Ini gambar-2 projek rajin memuffin dan meroti...resepi Rinchan, Mat Gebu & Mamafami habis ku cuba...dan yang pasti seronok menggembirakan anak-anak
Wednesday, February 12, 2014
Saturday, February 8, 2014
Kehilangan
Harini 14 Jan 2014...diam tak diam dah 2 tahun emak pergi menemui yang ABADI pada 10 Jan 2012 lalu..dan kami masih lagi diberi kekuatan olehNYA, menerima ketentuan yang pasti dalam kehidupan setiap insan..iaitu MATI.
Ya ALLAH semoga KAU tempatkan Arwah Emak dan Abah, Wan dan Aki, Bapa Mertua yang tak pernah ku kenali, Kak Yah dan saudara maraku yang telah pergi di dalam golongan orang-2 yang KAU kasihi. AMIN.
Tak sangka dan memang sudah pasti janjiNYA aku dan kawan-2 menerima kejutan bekas Pengurus Akaun kami, Allahyarham Mohd Shuhaimi Ali yang baru saja menyambut ulangtahun kelahirannya -ada 2 Jan lepas, pergi menemuiNYA kerana kemalangan jalanraya di Cameron Highland sewaktu berkonvoi...
Masa tu aku menghadiri kelas bunga peony dengan Sifu Lyza Ghazali di Segambut Bahagia...kelas dah nak habis, sedang sesi mengabadikan foto kenangan. Telefon berbunyi dari nombor yang tiada di dalam simpananku.
Naim, x ofis mate tanya no plet motor bekas bosku.. Ya Allah..memang x tahulah jawapannya dan dia bagi tau Arwah telah meninggal dunia..Ya Allah..Dia kata akan konpemkan semula dan tangan aku gatal mendail no bos lamaku..tak berangkat, fikiran ku dia kemalangan sahaja..
Naim call aku semula..BENAR, janji ALLAH itu pasti..memang sah Allahyarham terlibat didalam kemalangan dan telah meninggal dunia..Innalillahiwainnailahirajiun...Sebak menitis air mataku...
Selesai bergambar aku terus turun dan menemui suami dan anak-2 yg telah menunggu..terus bagitau dan ajak suami g ziarah sebagai tanda penghormatan terakhir..
AL FATIHAH...semoga arwah ditempatkan di dalam golongan beriman...
AL FATIHAH...semoga arwah ditempatkan di dalam golongan beriman...
Tuesday, January 14, 2014
Selamat hari ulangtahun kelahiran Rasulullah...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua...
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk memperbaiki diriku ini..Ya Allah semoga KAU Istiqomahkan hatiku..
Wednesday, October 16, 2013
Selamat Hari Raya Aidil Adha 1434H
Alhamdulillah, masih lagi diberi ALLAH SWT umur dan kesihatan yang baik utk menyambut Aidil Adha tahun ini. Macam biasa suami tak balik kampung. Memang kami tak pernah beraya di kampung mana-2 pun bila sambutan Aidil Adha ni.
Ingat lagi Aidil Adha tahun 1432H, arwah emak nak buat korban, adikku Niza ajak balik..dia kata, mana tau ini raya emak yang terakhir...Maaf ye emak, kebiasaannya, suami akan join bahagian dalam korban di taman lama. Rupanya memang tahun terakhir emak beraya dengan anak-2 dan cucu2nya.. Al Fatihah emak dan abah, semoga di tempatkan di kalangan orang2 yang dikasihi ALLAH.
Malam sebelum raya, aku masak nasi himpit dan buatkan kuah kari ayam untuk hidangan kami sekeluarga, malam sempatlah kami pekena dengan anak-2. Takde rezeki kami, esoknya kuah seperiuk basi..rasanya salah aku juga sebab masuk asam selepas api kuah ditutup.
