Tuesday, August 2, 2011

Menu sahur/berbuka-hari 2



Sup tulang, lama sangat dah teringin nak masak sendiri. Akhirnya dapat. Lauk masa bersahur bersama telur dadar dan sambal ayam masak merah yang tak habis-2 lagi.

Apam senyum yang pemalu..jenuh ku masak, susah sangat nak senyum sikit. Dulu pernah buat masa sibuk ngan MyR, n3 13-07-2009. Resipi oleh Rokayah. Dah selamat ku agih kerumah Midah, jiran sebelahku dan membalas pemberian air soya dan kuih bingka oleh Azie. Walaupun tak merekah rasanya tetap tak mengecewakan.

Ini resepi baru update harini 03-08-2011...

  • 3 biji telur
  • 1 1/4 cawan gula
  • 1 sudu makan ovallete
  • 1 cawan air aiskrim soda
  • 3 cawan tepung gandum

Cara-cara

  1. Pukul telur, gula dan ovallete sehingga kembang/gebu.
  2. Masukkan air aiskrim soda, dan pukul lagi.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Dan pukul rata.
  4. Masukkan ke dalam paper cup dan kukus dalam 10 -15 minit.

Nasi lemak

Telur rebus, kalau macam ini memang ferebet Adli.

Sambal bilis. Timun lupa pulak nak ambil gambarnya....layan mata ye.

Ini pulak kek yang kusiapkan untuk birthday isteri rakan sekerjaku..tq Naim. Nanti jangan lupa ambil tau.

4 comments:

  1. Salam, seronokkan masak untuk keluarga dalam bulan puasa ni. Che Mid rasa tak berapa sihat, badan lemah mengalahkan budak baru belajar puasa. Jadi semalam dan hari ni, beli je.. Tapi sahur tadi CM masak tauhu lembut bertelur dan sambal ikan... jadilah..

    Teringatkan Azhar di bulan puasa ni, selalu qiamulail di surau. Mintak tumpang doakan Hamidah Mohd Jamil agar kuat hadapi ujianNya dan cepat sembuh dari gangguan makhluk halus. Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Assalam Che Mid..

    Sedih pulak membaca komen ni, teremosi sikit. Sabar ye..dugaan Allah untuk insan yang dikasihi.

    Harap Che Mid terus tabah dan semoga suami sentiasa menyokong dan menyayangi Che Mid..sesama kita berdoa agar semuanya akan pulih seperti sediakala.

    ReplyDelete
  3. Anaa..

    Try, test, cuba..he he he

    ReplyDelete