Monday, August 1, 2011

Menu sahur/berbuka-hari 1

Menu bersahur, kumasakkan ayam masak merah, kegemaran anak-2 beserta telur dadar air tangan suamiku. Alhamdulillah anak-2 senang bila disuruh makan nasi.

Resepi ayam masak merah.

Bahan-2

Ayam dipotong mengikut ikut suka hati dan dibersihkan
Kunyit
Garam secukupnya
Minyak secukupnya

Lumur garam dan kunyit pada ayam, dan goreng.

Bahan-2 sambal

Cili yang diblender
Bawang besar : mayang dan sedikit diblender
Bawang putih
Halia
Sos tomato
Garam
Gula
Serai
Rempah untuk tumisan
Minyak

Tumis rempah tumisan dan bawang yang dimayang.
Masukkan cili yang diblender bersama bawang besar, bawang putih dan halia, tumis hingga garing.
Masukkan sedikit sos tomato dan masukkan batang serai yg telah dititik.
Letak sedikit garam dan gula secukup rasa
Masukkan sedikit air, tunggu mendidih sedikit dan masukkan ayam.
Masak sehingga keluar minyak. SIAP dah resepi campak-2 yang tiada sukatan.

Ini dia rupa Siti Nur Fathieha pada hari pertama puasa, mengaji di dalam kenderaan..he he he. Keletihan..kesian anak mama, sabar ye, sekolahnya tak cuti. Macam-2 perangai dia sebelum berbuka..he he he

Kebetulan kedua anak lelakiku tidak bersekolah harini, maka depa lebih suka duduk di rumah sahaja. Biasalah main game kat PC.

Untuk dibawa ke Surau Al Faizin

Cucur udang yang digoreng oleh suami tercinta. Suamiku memang setiap tahun rajin menyediakan hidangan berbuka puasa untuk di makan bersama kawan-2 di surau ditemani warga asing beragama Islam yang datang ke tempat kami.

Ini pula marble cheesecake yang kubakar untuk memberku..tapi sebab dia nak kek keesokan harinya, maka elok disedekahkan sahaja...Sedap, nak resepi, sekejap ye..C n P dari MyR oleh F&N.

  • Adunan coklat
  • 180g mentega
  • 170g gula kaster
  • 3 biji telur
  • 20g serbuk koko
  • 120g tepung naik sendiri
  • 1 sudu teh baking powder
  • Adunan cheese
  • 250g cream cheese
  • 60g gula kaster
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh essen vanilla

Cara-cara

  1. Pukul butter and gula.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji
  3. Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah di ayak.
  4. Di sebuah bekas yang lain, pukul kesemua bahan-bahan adunan cheese hingga kembang.
  5. Masukkan adunan coklat selang dengan adunan cheese kedalam cup
  6. Bakar di oven 160 deg C selama 60 mins atau kukus sehingga masak.



No comments:

Post a Comment