Friday, December 16, 2011

Cuti-2..Part 1

Alhamdulillah Ahad lepas, balik Melaka, bawa sekali anak-2 sedara sebelah suamiku, Zaem n Ainina...

Makaroni gratinku & kek karot..xtvt minggu lepas




Hasil tangan anak terunaku..Ibu punya makaroni gratin tak guna shredded cheese. Ibu lebih suka guna kraft slice cheese. Sedap, ayah makan tambah 2 kali.


Kek karot ni, rupanya diminati anak daraku yang seorang tu..Kebetulan mama buatkan untuk Cikgu Nik yang nak ode 1/2 aje..dapat gak kami makan yang 1/2 lagi.

Sunday, December 4, 2011

Balik kampung suami...

Sabtu pagi hari tu suami bagi tau Angah/Emak cakap manggis n rambutan sedang lebat berbuah. Dia ajak balik..kami? Boleh saja.

Sementara dia ke tempat kerja, aku bakar kek dulu. Bawa balik kampung untuk makan sama-2.
he he he..tapi yang banyak makannya..ibulah. Malas nak cakap, nanti orang kata puji diri sendiri..tapi memang sedaplah. Sama resepi ku buat untuk besday staf ofisku, doorgift Norizah dan Cikgu Aryana....Tq kepada pemilik resepi ini.


Kami sampai malam, lepas 9 malam rasanya n dah siap makan malam. Suami kata esok nak ajak ke Telok Intan..jommmmm


Jam 12 lebih kami bergerak ke Telok Intan, biasalah suami memandu, kami kat belakang...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz




Mee rebus &

Rojak. Memang sedap.....



Ini pulak acara selepas solat zuhur, sebelum hujan turun dengan lebatnya, panjat pokok manggis dan petik buah rambutan.


Rezeki kami, sebab masa balik pokok mangga anak ke 2 ku berbuah terakhir untuk musim ini. Sebenarnya tak kisah pun, rezeki sesiapa yang balik masa tu...

Hasil berbudi pada tanah...emak ngan pakciklah, kami tolong makan aje..he he he. Pisang ni aku yang potong sebab agaknya depa tak perasan pokok ni tumbang, yelah akhir-2 ni kan hujan lebat.



Tengok apa tu sayang..




Oh! Tengok ayah memanjat rupanya...


Hujan turun dengan lebat petang tu, xtvt memanjat manggis terpaksa diberhentikan, sambung sebelum maghrib...

ermmm..sedap n manis.

Salah seekor dari tiga ekor kucing belaan mertuaku..

Xtvt anak-2 ku semasa hujan. Kalau kat rumah ni mana leh main, dok sebelah kilang, alamat hujan asid. Suka hati depalah nak mandi hujan kat kampung ni..insyaallah airnya bersih.

Tuesday, November 29, 2011

Ke Pusat Sains Negara & Taman Tasik Titiwangsa...


Alhamdulillah, Ahad bebaru ni merealisasi keinginan anak-2 nak ke Pusat Sains Negara, Bukit Kiara. Memang tak pernah sampai ke situ pun tengok n pandang dari jauh aje. Sampai aje..hujan, berlari-2 kami masuk bawah kubah besar ni. Sampai kat situ hampir jam 1 tgh.



Tak sangka pula sedang berlangsung pameran dinasour. Ni view kat luar dari jejantas yang menghubungkan kawasan parking ngan kawasan PSN.



Ayah sedang beratur, Nazmi sedang mengigit kuku..ntah apalah yang difikirnya.



Sebelum masuk ke dalam pusat pameran cam kat Petro Sains ada akuarium besar. Cam kat Aquaria.




Tak sangka masa zaman dinasour ni, Transformer dah wujud..ha ha ha, besar betul.


Tinggi dan besarnya dia, takut Makcik.




Kat dalam tak dapat ambil gambar sangat, yelah kamera hp aje, view x jelas. Ini aje untuk sajian mata kita. Gelihati gelagat kanak-2 yang masuk kesitu, ada yang menangis ketakutan dan ada yang kat pintu luar terjenguk-2, lepas tu lari menyorok...he he he, yelah suara dinasour tu pun leh tahan.

Elok juga bawa anak-2 kesana, sebab masuk aje dinasour yang mula tu pandai rap..kah kah, klu x caya pergilah.




Ni pulak gambar kat kawasan macam di Petro Sains. Anak-2 seronok, habis semua dipegang dan dicuba..samalah ibu n ayah. Yelah zaman kami mana ada benda cam ni sangat...



Kat jalan keluar bangunan ada gambar pemenang Anugerah Nobel tapi x leh ambil gambar, masa ni bateri hp dah kong. Suami cakap kat anak-2..cuba cari gambar atok kau orang..kah kah kah..

Kalau kau orang nak gi sana, jangan lupa bawa baju mandi untuk anak-2, ada kolam boleh main air tapi tak digalakkan berenang..aku tak faham. Sementara anak-2 main air, korang leh bersenam, macam-2 alat sukan ada kat taman depa tu..guna jangan x guna..

Ok itulah cara kami mengisi cuti hari Isnin kelmarin, sambil meraikan besday ayah 2 Muharram. Balik tu singgah Taman Tasik Titiwangsa, konon-2 nak naik bot kayuh tu tapi dah tutup kaunternya, pusing ajelah tasik dan tengok orang main bola baling dengan berkeno..solat Asar n Maghrib di sana..wokkey itu saja.