Sabtu pagi hari tu suami bagi tau Angah/Emak cakap manggis n rambutan sedang lebat berbuah. Dia ajak balik..kami? Boleh saja.
Sementara dia ke tempat kerja, aku bakar kek dulu. Bawa balik kampung untuk makan sama-2.
he he he..tapi yang banyak makannya..ibulah. Malas nak cakap, nanti orang kata puji diri sendiri..tapi memang sedaplah. Sama resepi ku buat untuk besday staf ofisku, doorgift Norizah dan Cikgu Aryana....Tq kepada pemilik resepi ini.
Kami sampai malam, lepas 9 malam rasanya n dah siap makan malam. Suami kata esok nak ajak ke Telok Intan..jommmmm
Jam 12 lebih kami bergerak ke Telok Intan, biasalah suami memandu, kami kat belakang...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
Mee rebus &
Rojak. Memang sedap.....
Ini pulak acara selepas solat zuhur, sebelum hujan turun dengan lebatnya, panjat pokok manggis dan petik buah rambutan.
Rezeki kami, sebab masa balik pokok mangga anak ke 2 ku berbuah terakhir untuk musim ini. Sebenarnya tak kisah pun, rezeki sesiapa yang balik masa tu...
Hasil berbudi pada tanah...emak ngan pakciklah, kami tolong makan aje..he he he. Pisang ni aku yang potong sebab agaknya depa tak perasan pokok ni tumbang, yelah akhir-2 ni kan hujan lebat.
Tengok apa tu sayang..
Oh! Tengok ayah memanjat rupanya...
No comments:
Post a Comment