Saturday, November 6, 2010

Makaroni Gratin N Roti Sosej

Sarapan pagi ini, atas permintaan anak sulungku. Makaroni Gratin. Biasalah resepinyer setelah dicari di blog-2 yang lain dan ini di C n P dari Jasmeen Fotopages..usahawan kek wanita yang pofular tu. Kek hiasannya cun-2 tau.

Bahan-bahan
• 1/2 bungkus macaroni
• 250g udang(sederhana besar) / agak-agak sahaja
. 1 peket Crab stick / saya tukar sosej daging
• 1 labu bawang besar (mayang halus)
• 2 sudu kecil mentega
• 250g mozarella cheese / saya guna keju Kraft (slice)

• **white sauce**
• 2 sudu kecil mentega
• 1 tin susu cair
• 2 sudu kecil tepung gandum
• lada hitam
• garam
Cara-cara
1. rebus macaroni hingga lembut.
2. panaskan mentega. tumis bawang hingga layu
3. Masukkan udang & crab stick.gaul rata..
4. Perasakan dengan sedikit garam dan lada hitam. Masukkan Macaroni...gaul rata...

*white sauce*
1. panaskan butter dan masukkan susu, tepung, garam dan lada hitam.
2. sapu mangkuk gratin dengan mentega dan letak campuran macaroni tadi.
3. lapiskan atasnya dengan cheese dan tuang white sauce.
4. bakar selama 15-20 minit


Sosej roti ni menu paling senang pada pendapatku lah..janji rajin..he he he

Sosej daging/ayam - direbus
Roti ikut berapa banyak sosej - dileperkan
Telur - dipukul sedikit
Sedikit garam

No comments:

Post a Comment