Sunday, December 30, 2012

RV choc ball


Ada baki kepingan cupcake RV haritu..so ibu dengan sukernya buatkan untuk anak-2..senang aje..

Saturday, December 29, 2012

Lazzzzatttttnyaaaaaaaaaaaa..LASAGNA

Lama tak masak yang special untuk anak-2, cuti sekolah pun dah sampai penghujung so ditunaikanlah segala hajat dan dibuatkan sekasar yang termampu.

Kalau ikutkan dah 2 x kakak sulungku buat, kat rumah Melaka n bawa masa kami gi cucit-2 di Famosa pada 16 hb Disemebr yang lepas..x puas merasa. Yelah ada hampir 20 orang makan dalam bekas sederhana..memang x cukup.

Kebetulan masa cari buah strawberi untuk kek member ofisku..ibu cari bahan-2 untuk buat LASAGNA..taraaaaaaaaaaaaa, dipersembahkan..kebetulan adikku Niza n famili datang untuk ambil Nabil, yang dah hampir 5 minggu bersama kami kerana mengikuti program Daurah Remaja Islam 2012..


Bahan inti daging, x cukup ibu tambah burger ayam 3 keping.


Sos putih, buat 2 adunan baru sedap..


Kulitnya ku rendam dalam air panas dulu, itu pun x cukup lama, next time kena lama sikit..lepas rendam eloknya asingkan setiap lapisan. Senang melekat.


Letak inti daging tadi.


Letak sos putih




Siap...jemput makan.

Kalau kau orang semua nak resepi n cara buat dengan lengkap..pergi blog ini ye..LASAGNA, blog kepunyaan Puan Ana Suzana yg sentiasa happening bila hapdet blognya..

Puas makan...ALHAMDULILLAH

Monday, December 24, 2012

Lot 802..A Famosa lagi..

Alhamdulillah, kalini berkumpul dengan adik beradik sebelah suami. Cuma Angah n Pakcik yang takde..mak mertuaku, join sekali kerana iparku Natrah ambilnya dari Perak 10 Dis yang lepas..Kami berkumpul pada hari Isnin 24 Dis n keluar keesokkan harinya..


Sambil tu, ipar-2ku, mengode kek dariku..harga adik beradik, alhamdulillah semua suka..



Ada gambar anak-2 sedang mandi tapi x leh nak upload...sendiri faham.


Zikry yang tersenyum ceria..maghrib sebelumnya tetiba Ziry menangis panjang..kerisauan juga kami yang ada. Yelah kat tempat baru..Alhamdulillah semuanya ok lepas tu..

Sunday, December 16, 2012

Lot 882..A Famosa

16 masuk 17 Dis keluar...bersama adik beradikku, x de gambar depa mandi manda n potong kek sempena bitrhday kakak n iparku..






Sunday, November 11, 2012

Xtvt di Hari Keputeraan Sultan Selangor...Bukit Ramlee







Xtvt hari Ahad kami

Pagi seawal jam 5.45 pagi aku dah terjaga, sebab malam tadi tidur awal..kejut suami dan anak-2 sembahyang Suboh dan suruh depa siap-2 mandi sebab ajak hantar tempahan Puan Nor Sahayu dan sarapan kat Seksyen 7 Shah Alam..


Tadi petang ke Masjid As Syarif selepas suami selesai tugasan membuka khemah di Sekolah Agama yang bersebelahan Masjid As Syarif. Sebelum tu aku dah siap mengadun adunan untuk kulir durian crepeku...

Makan tengahari tapi dah hampir waktu Asar kat gerai dalam kawasan masjid, kalau tak silap 'Nasi Kukus Pok' Ku' dan sate...burppp..konyang. Lepas tu merayau sampai lah kami terpaut kat kedai Ganjirkaligrafi klau tak silap..x silap lagik..biasalahdah tuo..


Selesai suami dan anak-2 solat Asar n siap tempahan kaligrafi kami pun balik n nampak Muallimah SRIH n Puan Nurul Fauzana bersama hubbynya, dia x perasan aku lambai dari dalam keta..




Balik suami dengan baiknya melayan semangat isterinya yang berkobar-2..membeli durian kampung di       Bt 8..sodapnya..maka akhirnya tertunailah hajat jiwa dan perasaan ini yang dah lama beli kuali tapi x jugak mengcrepe..tq sayang..nanti balik dari Masjid kita makan sesama ya..klu isteri dah tidur dulu pun makanlah..tak kisah..he he he


Ada banyak versi DC, so pandai-2lah korang pilih ye..ini antara salah satu link yang boleh dicuba..iaitu di blog  Puan ANA SUZANA. Harap Ana tak keberatan akk share linknya disini.  Kalau tak jadi jangan berputus asa..

Saturday, November 10, 2012

Hari Ihtifal SRIH




Alhamdulillah dan tahniah buat anakanda Siti Nur Fathieha, dapat hadiah sempena Hari Ihtifal di SRIH harini.  Semalam ada hari penyemakan buku rekod pelajar tapi maaf ibu tak dapat nak join sebab nak siapkan ode dari pelanggan. Harap Nazmi n Fathieha tak marah ibu ye..

