Tuesday, August 30, 2011

Ketupat kasih hatiku


Kerajinan suami yang dari semalam menganyam sarung ketupat bersama Nazmi dan Fathieha. Along macam biasa dengan dunianya sendiri. Ibu tak dapat menolong..

Siap masak pada jam 10.00 malam tadi.

Monday, August 29, 2011

Kek buah kukus..resepi dari AlongRoz

Permintaan bondaku..ku buatkan menggunakan resepi dari blog AlongRoz. Kalau tak silap dah 2-3 kali juga ku guna resepinya. Sedap. Kubuat guna loyang 10" potong 4. Bagi mak mertuaku juga..

Tunggu ye mak, Mila bawa balik raya ke 3 nanti.

Rezeki 29 Ramadhan




Rezeki dari jiran belakang rumah. Dapat dari rumah Imam dan jiran belakang rumahku. Aku bagi tarts yang ku ode dari Jasmeen Home Delights sebagai membalas pemberian mereka. Terima kasih ye, nak bagi rendang segan, yelah rendang segera. Bukan x pandai masak, salah bagi info kat suami..he he he.

Aku masak rendang daging dan udang guna pes rendang ADABI.

Mee goreng air tanganku jua.

Sunday, August 28, 2011

Air tangan suami


Menu mee goreng untuk berbuka..suami bawa ke surau

Menu bersahur telur dadar dan ikan goreng

Sambal sotong dan anak bilis..mabeles sayang. Ada letak belacan lagi.

Ini suami masak, sebab isterinya keletihan membakar kek..terima kasih sayang. Berselera betul.


Menu sahur/berbuka-hari 25





Menu sahur hari ke 24


Suami belanja lagi..nasi arab Setia Alam. Not bad. Makan dalam dulang..he he he

Puasa hari ke 23





Esoknya aku nak cuti, kemalasan melanda, ajak suami berbuka di luar. Suami belanja makan di De Palma Inn Kuala Selangor. Alhamdulillah puas hati dan makanannya sedap, kata suamiku.

Ada mee udang, sup tulang gulai kawah, roti canai, nasi putih dengan kari ayam dan isi ikan masak apa x pasti. Kuih muih melayu seperti seri muka, sagu mato ikan, karipap, pulut kuning dlm daun pisang, kuih rengas dan macam-2 ada, kami makan setakat yang mampu diterima oleh perut.

Dewasa RM33 per pax
Kanak-2 RM18 per pax

Oklah tu sesekali menggembirakan hati anak-2.

Puasa ke 19

Assalam semua. Lusa dah nak raya, baru hapdet perjalanan puasa hari ke 19. Aku minta balik awal iaitu jam 1.00 petang sebab nak ikut suami ke Penang. Aku dan anak-2 berbuka dan bersahur di rumah adikku di Ipoh berdekatan dengan Tambun Water Park. Suami pula ada majlis berbuka dengan main kon di Ipoh.

Sabtunya sebelum jam 12 tgh kami bertolak ke Seberang Jaya. Check in kat Nasmir di Autocity dan lepas solat Zuhor keluar semula sebab suami ada tugasan bersama 3 orang kawannya. Kami menuju ke Padang Besar.





Singgah di Bazar Padang Besar, pada aku takde apa sangat. Barang pun takdelah murah. Sama aje. Beli seluar anak-2 ku seorang sehelai. Yang len depa sibuk nak beli mainan. isk..isk

Selesai kerja kami meneruskan perjalanan balik semula ke S.J. Singgah kat Empangan Timah Tasoh..cantik ada resort tapi tengok dari jauh aje. Kedai makan satu sahaja yang dibuka.






Selesai anak-2 membuang apa yang patut, kami meneruskan perjalanan cari kedai makan lain untuk berbuka puasa. Tak tahu kat mana, tak ambil gambar sebab segan dengan kawan-2 suami.

Lupa nak bagi tau, kami lalu kawasan Chupin, kawasan penanaman tebu untuk penghasilan gula yang terbesar di Malaysia (klu silap sorilah ye). Macam 'farmville', sekali tengok pokok tebunya macam nerong..he he he

Singgah solat jamak di Kawasan Rehat Gurun. Aku tak turun, tak larat sembahyang kat Nasmir aje. Lepas tu kenderaan suami dipandu oleh kawannya pula, hantar kami dulu anak-2 beranak dan suami keluar semula sebab ada kerja yang masih belum selesai.