Alhamdulillah, masih rezeki kami juga, baki santan dan ayam masih ada, dalam terkocoh-2 siapkan ode makcik, sempatlah aku masak kari sekali lagi..walaupun tak banyak tapi gembira, sebab dapat menjamu suami dan anak-2 makan selepas solat raya.
Adik bongsuku sekeluarga x balik juga raya tahun ini, jadilah dia tetamu kami..sementara anak-2 lelakiku mengikut suami ke taman lama, aku masak-2 lagi untuk hidangan lain yang mudah..
Petang dalam jam 6, adik ipar sebelah suami pun sampai dari kampung, ini lah yang dapat aku jamahkan mereka. Ini bukan gambarnya..ambil dari simpanan gambar lama.
Terima kasih sudi datang dan ziarah kami..nanti datang lagi ye.
Saturday, September 28, 2013
Sarapan dan mekan tengahari minggu lepas
Teruja Yanti, jiran setaman tanya doh pizza segera di bakeri, terus beli di Dlina Bakeri, Taman Dato Bandar, tak mahal 5 kpg RM7.60.
Bangun seawal pagi terus masak kuah spagheti untuk sos pizza..buat lebih sebab bakinya dah tentu boleh disimpan.
Kuah spaghetiku mudah saja :
Tumis sebiji bawang besar dan seulas dua bawang putih yg dipotong dadu.
Masukkan daging kisar dalam 400gm, biar warna merahnya bertukar kelabu.
Masukkan setin cencawan butang, sos pasta 1-2 botol dan air 2-4 botol pasta..letak garam secukup rasa.
Aku suka hati letak sos lada hitam..ermm sodap nk letak pes tomato pun boleh.
Inilah hasilnya, sarapan pizza, makan tengahari spagheti dan yang 3 kpg tu, kami bawa ke SMIH, sambil hantar kek untuk anakanda Adli.
Sunday, September 8, 2013
Ulangtahun perkahwinan ke 16 tahun
Alhamdulillah, hari ni, 7 Sept kalau ikut kalendar Masihi, genap 16 tahun umur perkahwinan kami. Syukur kepadaNYA kerana memanjangkan jodoh antara kami berdua bersama kehadiran 3 orang anak-2 yang semakin meningkat usia mereka dan semakin besar cabaran di dalam kehidupan ini.
Terima kasih Ya Allah kerana mendengar setiap doaku dulu agar dijodohkan dengan lelaki yang beriman dan menerima aku seadanya. Walau dia tak sekaya mana tapi kesabarannya tinggi, syukur padaMU juga kerana mengurniakan kami, anak-2 yang sihat dan sempurna yang semakin membesar dan dengan pelbagai perangai..
Kami menghabiskan hari kami dengan pagimya jam 9.30 kami ke SMIH, sebab Along bagi tau dia ada persembahan sempena Karnival Merdeka 2013 di sekolah. Alhamdulillah sempatlah kami saksikan persembahannya, kami dok bersam sehingga jam 11.50 sahaja sebab Nazmi perlu diambil dari sekolah.
Nazmi tak join kami sebab dia ada perkhemahan Tahun 5 di Pangsun, Hulu Langat.
Balik dari ambil Nazmi kami singgah makan nasi Arab di Bandar Baru Bukit Raja, Aiman anak sedaraku join sekali sebab dia tidur di rumah kami. Sebelumnya mengikut suamiku yang ambil Fathieha dari rumahnya di Rantau Panjang.
Aku tak buat sebarang kek..sebab aku pun tak berapa sihat, sempat siapkan kek-2 tempahan sahaja.
Semoga Allah memanjangkan jodoh kami bersama sehingga ke akhir hayat dan memberi kami sekeluarga kesihatan yang baik dan jauhkan kami dari bencana, dugaan dan cabaran yang kami tak mampu menanggungnya. Semoga Allah menjadikan zuriat keturunan kami, anak-2 yang soleh dan solehah yang dapat mendoakan kami apabila kami tiada nanti. Amin
Subscribe to:
Posts (Atom)


















