Monday, June 27, 2011

Surah Taahaa..



DITURUNKAN DI MEKAH

Surah Taahaa adalah surah ke-20 dan terdiri atas 135 ayat, diturunkan setelah surah Maryam.
Surah ini dinamai Thaahaa, diambil ayat pertama surat ini.

Sebagaimana juga yang lazim terdapat pada surah-surah yang memakai huruf-huruf abjad pada permulaannya, di mana huruf tersebut seakan-akan merupakan pemberitahuan Allah SWT kepada orang-orang yang membacanya, bahawa sesudah huruf itu akan dikemukakan hal-hal yang sangat penting diketahui, maka demikian pula halnya dengan ayat-ayat yang terdapat sesudah huruf ThaaHaa dalam surah ini.

Allah SWT menerangkan bahawa Al Quran merupakan peringatan bagi manusia, wahyu dari Allah SWT, Pencipta semesta alam. Kemudian Allah SWT menerangkan kisah beberapa orang nabi; akibat-akibat yang telah ada akan dialami oleh orang-orang yang percaya kepada Allah SWT dan orang-orang yang mengingkari-Nya, baik di dunia mahupun di akhirat.

POKOK-POKOK ISINYA:

1. KEIMANAN:

Al Quran adalah peringatan bagi manusia terutama bagi orang-orang yang bertakwa; Musa A.S. menerima secara langsung wahyu dari Allah SWT, tanpa perantaraan Jibril; Allah SWT menguasai 'Arsy, mengetahui sesuatu yang samar dan yang lebih samar; keadaan orang berdosa dihimpunkan di hari kiamat; syafaat tidak bermanfaat pada hari kiamat, kecuali syafa'at dari orang-orang yang dapat keizinan dari Allah SWT.

2. HUKUM HAKAM:

Perintah mengerjakan solat dan keutamaan waktu-waktunya; kewajipan menyuruh keluarga melakukan solat.

3. KISAH-KISAH:

Kisah Musa AS dan Harun AS dalam menghadapi Fir'aun dan Bani Israil, kisah Nabi Adam A.S. dan iblis.

4. LAIN-LAIN:

Perintah Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW supaya dia meminta tambahan ilmu kepada Allah SWT sekalipun sudah menjadi rasul; Allah SWT tidak akan mengazab sesuatu kaum sebelum diutus rasul kepada mereka; jangan terpengaruh oleh kesenangan kehidupan dunia.

FADILATNYA:-

1. Doa ibubapa kepada anak mudah dikabulkan oleh Allah SWT.

Bacakan Ayat 1-6 dan hembuskan pada lehernya sewaktu ia menarik nafas untuk menjadikan anak itu anak yang baik.

Ayat ini adalah ayat pelembut hati.

Boleh juga diamalkan membaca Ayat 1 - 5 kepada anak-anak yang malas bersekolah.


Terjemahan:

"To Ha (Allah yang mengetahui maksudnya). Tiada Kami (Allah) turunkan kepadamu al-Quran ini supaya engkau celaka (menyusahkan engkau)! Melainkan untuk menjadi peringatan bagi orang yang takut. (Al-Quran) yang diturunkan daripada Tuhan, yang menciptakan bumi dan beberapa langit yang tinggi. Tuhan yang Pengasih, di atas singgahsana Dia bersemayam (berkuasa). Dia mempunyai apa yang ada di langit, dan di bumi, serta di antara keduanya dan apa yang ada di bawah tanah."

2. Baca ayat 25 - 28 sebanyak 21 kali tiap-tiap hari selepas solat Subuh, untuk otak cerdas, akal yang sempurna, menguatkan daya ingatan dan menambah ilmu pengetahuan.

Elok diajarkan kepada anak bila menduduki peperiksaan, untuk temuduga dan majlis ceramah.


Terjemahan

"Wahai Tuhanku! Lapangkanlah dadaku. Dan mudahkanlah bagiku urusanku. Dan bukakanlah simpulan dari lidahku. (Supaya) mereka memahami perkataanku."


