Friday, November 18, 2011

Bila keputusan peperiksaan keluar...khas buat anakandaku Ilham Adli

Assalamualaikum buat semua.

Sepanjang minggu ni semasa menanti result exam, hati berdebar-2. Yelah anak pertama ambil exam UPSR, UPSRA dan SPPIM (exam Pentaksiran Pelajar MUSLEH). Nasib baik ibu x de sakit jantung. Doa saja penenang jiwa, apa pun result anak dapat, kena terima dengan tabah dan sabar serta bersyukur seadanya.

Akhirnya semua persoalan terjawab dan perasaan tu hilang bila semua keputusan telah diumumkan. Walaupun tak dapat sebagus anak kengkawan yang lain, namun ada perbezaan pencapaiannya (2A 3B) dengan percubaan akhir UPSR (5B). Alhamdulillah ibu syukur seadanya. Tahniah Am, walaupun jauh disudut hati ibu sedih tapi ibu redha. Anak ibu lulus semua exam yang diambil. Alhamdulillah juga Am dapat A untuk Math.

Sebagai calun persendirian UPSRA, kerana sekolah tidak mewajibkan TAPI ibu beriya nak Am ambil. Alhamdulillah juga, walaupun pergi kelas tambahan untuk pelajar yang ambil UPSRA, 2 kali sahaja dan dengan izin Allah sumbangan contoh-2 soalan dari Ustazah Laila jiran selorongku di minggu terakhir exam, Am berjaya juga walaupun setakat dapat Jayid aje.

Alhamdulillah juga Am dapat 5A 4B untuk exam SPPIM. Selalu masa exam sekolah memang teruk sangat resultnya. Tapi sampai sekarang ibu tak faham apa yang membezakan sistem pelajaran sekolah agama kerajaan dengan sekolah Am. Takpelah macam ni ibu dah dapat sedikit pengalaman.

Tahniah ye nak, walaupun ibu sedih sebenarnya masa tulis N3 ini TAPI usaha Am yang sememangnya kuat sangat main ada juga perubahannya. Harap Am lebih fokus lagi untuk exam pada masa-2 hadapan.

Sayang selalu dari ibu..semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati semua anak-2 ibu.

No comments:

Post a Comment