Tuesday, January 25, 2011

Akhirnya berjaya..........Japanese Cotton Cheese Cake






Usaha tangga kejayaan. Akhirnya aku berjaya membuat cotton cheesecake ini. Alhamdulillah. Nah resepinya yang kuambil dari sini.

Bahan-bahan ( 8-inci )

  • Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
  • Bahan B:
  • 140g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon

Cara-cara

  1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
  2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
  3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  4. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).

Ayah, Adli dan kucing


Tukang sibuk


Kasih suamiku yang sanggup bertukang sehingga jam 1 pagi kerana menunaikan hasrat anak sulungku hendak membela kucing.

Tq sayang...I love U..muah..muah..muah

Sunday, January 23, 2011

Makaroni goreng, cucur udang kering n ayam bakar

Kalau takde ode pun aku kena ucap ALHAMDULILLAH, sebabnya banyak masa masak-2 untuk keluarga, mencuba resepi baru dan berfoya-2 ngan familiku.

Boleh kira berapa kali aje aku memasak untuk bulan Jan 2011 ini, ntah kenapa kemalasan melanda. Tapi idaklah aku kejam sangat. Balik sekolah bawak anak makan nasi dulu. Malam aku buat yang simpel aje...alasan jangan makan nasi memalam. Aku ni mana boleh masak sedap-2, nanti aku yang makan lebih banyak dari depa..he he he.

Malam sebelum aku ada mencuba red velvet cake..tapi tak le pula eden mengambil gambaunyer.

Ini semua resepi campak-2ku yang dimasak sebelah petang iaitu selepas jam 2. Tengok resepi kat i-net lepas tu buat ikut apa bahan yang ada kat umah. Makaroni n cucur udang kering ini semua dari udang kering pemberian bosku. Tq Dato, bersih, udang kering dari Sabah.


Resepi makaroni gorengku

Udang kering diblend bersama sedikit cili, bawang n bawang putih. Tumis garing dalam kuali.
Letak sedikit sos tomato, macam masak mee goreng juga.
Boleh letak vege campur ikut suka atau sayur-2 lain.
Sedikit garam

Hidangkan.

Resepi ayam panggang bakar dalam ovenku...

Ayam dibasuh bersih
Sos tomato
Sos cili
Sos lada hitam
Sedikit jus oren sunquick
Sedikit garam

Campur semua bahan dan lumur pada ayam, biarkan lebih kurang sejam. Ikut suka.
Bakar ikut kepanasan oven memasing selama 1 jam. Siap.


Cucur udang ni kalau sesiapa tak tahu buat, tak tahulah nak kata..he he he. Jangan marah ye. Senang dan mudah. Mayang atau tumbuk udang/bilis kering bersama bawang atau kalau malas mayang aje bawang besar. Letak telur n air garam..bancuh.

Sos ini aku buat ikut stail aku. Campur sos tomato n sos cili, kalau suka letak gula sedikit.

Di Bukit Ramli..

">



Harini suami bangun dulu, selepas itu baru kami. Dah janji nak ke Bukit Ramli yang berdekatan dengan KBN Meru.

Masuk ni dah 2 x kami kesana, sebelum ini kami keluar dari rumah jam 6 petang, hari yang hpku rosak malamnya.

Xtvt kat sini leh cari kat sini atau kat sini. Kami tak le cycling, cuma jenjalan hirup udara petang n pagi. Gambar petang ada kat hp yang rosak tu..tunggu ye.

Saturday, January 22, 2011

Kek oren n kek keju beri biru


Kek oren resepi mamazieza kalau tak silap. Ku copy paste aje resepi dari blog sweetlily...tqvm

KEK OREN MAMA ZIEZA

Bahan-bahannya
300 gram butter
300 gram gula - haku kurangkan ke 250gm
5 biji telur (guna 4 biji putih dan 5 biji kuning telur)
320 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar fresh orange juice
2 sudu besar sunquick (optional)
1 sudu teh orange paste setitik warna oren atau pun kuning telur

Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah C. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga kembang dengan kelajuan tinggi.
3. Masukkan jus oren, orange paste dan juga pewarna kuning/ oren. Gaul rata
4. Masukkan tepung dan kaup dan balikkan pusing satu arah dengan spatula sehingga sebati.
5. Lenser loyang dengan mentega dan salutkan dengan tepung.
6. Tuang adunan tepung kedalam loyang. 8. Bakar selama 45 minit atau sehingga masak. Gunakan lidi untuk mengguji jika kek telah masak.


Blueberry cheese cake ni pulak cari blog Cik Mat Gebu yang meletop tu...ku try buat gegara ode dari member baru yang ku jumpa semasa cari bahan kek di Bagus Seksyen 13, Shah Alam. Sebelum ini pernah buat 2-3 kali rasanya tapi guna resepi orang lain. Nak resepinya lawat kesini ye..