3. Ayat 105 - 107 ditulis,dileburkan dengan air dan gunakan untuk mengubati bisul-bisul dan penyakit kulit lain. Sapukan pada tempat yang sakit. InsyaAllah penyakit akan segera kering dan sembuh.


Terjemahan:

"Tuhanku menghancurkannya sehancur-hancurnya. Lalu dibiarkannya menjadi tanah rata yang kosong. Tiada engkau lihat atasnya bertinggi rendah."


4. Ayat 114 adalah doa memohon ditambahkan ilmu.


Terjemahan:

"Wahai Tuhan, tambahkanlah ilmu kepadaku."

5. Ayat 120-135 dan Ayat 21-32 dari Surah Muhammad adalah ayat “penyejuk” iaitu penawar kepada orang yang panas baran dan untuk mententeramkan jiwa, fikiran dan hati.

7. Petua untuk dapat jodoh (sebagai tambahan kepada usaha2 lain).. amalkan ayat 131 dan 132 Surah Toha selepas solat setiap solat fardu.

- Jika dia seorang yang sakit, insyaAllah akan sembuh dari penyakitnya.

- Jika dia se&t-form">lt;.blogspot.com/2009/01/surah-taha.html#comment-form">/a>orang yang miskin, insyaAllah dia akan memperolehi jalan mencari nafkah secara halal dan berkat.

Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah s.a.w. menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha.


Firman Allah di dalam ayat berkenaan: “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”

Kebanyakkan yang mengamalkan tip ini mendapat kemurahan rezeki yang luas dan “low profile”. Mereka tidak terburu-buru dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan. Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau melakukan aktiviti dakwah. Mereka hanya melakukan sedikit pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.

8. Membaca surah Taha, Allah SWT akan kurniakan ilmu pengetahuan dan tercapai segala maksudnya.

Kek coklat moist

Taraaaaaaaa kek mendap..he he he


Ada macam-2 versi kek coklat lembap, ini antaranya.

Mencuba resepi kek coklat dari Jasmeenskitchen setelah tergoda di Dapur-mamasya tapi tak jadi secantik hasil seperti keduanya. Kek naik tinggi, tapi mendap dibahagian tengah, mungkin sebab api...Akan diusahakan lagi.

Resepinya ku C n P aje..dari Jasmeen Kitchen..tqvm puan sudi share resepi ini...

Bahan
3 biji telur gred A
1 cawan gula kastor
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
1 sdk esen vanilla
1/2 cawan serbuk coco
1 sdb nescafe

1 cawan tepung gandum
1 sdt baking powder
1 sdt soda bicarbonat
1/2 cawan air panas


> Gris loyang saiz 7inci
> Pukul telur & gula menggunakan wisk saja sehingga gula hancur.
> Masukkan minyak & susu pekat..kacau rata..
> Masukkan serbuk coco, nescafe, & esen vanilla.. kacau hingga likat.
> Masukkan tepung yg telah di gaul rata dgn serbuk penaik.
> Akhir sekali, masukkan air panas..kacau rata....masukkan dlm loyang.
> Bakar atau kukus sehingga masak - lebih kurang 1 jam

> Dah sejuk, curah coklat ganache.... hidang...

Riadah bersama famili







Riadah petang Ahad kami harini. Jalan keliling tasik sambil berlari-2 anak. Lokasi kat tasik taman orang. Kat tempat kita takde cam ni. Udara nyaman sekali dengan keadaan cuaca yang mendung. Memang best.

Xtvt menyakat memang tak tamat walau di mana pun..biasalah depa, bukan kira tempat. Suami aku keliling 3 kali tasik tu, aku sekali aje, melayan Fathieha yang kejap-2 buat jatuh. Kasut longgarlah. Aduss.

Apa-2 pun memang best...

