Tuesday, November 9, 2010

Pandan Layer Cake..selepas dipotong.


Sambungan dari N3 semalam.

Taraaaaaaaaaaaaaaaa...alhamdulillah sangat berpuashati dengan rasanya. Sesiapa nak resepi nak dahku letakkan, resepi kek span carik sendiri ye..cari jangan tak cari..he he he.

Bahan-bahan ( 1 biji kek )
  • 1 biji kek span pandan / kek span keladi
  • bahan (A)
  • gula kastor -180gram
  • air daun pandan - 500ML
  • serbuk agar-agar segera - 15ML /1 sudu makan
  • bahan (B)
  • santan pekat - 400ML
  • tepong hoen kwee hijau - 85gram
  • pewarna hijau - 5ML/1 sudu teh
  • secubit garam
  • UNTUK HIASAN - 1 cawan kelapa kering

Cara-cara

  1. Dsc04223
    kek span di hiris kepada 2 bahagian. ketepikan
  2. untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk. masak atas api sederhana hingga mendidih. kacau hingga gula hancur.
  3. satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. masukkan aduanan ini kedalam aduan (A).
  4. kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih.
  5. sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita..
  6. letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. tuangkan 1/3 aduan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya
  7. Dsc04228
    letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.
  8. Dsc05016
    hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
  9. keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan . salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda..


Resepi dari koleksi Myresepi oleh sweet4ever...

No comments:

Post a Comment