Saturday, January 22, 2011

Ayam masak merah


Alhamdulillah hpku telah pulih kembali. Thanks to my dearest hubby.

Harini rajin sikit. Bangun jam 6 pagi, tersedar sebab Cik Kokoloces nak gigit sikuku..ye ke. Thanks kejutkan saya. Lepas siap semua, ku terus membuat adunan cucur udang kering permintaan anak sulungku.

Harini dia kena gi sekolah untuk kelas tambahan UPSRA. Sekolahnya tak diwajibkan ambil UPSRA, so student yang nak ambil exam tersebut dibenarkan dan sekolah menyediakan kelas tambahan untuk itu. Ku masak nasi n buat nasi goreng jugak, Tapi tak ambil gambar sebab tadi hp x de lagi.

Petang ni rajin sikit, masak ayam masak merah. Aku buat separuh ayam sahaja. Nak resepi campak-2 ku..boleh. Ini dia..

Ayam dipotong kecil dan dibasuh bersih. Lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng. Angkat dan biarkan sementara kita sediakan bahan sambalnya.

Tumis bawang merah, rempah-2 cam bunga cengkih tu, kulit kayu manis, ikut suka..alamak baru ingat aku tak letak serai. Masuk cili giling n goreng garing. Letak garam sikit n tadi aku memandai letak lobak, kacang peas n jagung yang biasa letak dalam nasi goreng tu...ikut suka. Masukkan sos tomato atau kalau kau orang suka letak pes tomato. Dah sebati masukkan ayam tadi. N hidangkan kalau rajin masaklah nasi tomato.






No comments:

Post a Comment