Sahur kami makan di kedai makan Nasmir yang berada di tingkat bawah bangunan. Sebenarnya dah 2-3 kali juga tidur kat sini kalau ikut suami. Walaupun takde swimming pool, ada wifi pun ok..

Ahad tu kami keluar jam 12 tgh suami bawa cari kedai bakeri untuk beli bahan buat kek tak jumpa pun dan kami meneruskan perjalanan untuk singgah berpuasa kat Bukit Sentosa rumah adikku, sebelum tu suami bawa ke Rawang, membeli bahan-2 kek, tak sempat nak berbeli masa bulan puasa ni. Alhamdulillah selesai dan kami selamat sampai ke rumah jam 10.30 malam. Aku memandu sendirian sebab suami dah keletihan.

Thursday, August 18, 2011

Menu sahur/berbuka-hari 18

Berbuka tanpa suami tapi ditemani anak-2. Suami berbuka dengan kawan-2 kerja..kami memang x join. Lagi sedap makan masakan ibu kan sayang..he he he

Dah banyak kali buat menu ni, tapi kalini untuk dishare aku guna resepi Resepi Raidah tapi ikut bahan yang ada di dapurku sahaja. Masih sedap.


Ibu

Along

Fathieha

Angah

Nasi mandhi..
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkihSedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.

Bahan-bahan ayam:

1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning/ saffron
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.

**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukkan ke dalam nasi.

Kuah dari ayam yang dibakar...jadi sup.

Sos:

1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.

Cara penyediaan:

~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

Pencuci mulut, tembikat yang dibeli Selasa petang kelmarin dan lupa dipotong masa orang ramai semalam.

Udang masak masam manis..sedap


Ode dari member pejabatku, dapat makan dengan Along seorang sepotong, yang lain habis dimakan oleh Nazmi dan Fathieha.

Menu sahur/berbuka-hari 17

Adik perempuan yg dok kat Bukit Sentosa call n bg tau nak berbuka kat umah kami..bolehlah no hal. Ajak adik bongsu n famili join tapi dia kat Bilut, next time ye..

Iparku beli satay dan goreng tepung cempedak yang banyak sangat tepung..dah tak rasa cempedak, cam mana lah orang berniaga..

Suami beli ikar bakar kat bazar tamanku

Masak lagi roti jalan, kari ada baki, aku tambah ayam dan santan.


Sambal udang..asalnya suami suruh goreng kunyit, maaf ye Yang, kunyit habis.


Wednesday, August 17, 2011

Lailatul Qadar.

C n P dari Al Azim.com

LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut

Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.


Solat Dhuha, doa dan cara melakukannya.

Sekadar share apa yang saya dapat harini. C n P dari SINI. Terima kasih kepada pemiliknya atas perkongsian ini.

Ruang waktu dan waktu afdal

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Cara melaksanakannya

Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebutdiniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Doa yang disarankan

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”



* Coretanku

Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…

Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat”

Pada rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa suruh itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadish yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.

Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.

Berkenaan doa… boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus… doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari ilahi… Manakala bilangan rakaat pula adalah mengikut kemampuan. Bila masa terhad dengan kerja seharian boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu cuti lakukanlah dua-dua rakaat sehingga 4, 6 atau 8 rakaat dan boleh sehingga 12 rakaat. semua mengikut kemampuan… Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang… fikir-fikirkan… semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA.. ameennn…

Tuesday, August 16, 2011

Menu sahur/berbuka-hari 16

Harini seawal pagi selepas solat Subuh, suami pergi ke Penang. Asalnya dia nak hantar anak-2 ke sekolah awal, kesian pulak..maka ku siapkan secepat mungkin fruit tart ode dari member Lin, sib baik 50 bj aje. Nasib baik baju dah siap di sidai semalam. Alhamdulillah dapat hantar mereka awal

Roti jala n kuah kari ayam, menu teringat nak buat jam 6.40 petang, biasalah beriya-2 rancang nak masak lain, lain pulak dibuatnya. Ambil dari sini

3 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air/susu/santan
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 bj telur
Sedikit pewarna kuning, saya guna kunyit serbuk

Campur semua bahan dan diblender sahaja. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan api sederhana saja.

