Saturday, February 8, 2014

Kehilangan

Harini 14 Jan 2014...diam tak diam dah 2 tahun emak pergi menemui yang ABADI pada 10 Jan 2012 lalu..dan kami masih lagi diberi kekuatan olehNYA, menerima ketentuan yang pasti dalam kehidupan setiap insan..iaitu MATI.

Ya ALLAH semoga KAU tempatkan Arwah Emak dan Abah, Wan dan Aki, Bapa Mertua yang tak pernah ku kenali, Kak Yah dan saudara maraku yang telah pergi di dalam golongan orang-2 yang KAU kasihi. AMIN.

Tak sangka dan memang sudah pasti janjiNYA aku dan kawan-2 menerima kejutan bekas Pengurus Akaun kami, Allahyarham Mohd Shuhaimi Ali yang baru saja menyambut ulangtahun kelahirannya -ada 2 Jan lepas, pergi menemuiNYA kerana kemalangan jalanraya di Cameron Highland sewaktu berkonvoi...

Masa tu aku menghadiri kelas bunga peony dengan Sifu Lyza Ghazali di Segambut Bahagia...kelas dah nak habis, sedang sesi mengabadikan foto kenangan. Telefon berbunyi dari nombor yang tiada di dalam simpananku.

Naim, x ofis mate tanya no plet motor bekas bosku.. Ya Allah..memang x tahulah jawapannya dan dia bagi tau Arwah telah meninggal dunia..Ya Allah..Dia kata akan konpemkan semula dan tangan aku gatal mendail no bos lamaku..tak berangkat, fikiran ku dia kemalangan sahaja..

Naim call aku semula..BENAR, janji ALLAH itu pasti..memang sah Allahyarham terlibat didalam kemalangan dan telah meninggal dunia..Innalillahiwainnailahirajiun...Sebak menitis air mataku...

Selesai bergambar aku terus turun dan menemui suami dan anak-2 yg telah menunggu..terus bagitau dan ajak suami g ziarah sebagai tanda penghormatan terakhir..

AL FATIHAH...semoga arwah ditempatkan di dalam golongan beriman...

No comments:

Post a Comment