Saturday, January 8, 2011

Program Pemuakatan Tahun 6-2011

Assalam buat semua. Tahun ini anak sulungku akan menduduki exam UPSR..biasalah anak sulung, expectation mesti tinggi...he he he.

Tadi di sekolahnya telah diadakan Program Pemuakatan Tahun 6 khas untuk anak-2 yang akan ambil exam UPSR Sept 2011 nanti. Pihak sekolah telah memanggil 4 orang ibu bapa yang anak-2 telah mencapai keputusan yang cemerlang sebelum ini untuk berkongsi pengalaman mereka.

Seronok dengar pengalaman mereka terutama bila anak yang sulung cemerlang di dalam exam serta perbezaan anak lelaki-perempuan membuat persiapan exam.

Apa yang boleh kukongsikan adalah, anak adalah manusia, mereka perlu diberi peluang untuk menjana kejayaan dengan sokongan dari semua pihak iaitu ibu bapa dan guru-2 serta yang paling perlu dan wajib diingatkan adalah hubungan dengan Allah swt.

Bantu dan sokong mereka dengan memastikan mereka sentiasa menyiapkan semua homework yang diberi dan beri mereka peluang beriadah/berehat kerana mereka adalah manusia bukan enjin kereta.

Untuk anak ibu, Ilham Adli b Azahar, bukan result sekolah yang perlu dibanggakan tapi Dinniyah yang lebih diutamakan untuk kecemerlangan dunia dan akhirat. Berusaha dan bekerja keras untuk mencapai kejayaan dan bukannya mengalah sebelum berjaya.

2 comments:

  1. Salam Mila,
    wah awalnya sekolah tu buat program permuafakatan. Insya-allah kalau betul cara belajarnya akan berjaya. Wish him all the best

    ReplyDelete