Nazmi tak dapat hadiah sebab dia kata salah Muallimahlah sebab tak bagi dia dapat A satu lagi..untuk cukupkan 3A..ha ha ha, Muallimah yang salah ye. Macam-2. Tapi tahniah juga sebab adik antara empat pelajar yang dapat A dalam matapelajaran Math dan Muallimahnya sangat-2 terharu, sebab katanya Math tahun 4 dan ke atas dah mula susah n he make it..memang ibu marah kalau adik tak berusaha tapi itulah namanya dah rezeki adik macam itu,semoga adik akan meningkatkan usaha adik tahun hadapan dan seterusnya.

Lepas majlis itu, kami sekeluarga makan tengahari di majlis perkahwinan anak En. Kamaruzzaman PKNS,selamat harini tak payah masak nasi tengahari..he he he, sedap. Jumpa ngan Bos aku n isteri serta cucunya, Dato n En. Yaacob.

Balik tanpa perancangan terus ajak suami g Klinik Asfaliza,cabut gigi geraham yang memang dah sedia pecah n sakit sejak akhir-2 ini. Masa menaip ni ubat kebas dah makin hilang...dah hilang dua batang gigi kekal..kiri n kanan, tempat yang sama, hilang satu nikmat Allah bagi untuk mengunyah..

Badan pun tak berapa nak sihat dan harapnya masih ada kekuatan untuk buat ode esok. 



Wednesday, October 3, 2012

Gambar sahaja







Berguru dengan Bzee Bakery

Tarikh kejadian : 20/09/2012
Hari : Khamis








Ragam Manusia & kek cawan coklat

Assalam dan apa khabar? Harap kalian sentiasa sihat dan sentiasa di dalam lindungan ALLAH. 

Harini aku nak citer lain dari kebiasaan aku. Ragam manusia...kejadian ni berlaku tadi, ditempat kerja. Kami ada mengambil pekerja warga asing berpermit untuk membantu kami yang menyediakan perkhidmatan pembersihan bangunan dan pejabat.

Pengalaman aku bekerja dengan group lama memang berbeza sesangat dari yang ada sekarang. Group lama tu, sangguplah bekerja klu ada 31 hari sebulan, penuh..rekod cemerlang. Senang dan sangat menyenangkan. Dugaan ALLAH nak beri dan nak lihat kemampuan dan kesabaran kita berurusan dengan manusia.

Macam-2 alasan dan cerita yang kekadang tak logik dan tidak boleh diterima pakai dalam memahami mereka. Kerja utama, boleh sesuka datang lewat, kerja part time, lewat 5 minit pun boleh jadi haru biru. Masa belum ada permit, senang aje menerima arahan, bila dah berjaya dok kat sini secara sah..macam-2 jadi.

Ada kenderaan sendiri, tapi ditinggalkan rakan sekerja untuk pergi ke tempat dahulu, sebabnya diri sendiri (pemilik kenderaan bangun lewat). Masa ditanya semuanya ok..tak sampai 5 minit, berubah segalanya..adussssss.

K...lah, berehat lama ye, nanti cari idea lain pulak.


Gambar choc cake ni x de berkaitan dengan citer aku..lebihan dari choc moist cake ode dari rakan n pekerja kat ofis, aku bakarkan.


Monday, September 17, 2012

Masak-2 hari cuti...

16/09/2012


17/09/2012




Ini buatkan ode preggie mama n puteriku, dari hari kehari dimintanya..


Puashati dia dan siap pesan simpan dalam peti es, nnt balik lepas hantar Along ke sekolah, dia nak mamam..Sampai aje rumah, nak makan dulu baru solat Maghrib..banyaklak arahannya.

Selamat ulangtahun perkahwinan ke 15...


Alhamdulillah dah 15 tahun tempoh ikatan perkahwinan kami. Masa tarikh tu 07/09/2012, suami berpergian ke Utara, jadi kek hanya betul-2 dibuat masa suami dah ada kat rumah.

Semoga ikatan ini berkekalan ke akhir hayat hendaknya dan semoga dikurniakan keluarga yang sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan dariNYA bersama anak-2 tercinta.

Sunday, September 9, 2012

Kakak Fathieha

Iparku Anis menempah kek untuk birthday girlnya, Fitrah Sumaiyah, 21 Syawal. Ambil malam semalam, selepas sesi open house rumah geng mereka. Anak-2 tak mo balik, nak tido umah Mak Ngah, suker hati kau orang. 

Awal-2 aku dah cakap, ngan Mak Ngah tak leh minum susu, "tak pe, Ahmad n Sumaiyah kata, Kak Thieha kan ada, boleh buatkan", maka, betul-2lah si kakak melayan karenah adik-2nya. Aku tak campur tangan langsung buatkan susu mereka..he he he.



Tengok apa dah jadi, dia sekali melayan membotol..he he he. Kakak Fathieha..kakak Fathieha. Suker benar bab membuatkan susu untuk adik-2nya. Tapi bab main, pagi-2 dah dibulinya Sumaiyah, awal-2 dah tak nak geng..he he he


Ini..Alhamdulillah, Fathieha mengimamkan solat Maghrib. Ahmad tak reti nak qomat, diajarnya. Terkial-2 orang tu nak menyebut...he he he. Semoga jadi, anak-2 soleh n solehah ye.