Kalau takde ode pun aku kena ucap ALHAMDULILLAH, sebabnya banyak masa masak-2 untuk keluarga, mencuba resepi baru dan berfoya-2 ngan familiku.
Boleh kira berapa kali aje aku memasak untuk bulan Jan 2011 ini, ntah kenapa kemalasan melanda. Tapi idaklah aku kejam sangat. Balik sekolah bawak anak makan nasi dulu. Malam aku buat yang simpel aje...alasan jangan makan nasi memalam. Aku ni mana boleh masak sedap-2, nanti aku yang makan lebih banyak dari depa..he he he.
Malam sebelum aku ada mencuba red velvet cake..tapi tak le pula eden mengambil gambaunyer.
Ini semua resepi campak-2ku yang dimasak sebelah petang iaitu selepas jam 2. Tengok resepi kat i-net lepas tu buat ikut apa bahan yang ada kat umah. Makaroni n cucur udang kering ini semua dari udang kering pemberian bosku. Tq Dato, bersih, udang kering dari Sabah.
Resepi makaroni gorengku
Udang kering diblend bersama sedikit cili, bawang n bawang putih. Tumis garing dalam kuali.
Letak sedikit sos tomato, macam masak mee goreng juga.
Boleh letak vege campur ikut suka atau sayur-2 lain.
Sedikit garam
Hidangkan.
Resepi ayam panggang bakar dalam ovenku...
Ayam dibasuh bersih
Sos tomato
Sos cili
Sos lada hitam
Sedikit jus oren sunquick
Sedikit garam
Campur semua bahan dan lumur pada ayam, biarkan lebih kurang sejam. Ikut suka.
Bakar ikut kepanasan oven memasing selama 1 jam. Siap.
Cucur udang ni kalau sesiapa tak tahu buat, tak tahulah nak kata..he he he. Jangan marah ye. Senang dan mudah. Mayang atau tumbuk udang/bilis kering bersama bawang atau kalau malas mayang aje bawang besar. Letak telur n air garam..bancuh.
Sos ini aku buat ikut stail aku. Campur sos tomato n sos cili, kalau suka letak gula sedikit.
No comments:
Post a Comment