak-2 yang soleh dan solehah, taat kepada suruhanNYA. 

Selalu saya berpesan pada anak-2, apa pun yang terjadi di dalam kehidupan...Jangan sesekali menukar agama..pelbagai cabaran anak-2 di masa hadapan. Sedih dan pelbagai perasaan bercampur di dalam kotak fikiran memikirkan kehidupan yang bakal anak-2 tempuhi. Semoga diberi kekuatan buat kami berdua.

Semoga ALLAH sentiasa mendengar doa kami..

Wednesday, February 12, 2014

Projek baking bila rajin










Ini gambar-2 projek rajin memuffin dan meroti...resepi Rinchan, Mat Gebu & Mamafami habis ku cuba...dan yang pasti seronok menggembirakan anak-anak

Saturday, February 8, 2014

Kelas bunga peony dan kelas fondant


Berguru dengan Sifu Lyza Ghazali - 11/01/2014



Berguru dengan Sifu Khairati - 26/01/2014

Kehilangan

Harini 14 Jan 2014...diam tak diam dah 2 tahun emak pergi menemui yang ABADI pada 10 Jan 2012 lalu..dan kami masih lagi diberi kekuatan olehNYA, menerima ketentuan yang pasti dalam kehidupan setiap insan..iaitu MATI.

Ya ALLAH semoga KAU tempatkan Arwah Emak dan Abah, Wan dan Aki, Bapa Mertua yang tak pernah ku kenali, Kak Yah dan saudara maraku yang telah pergi di dalam golongan orang-2 yang KAU kasihi. AMIN.

Tak sangka dan memang sudah pasti janjiNYA aku dan kawan-2 menerima kejutan bekas Pengurus Akaun kami, Allahyarham Mohd Shuhaimi Ali yang baru saja menyambut ulangtahun kelahirannya -ada 2 Jan lepas, pergi menemuiNYA kerana kemalangan jalanraya di Cameron Highland sewaktu berkonvoi...

Masa tu aku menghadiri kelas bunga peony dengan Sifu Lyza Ghazali di Segambut Bahagia...kelas dah nak habis, sedang sesi mengabadikan foto kenangan. Telefon berbunyi dari nombor yang tiada di dalam simpananku.

Naim, x ofis mate tanya no plet motor bekas bosku.. Ya Allah..memang x tahulah jawapannya dan dia bagi tau Arwah telah meninggal dunia..Ya Allah..Dia kata akan konpemkan semula dan tangan aku gatal mendail no bos lamaku..tak berangkat, fikiran ku dia kemalangan sahaja..

Naim call aku semula..BENAR, janji ALLAH itu pasti..memang sah Allahyarham terlibat didalam kemalangan dan telah meninggal dunia..Innalillahiwainnailahirajiun...Sebak menitis air mataku...

Selesai bergambar aku terus turun dan menemui suami dan anak-2 yg telah menunggu..terus bagitau dan ajak suami g ziarah sebagai tanda penghormatan terakhir..

AL FATIHAH...semoga arwah ditempatkan di dalam golongan beriman...

Tuesday, January 14, 2014

Selamat hari ulangtahun kelahiran Rasulullah...



Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua...

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk memperbaiki diriku ini..Ya Allah semoga KAU Istiqomahkan hatiku..