Saya tambah sedikit air lagi sebab adunan agak likat. Untuk pastikan adunan ok, bila di jala, cantik turunnya n tak putus-2.

Saya guna botol sos. Mudah dan senang.

Ini pulak asalnya nak buat mee goreng, tetiba tukar buat mee hailam. Alhamdulillah anak-2 suka. Selamat mee 450gm..he he he urkkk. Ambil resepi yang En Mat Gebu upload kat MyR..sedap En Mat. Tqvvvm.

Ini saya C n P dari MyR..Tq MyR pencetus minat memasak..

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 500 g mee kuning
  • 300 g udang sederhana besar
  • 1 keping dada ayam
  • 1 biji lada Benggala hijau dan merah, dipotong kiub
  • 6 keping cendawan tiram, dihiris
  • 4 kelopak kobis daun, dikerat-kerat
  • 2 biji tomato, dibelah 4 setiap 1 biji
  • 1 cawan taugeh (optional)
  • 2 keping tauhu digoreng dan hiris
  • Hirisan daun sup, daun bawang dan cili padi secukupnya
  • Bawang goreng utk hiasan
  • 3 ulas bawang putih, ditumbuk lumat
  • 3 camca besar sos tiram*
  • 2 camca besar sos lada hitam*
  • 1 camca besar sos abalone*
  • 1/2 camca teh minyak bijan*(*gaul semua sos dalam satu bekas)
  • 1 camca teh kicap pekat
  • 1 camca besar tepung jagung, bancuh dgn sedikit air
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Basuh udang, asingkan kepala dan ekornya. Perap udang yg telah dibersihkan dgn 1 camca teh garam, biar 5 minit, cuci kembali dan toskan. Dada ayam dipotong kecil2, cuci dan sejatkan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis kepala dan ekor udang tadi hingga kekuningan. Angkat dan tumbuk hingga lumat. Masukkan dalam periuk, tuang 1 liter air dan renihkan 20 minit. Tapis dan asingkan stok udang.
  3. Dalam periuk atau kuali. Tuang sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan udang, daging ayam dan kacau goreng 2 minit. Masukkan bancuhan sos tadi dan juga stok udang. Biar hingga mendidih.
  4. Masukkan kobis daun, tomato, cendawan, tauhu dan lada benggala. Masak 5 minit. Tambah sedikit lagi air (mengikut keperluan masing2).
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung, dan kicap pekat. Gaul rata. Masukkan mee dan taugeh. Gaul rata. Perasakan garam dan gula secukupnya. Hidangkan panas2 dgn taburan hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan cili padi.

Saya guna bahan yang ada di dapur saya sahaja. Contohnya saya hanya letak sos cili, sos tomato dan sos tiram.

K selamat mencuba.

Menu sahur/berbuka-hari 15


Masak 2 bungkus bee hoon jenama Jati n Jasmine, ambil secukupnya untuk berbuka dan yang selebihnya bawa ke surau untuk berbuka. Nazmi kata, semua orang ambil bee hoon ibu..he he he

Alamak gambar blurrrrr, tak de lauk lain, masak sambal telur aje.


Ini pula ode dari pelanggan Adeela, buat selepas solat maghrib, dapatlah anak-2 makan selepas terawih.

Nak resepi..ikut sini ye. C n P dari MyR

Bahan-bahan
  • 3 biji telur
  • 275 gm tepung gandum*
  • 3 sudu teh baking powder* (diayak bersama tepung gandum)
  • 150gm susu segar (fresh milk) . Boleh juga ganti dgn susu sejat
  • 1 sudu teh ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna & Esen Vanilla
  • 200 gm gula halus (boleh kurangkan jika tak suka manis)

Cara-cara

  1. Pukul telur dan gula hingga kembang dgn kelajuan maxima selama 10 minit. Masukkan susu BERSELANGSELI dengan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul perlahan dengan mixer. Tambah esen vanilla & Ovallette ,pukul lagi sehingga sebati dan nampak adunan akan berubah texture menjadi gebu . Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ,titiskan pewarna mengikut citarasa
  2. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  3. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  4. Picitkan blueberry filling secukupnya
  5. Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan
  6. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit
  7. Sebelum dikukus, panaskan air dalam kukusan. Pastikan air telah mendidih.Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah
  8. Boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka.