Sunday, June 17, 2012

Bila rajin...

Assalam, lama dah x upload kat blog ni. MALAS...ni sementara angin RAJIN tengah ada..masuk gambar-2 buat kenangan dan tatapan aku sendiri.


Pertama kali mencuba kek lapis kukus, sebab ada cikgu yang teringin. Bagiku yang selalunya buat kek lapis bakar..kira mencabar juga kukus kek lapis ni. Alhamdulillah cikgu tu suka.


Cream puff ni hidangan makanan sebelum makan tengahari. Tengok adikku Udin n keluarga tengah lepak-2, ku hidangkan puff dengan choc ni..kejap aje dah licin..he he he


Gambar Ainul & Aina semasa dalam perjalanan kerumah adik bongsuku..Ainul semakin pemalu, bila panggil atau tegur sikit, udah tutup mukanya dengan tangan..biar malu sampai besar ye sayang.


Aina, budak pipi montel, comel n tembam ni...baik sangat..he he he, kena hempap pagar..udah berbalut dahinya..

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru 2012


Tadika - Cikgu Roslah & Kak Limah
Sekolah Rendah - Cikgu Zainon, Cikgu Minhad, Cikgu Latif dll
Sekolah Menengah - Cikgu Saat, Cikgu Zulkifli, Mr Christopher, Cikgu Ngateni Hj Sirat, Cikgu Azizah dll
ITM - he he he, lupa


Selamat hari guru kepada semua guru-2ku. Jasa kalian tidak ternilai mendidikku dulu. Kepada yang telah pergi sedekah Al Fatihah kuberikan semoga kalian tenang di sana, pada yang masih ada dan meneruskan usaha mendidik anak bangsamu, semoga sentiasa tabah dan sabar menghadapi zaman yang serba canggih kini.

Kepada Muallim & Muallimah anak-2ku terima kasih di atas segala jasamu.

GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA.

Monday, May 14, 2012

Xtvt minggu ini..13/05/2012


Hari Jumaat tu tumpang suami ketempat kerja, sebab nak mudah ke BAGUS, he he he. Sedang makan tengahari hampir jam 4 petang, dapat ode dari Che Mid, sib baik ada stok casing yang telah aku standby utk ode dari Pelanggan Zaryna. Jadinya Che Mid ode 50 bj. Tq Che Mid.


Petang sebelum maghrib siap-2 adun sekilo tepung untuk buat lagi casing tart n tambah lagi sekilo..yang menyebabkan aku tidur pada jam 4 pagi..he he he. Start buat casing pun lambat sebab ikut suami mamanaskan enjin ketaku yang baterinya kong kali kong. Alhamdulillah. 

Sabtu pulak, sambung tambah 1/2 kg adunan tart, sebelum tu keluar sarapan pagi dengan suami di Batu Belah, kebetulan anak ke 2 ada TKRS n tidur semalam kat sekolahnya...singgah sarapan kat kedai baru,.....not bad.

Balik terus sambung kerja casing n jam 6 petang, kami menerima kunjungan Kak Mah, Hasrul & Ina...sampai jam 11.45 malam. Alhamdulillah suami masak semua makanan untuk makan malam dan aku pulak mengemas dan mengemop rumah sebabnya dah x larat sebelum tetamu-2ku sampai. Dapatlah juga melelapkan mata sebelum solat Zuhor dalam 1/2 jam.

Suamiku sayang masak lemak udang, goreng cencaru n telor dadar...ha ha ha, Hasrul n Ina yang tak berapa makan nasi..bertambah-2 he he he..memang sedap masakan air tangan suami aku ni..dia selalu kata, dia masak ikhlas...tak boleh belah.



Sebelum Kak Mah dan anak-2nya sampai sempat juga aku mengadun kastard untuk casing tart yang Zaryna ode....Berangkat aje depa malam tu, tak habis pun menonton Teratak Shamsiah, aku terus mengadun kek untuk Azrilah, Taman Meru Ria. Aku ni kalau buat kerja masa orang ada, rasa segan sikit he he he ..Alhamdulillah Puan Azrilah sangat suka.


Petang lepas solat Asar, kami menziarahi anak sulungku, esok dia ada exam, bawa nasi, ayam goreng, masak lemak udang baki makan malam tadi. Dia cam biasa, kebetulan pulak mengganti member dia untuk men bola...so kami melepak kat sejam tunggu dia, kami makan dulu, dah lapar sangat. Jumpa sembang ngan dia tak sampai 15 minit, dia dah kena masuk untuk siap-2 solat maghrib.

Dia ni memang minat sangat sukan. Peluk cium dia tapi lap dulu peluhnya...he he hedia ucap Selamat Hari Ibu...ibu tak sambut sayang, takut salah pemahaman. Apa-2 pun terima kasih n selamat maju jaya untuk mid year exam...risau gak sebab awal tahun ni, asyik cuti..emak sakit, emak ku pergi meninggalkan kami selamanya dan yang terskhir cuti panjang, dia kena denggi.

Menu atas ni jangan terkejut, aku masak jam 11.45 malam tadi, anak-2 kelaparan, sebab makan petang tadi n lepas tu ibu tak masak. Memula suh depa makan epal, Nazmi kata, x kenyang lagi, ibu kesian pulak, masak nasi goreng, goreng keropok n buat teh tarik...ibu pun nak juga...Ni kekenyangan n x leh nak tido dulu..nanti bertambah-2 gumok...

Ok selamat malam....

Xtvt semasa ketiadaan suami & along...


  

Hujung minggu yang membosankan kerana suami x balik lagi dari tugasan luar daerah n anak sulung pun x blh balik. Jadi ibu masak sempoi-2. Pepagi tu depa dah makan coco crunch, jadi ibu masa murtabak megi n bagi tau nnt makan nasi kat luar.

Petang lepas Asar kami ke Tesco pekena nasi beriani JM...ode 1 nasi beriani ayam, 2 nasi kosong, 2 sirap bandung n Nazmi ode air kegemarannya, teh o es limo..erkkk, kekenyangan...kuar dari Tesco g umah adikku kat Taman Kembara Rantau Panjang...

Tak lama dok kat rumah adik, balik singgah ke Klinik Araa, Setia Alam, sebab Fathieha pening kepala n panas badan...40C...memang dia dah mula tak sihat beberapa hari sebelum. Alhamdulillah, sihat dari demam cuma sakit-2 kepala, harap-2 biarlah sebab musim panas dan bukan yang lain, ajak g klinik lagi, dia takut kena ambil darah..macam-2.



Sunday, April 29, 2012

A day b4 his birthday....



Tomorrow will be his day, so wait for tomorrowlah ye..he he he. Today ibu only prepared apam for him and put some left over choc on the top and look at his face..

I hope he will be the best among the best through out his life and be a very soleh person and always make us  happy being his parent.

Have a pre birthday ye adik..today no egg left in the freezer, so ibu cannot make any cake for you..he he he

Love..love..love you much and more... 

Thursday, April 26, 2012

Meraikannya...



Aliyah


Aina


Sumayyah

Lama dah tak hapdet blog ni, MALAS...he he he. Birthday girlku teringin nak princess cake..dan kebetulan ramai anak sedara perempuan sebelahku yang besdaynya bulan April, maka kubuatkan rainbow princess cake masa adik-2 berkumpul di rumahku minggu lepas.

Kalau nak kata tak penat, tipu..dari Sabtu malam Ahad, adikku Din n keluarganya sampai dari Senawang, aku dah mula memasak-2. Masak kari ayam malam tu, sebab nakkan baki perahan santan ketiga untuk dibuat nasi lemak keesokkan harinya...masak sambal udang dan bakar ikan cencaru, menu sebelah pagi.

Tengahari masak nasi putih, goreng kacang hijau dengan hidangan kari ayam yang kumasak sebelumnya..adikku Niza bawa ikan siakap 2 ekor, masak masam manis..selamat, banyak lauk.

Bila dah berkumpul, riuh rumah aku, terutama nila aku bergaduh..he he he dengan anak ke dua adik aku, yang memang baik sesangat akalnya..he he he. Budak selamba..


Lupa nak ambil semua lauk dan gambar masa depa datang, sempat ambil gambar Ainul aje...anak angkutku..

Asalnya depa semua nak balik 6.30 petang dari rumahku, last-2 lepas maghrib baru semua balik kesarang masing-2, tuan rumah tak tambah lauk, cuma masak nasi n nasib baik dapat mengurangkan rasa lapar anak-anak terutamanya budak yang bernama Salahuddin Ayubi.

K lah kekanda n adinda-2 ku, jangan serik datang buat sepah kat umah aku lagi...insyaallah kalau Allah izinkan akan bertemu semula.....yang takde, kakak sulung n adik ke 4 ku...

k dah ngantuk, semua orang dalam umah dah tidur...Wassalam

Wednesday, April 11, 2012

Selamat hari lahir sayang mama...


Alhamdulillah, harini genap 7 tahun anak daraku seorang. Tahun ini ulangtahun kelahirannya bersamaan tarikh pertabalan YDA ke 14 iaitu 11 April 2012. Kalau ikut kalender Hijrah, 2 Rabiul Awal yang lepas dia dah berusia 7 tahun. 

Detik kelahirannya, Siti Nur Fathieha dilahirkan 2 minggu lebih awal dari tarikh sebenar sebab mama kena keluarkannya ikut 'tingkap'. Alhamdulillah dengan kelahirannya juga, mama dapat juga anak perempuan. Memang x pernah tanya Dr apa jantina anak semasa sesi bertemu Dr. Janji kesemua anak-anak yang bakal dilahirkan sihat dan sempurna..syukur kesemua anak-2 mama lahir cukup sifat dan sempurna.

Mama memang ada janji nak buatkan kek tapi ingat nak serentakkan dengan Angahnya nanti n tunggu Along ada sama. Nanti ye sayang. Fathieha ni banyak persamaan perangai dengan Alongnya..leka kalau mengadap TV n sampai x siap kerja. Aduss kalau disuruh solat, selagi mama tak bertukar jadi halimau, dia buat selamba.

Doa dan harapan mama, semoga Fathieha menjadi anak solehah permata ayah dan bonda dunia dan akhirat. Besar nanti sentiasa menjaga maruah diri n keluarga.

Selamat panjang umur anakanda..Mama sayang kamu selalu.