Alhamdulillah, Ahad bebaru ni merealisasi keinginan anak-2 nak ke Pusat Sains Negara, Bukit Kiara. Memang tak pernah sampai ke situ pun tengok n pandang dari jauh aje. Sampai aje..hujan, berlari-2 kami masuk bawah kubah besar ni. Sampai kat situ hampir jam 1 tgh.
Tak sangka pula sedang berlangsung pameran dinasour. Ni view kat luar dari jejantas yang menghubungkan kawasan parking ngan kawasan PSN.
Ayah sedang beratur, Nazmi sedang mengigit kuku..ntah apalah yang difikirnya.
Sebelum masuk ke dalam pusat pameran cam kat Petro Sains ada akuarium besar. Cam kat Aquaria.
Tak sangka masa zaman dinasour ni, Transformer dah wujud..ha ha ha, besar betul.
Tinggi dan besarnya dia, takut Makcik.
Kat dalam tak dapat ambil gambar sangat, yelah kamera hp aje, view x jelas. Ini aje untuk sajian mata kita. Gelihati gelagat kanak-2 yang masuk kesitu, ada yang menangis ketakutan dan ada yang kat pintu luar terjenguk-2, lepas tu lari menyorok...he he he, yelah suara dinasour tu pun leh tahan.
Elok juga bawa anak-2 kesana, sebab masuk aje dinasour yang mula tu pandai rap..kah kah, klu x caya pergilah.
Ni pulak gambar kat kawasan macam di Petro Sains. Anak-2 seronok, habis semua dipegang dan dicuba..samalah ibu n ayah. Yelah zaman kami mana ada benda cam ni sangat...
Kat jalan keluar bangunan ada gambar pemenang Anugerah Nobel tapi x leh ambil gambar, masa ni bateri hp dah kong. Suami cakap kat anak-2..cuba cari gambar atok kau orang..kah kah kah..
Kalau kau orang nak gi sana, jangan lupa bawa baju mandi untuk anak-2, ada kolam boleh main air tapi tak digalakkan berenang..aku tak faham. Sementara anak-2 main air, korang leh bersenam, macam-2 alat sukan ada kat taman depa tu..guna jangan x guna..
Ok itulah cara kami mengisi cuti hari Isnin kelmarin, sambil meraikan besday ayah 2 Muharram. Balik tu singgah Taman Tasik Titiwangsa, konon-2 nak naik bot kayuh tu tapi dah tutup kaunternya, pusing ajelah tasik dan tengok orang main bola baling dengan berkeno..solat Asar n Maghrib di sana..wokkey itu saja.
No comments:
Post a Comment