Hiasannya suka hati tuan puan ye, saya nak try ngan choc ganache...not bad dan kek-2 ini telah selamat diagih-2kan kepada rerakan jiranku sambil mengeteh kat 'port' kami semalam.

Ayam masak merah


Alhamdulillah hpku telah pulih kembali. Thanks to my dearest hubby.

Harini rajin sikit. Bangun jam 6 pagi, tersedar sebab Cik Kokoloces nak gigit sikuku..ye ke. Thanks kejutkan saya. Lepas siap semua, ku terus membuat adunan cucur udang kering permintaan anak sulungku.

Harini dia kena gi sekolah untuk kelas tambahan UPSRA. Sekolahnya tak diwajibkan ambil UPSRA, so student yang nak ambil exam tersebut dibenarkan dan sekolah menyediakan kelas tambahan untuk itu. Ku masak nasi n buat nasi goreng jugak, Tapi tak ambil gambar sebab tadi hp x de lagi.

Petang ni rajin sikit, masak ayam masak merah. Aku buat separuh ayam sahaja. Nak resepi campak-2 ku..boleh. Ini dia..

Ayam dipotong kecil dan dibasuh bersih. Lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng. Angkat dan biarkan sementara kita sediakan bahan sambalnya.

Tumis bawang merah, rempah-2 cam bunga cengkih tu, kulit kayu manis, ikut suka..alamak baru ingat aku tak letak serai. Masuk cili giling n goreng garing. Letak garam sikit n tadi aku memandai letak lobak, kacang peas n jagung yang biasa letak dalam nasi goreng tu...ikut suka. Masukkan sos tomato atau kalau kau orang suka letak pes tomato. Dah sebati masukkan ayam tadi. N hidangkan kalau rajin masaklah nasi tomato.






Sunday, January 16, 2011

Ayam ala KR..

Assalam buat semua..ini pernahku share resepinya sewaktu waktu dahulu..cuba..try test..

Ayam ala Kenny Rogers

Dsc02136

Resepi asal dari jiran setaman hamidah-surirumah.blogspot

Bahan-bahan (Ayam saiz besar (8-10 orang) )

  • 1 ekor ayam (bersihkan, x payah dipotong kecil atau ikut hati tuan/puan)
  • Bahan-2 untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam (takde stok lada hitam serbuk)
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar herba campuran
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega

Cara-cara

  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang (saya bakar)selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, saya menyapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  5. Untuk dicurahkan keatas ayam dan kentang putar semasa makan, saya menggunakan sos lada hitam yang memang tersedia dijual di pasaran. Campurkan 2 jenis sos lada hitam yang berbeza dengan sedikit air panas (mengikut citarasa sendiri kita)
  6. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar (kesemua resepi boleh diperolehi di laman MyR). Selamat mencuba

Friday, January 14, 2011

Happy birthday in advance to my dearest friend Nurul


Have a very happiest advance birthday to my dearest officemate Nurul. I make choco peach mousse cake for her.

Because her birthday fall on Sunday, so we decide to celebrate it in advance. Anyway Nurul, hopes you enjoy the cake. I wish you have a good and healthy life and may all your dream came through.

Nak resepi? Cari disini. Kalau malas n rasa susah nak membuatnya boleh cari Adnazthie-Kek atau calling-2 ku di no hp 0193724860.

Saturday, January 8, 2011

Program Pemuakatan Tahun 6-2011

Assalam buat semua. Tahun ini anak sulungku akan menduduki exam UPSR..biasalah anak sulung, expectation mesti tinggi...he he he.

Tadi di sekolahnya telah diadakan Program Pemuakatan Tahun 6 khas untuk anak-2 yang akan ambil exam UPSR Sept 2011 nanti. Pihak sekolah telah memanggil 4 orang ibu bapa yang anak-2 telah mencapai keputusan yang cemerlang sebelum ini untuk berkongsi pengalaman mereka.

Seronok dengar pengalaman mereka terutama bila anak yang sulung cemerlang di dalam exam serta perbezaan anak lelaki-perempuan membuat persiapan exam.

Apa yang boleh kukongsikan adalah, anak adalah manusia, mereka perlu diberi peluang untuk menjana kejayaan dengan sokongan dari semua pihak iaitu ibu bapa dan guru-2 serta yang paling perlu dan wajib diingatkan adalah hubungan dengan Allah swt.

Bantu dan sokong mereka dengan memastikan mereka sentiasa menyiapkan semua homework yang diberi dan beri mereka peluang beriadah/berehat kerana mereka adalah manusia bukan enjin kereta.

Untuk anak ibu, Ilham Adli b Azahar, bukan result sekolah yang perlu dibanggakan tapi Dinniyah yang lebih diutamakan untuk kecemerlangan dunia dan akhirat. Berusaha dan bekerja keras untuk mencapai kejayaan dan bukannya mengalah sebelum berjaya.

