Tuesday, January 4, 2011

Selamat datang Ainul Mardhiah...





Tak masuk dalam senarai pun nak g Ipoh ni TAPI disebabkan kesian pada adik iparku yang bersalin tanpa suaminya disisi n keluarga sendiri..last minitnya rancangan kami pergi ke Ipoh.

Suhaila, iparku selamat melahirkan anak ke 5nya kalau ikut jumlah kehamilan, seorang puteri yang diberi nama Ainul Mardhiah pada hari Khamis 30 Dis 2010, jam 2.2+ pagi..alhamdulillah lahir cucu ke 18 bondaku..anak sedara perempuan yang ke 8.

Saja nak share ngan semua, berbuat baiklah kita sesama jiran, sebab jiranlah adik beradik bila keluarga jauh..untung Su, pengasuh dan keluarganya sangat baik, sanggup menghantar ke Hospital Tuanku Bainun dan menguruskan keperluan Su sepanjang ketiadaan suaminya yang semasa itu berada di China kerana berkursus. Masa N3 ini dibuat, adikku dah selamat kembali ke Malaysia, sampai lebih kurang jam 9.30 malam 2 Jan 2011.

No comments:

Post a Comment