Tuesday, January 4, 2011

Lawak serammmmmmmm...

Pepagi Isnin selepas hantar Fathieha ke sekolah, kuterus kepejabat, bajet sampai awal. Parking dah cantik..alamak kunci tak leh tarik kuar.

Minggu sebelum, 2 x bateri kong..sambung jumper ok, siap ada sekali tu, suami pesan, balik koje biarkan keta start 1 jam. Esoknya start keta mmg ok. Sempatlah ke Ipoh.

Suami konpem nnt dia datang. he he he

Jam 3 petang, suami sampai basement, dahlah nak masuk kat Kompleks PKNS sikit punya jam, hujan renyai, parking depan ketaku...he he he, tak jauh dari tempat parking tu, leh start pulak keta...wuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Nak tahu kenapa, ku letak kat gear N, mmglah sampai esok takleh tarik kuar..ha ha ha. Sib baiklah suamiku senyum aje. Alhamdulillah suamiku ini orang yang sesangat penyabar..melayan kerenahku. Tq bang, maaflah susahkan abang....he he he.

Pengajaran..buat kerja dengan teliti. ha ha ha


Mama..Thieha malu nak sekolah..




Balik sekolah tadiku tanya dia macamana..

Dia konfiden cakap, dia ok ajer..tak rasa malu.

Kasut




Last minit prepare beli kasut sekolah anak-2 inilah jadinya..

Beli kat Ipoh, dekat-2 dengan kedai yang berdekatan rumah adikku...tak check, terus simpan. Malamnya masa tunggu adikku yang sampai dari China, parking kat Petronas KLIA, anak sulung, buka bungkusan..ibu..kasut Nazmi takde..alamak..

Aku pergi check pulak..sah..abang kasut Nazmi takde..naya betul. Kira balik, mmg tak dibayar..menangislah Nazmi, bersedih hati sebab kasut lama tak berbasuh, esoklak dah sekolah...huhuhuhu

Nak buat camne, dah larut malam, selesai makan pun dah hampir kul 12.00 tgh malam...sabar ajelah. Esoknya, Isnin ambil depa dari sekolah, pergi bawa cari kasut sekolah baru..

Pengajaran..

Jangan buat koje last minit..
Check barang yang memang nak beli..

he he he

Selamat datang Ainul Mardhiah...





Tak masuk dalam senarai pun nak g Ipoh ni TAPI disebabkan kesian pada adik iparku yang bersalin tanpa suaminya disisi n keluarga sendiri..last minitnya rancangan kami pergi ke Ipoh.

Suhaila, iparku selamat melahirkan anak ke 5nya kalau ikut jumlah kehamilan, seorang puteri yang diberi nama Ainul Mardhiah pada hari Khamis 30 Dis 2010, jam 2.2+ pagi..alhamdulillah lahir cucu ke 18 bondaku..anak sedara perempuan yang ke 8.

Saja nak share ngan semua, berbuat baiklah kita sesama jiran, sebab jiranlah adik beradik bila keluarga jauh..untung Su, pengasuh dan keluarganya sangat baik, sanggup menghantar ke Hospital Tuanku Bainun dan menguruskan keperluan Su sepanjang ketiadaan suaminya yang semasa itu berada di China kerana berkursus. Masa N3 ini dibuat, adikku dah selamat kembali ke Malaysia, sampai lebih kurang jam 9.30 malam 2 Jan 2011.

Makan muka sendir..he he he





Assalam dan selamat sejahtera buat semua..selamat tahun baru 2011. Asalnya kek ode dari Ina, memberku untuk raikan bday kawan sepejabat TAPI disebabkan cuti umum sempena Malaysia menang Piala AAF Suzuki, maka jadi makan-2 untuk anak-2.

Kebetulan ada gambar edible mereka yang kutempah dari Kak Naz..dapatlah mereka makan gambar mereka sendiri..he he he.


Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011









Tahun ini..........


Kasih hatiku. Semoga abang sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa menjadi seorang yang suami dan ayah yang baik buat kami semua. Semoga jodoh kita berpanjangan sehingga keakhir hayat.


Tahun ini saya naik Darjah 6, akan menjalani peperiksaan UPSR. Semenjak umur 9-11 tahun, Mualimah memberitahu saya pelajar berpotensi TAPI saya kena buat perubahan dalam diri sebab saya sangat enegi main n main n main...semoga tahun ini ada perubahan dalam diri saya.



Putera keduaku, Nazmi, anak kelahiran bulan Safar ni. Tahun ini saya naik darjah 3, kena ajak kawan yang rapat ngan saya tu jadi budak baik. Semoga adik sentiasa cemerlang dunia dan akhirat.


Satu-2nya puteri di dalam keluargaku..tahun ini, saya 6 tahun. Dah tak boleh ponteng n ikut ibu ke ofis selalu. Manja betul.