Friday, June 24, 2011

Popia telur goreng


Bahan-bahan ( 20 gulung )

20 keping kulit popia (ikut suka kalau nak buat banyak)
Bawang merah besar - saya potong 2 lepas tu hiris nipis-nipis, ramas (ikut suka)
Cili merah basah dihiris (ikut suka)
Telur 5 biji (ikut suka)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

Bawang, cili dan telur dicampurkan macam kita buat telur dadar

Tambah garam secukup rasa

Letak kulit popia dalam pinggan, ambil sesudu besar telur yang telah dikacau letak di atas kulit popia.

Gulung kulit popia kemas-kemas dan calit sedikit bancuhan telur untuk mengemaskan gulungan.

  • Goreng dalam kuali yang minyaknya telah dipanaskan. Hidangkan segera kerana rasanya lebih sedap sewaktu masih panas tapi tuan/puan janganlah lupa sejukkan sebentar.

Wednesday, June 22, 2011

Nasi lemak daun pisang...

Nasi lemak daun pisang...

Sambal sotong

Ikan cencaru goreng, jangan terkejut banyak sangat yang digoreng, menghabiskan stok ikan cencaru yang dibeli masa akak dan mak datang, boleh diberi makan kepada kucing-2 anak-2ku.

Kicap cicah, ada tomato, bawang, cili padi dan perahan limau kasturi serta kulitnya


Kena goreng pisang raja ini, sebab dah masak, pemberian mertuaku, yang lain dah selamat di let go. Anak-2 suka makan cicah susu pekat manis.

Sebenarnya ini menu berbuka puasa hari ini...hai banyak lagi.

Tuesday, June 21, 2011

Kuah durian..

Sebenarnya, kuah durian ini dibuat dirumah mertuaku. Sebelum balik ke Selangor malam itu, aku teringatkan durian yang mertuaku dah buka dan simpan dalam peti ais. Aku tanya mertua samada dia ada pulut..alhamdulillah semua bahan ada mudah saja.

Masak pulut macam masak nasi, letak sedikit garam tapi airnya perlu dikurangkan. Pulutnya dah selesai dimakan dirumah mertuaku. Kuahnya ku minta sedikit untuk dibawa balik ke Selangor.

Mudah saja :

Santan
Gula merah/gula melaka
Gula pasir
Daun pandan
Durian

Masuk semua sekali pun boleh, kacau jangan sampai melimpah....selamat mencuba.

Sup ayam...sekali rasa mesti mau lagi.

Malam ni malas nak makan nasi. Jadi saya masak resepi dari Myresepi.."mushroom soup" yang telah saya ubah sedikit mengikut kesukaan anak-anak.

Bahan-bahannya :
  • 1 keping dada ayam-saya letak sedikit sahaja
  • 1500 ml air
  • 500 ml susu segar
  • 1 ketul kiub ayam (saya letak 2 ketul)
  • 1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)-saya tidak letak
  • Garam secukup rasa
  • secubit ajinomoto-saya tidak letak
  • 1 cawan tepung gandum-boleh ditukar dengan kentang rebus (lenyek)

Cara-cara

  1. Potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.
  2. Masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.
  3. Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap utk dihidang. sedap dimakan dgn roti.

Kata anak perempuanku..

SEKALI RASA MESTI MAU LAGI...SEKALI RASA MESTI MAU LAGI..SEKALI RASA MESTI MAU LAGI

Saturday, June 18, 2011

Monday, June 13, 2011

Agar-agar bandung..periuktanah

Assalamualaikum dan selamat bersiaran. Selamat kembali ke sekolah buat anak-2ku.


Agar-agar bandung ini permintaan anakanda puteriku..teringin nak makan agar-2 katanya...yang macam Teacher buat.

Resepinya kuambil dari sini. Sesuai untuk orang yang tak suka manis. Kebetulan ada stoberi yang baru dipetik dari CH..inilah hasilnya.

Ni resepi yang ku C n P dari blog PeriukTanah..tqvm

Bahan-bahan:

1 peket agar-agar (12 gm)
1/2 cawan gula
4 cawan air
1 cawan susu cair
2/3 titik pewarna merah
1 titik esen pisang atau esen ros

Cara membuatnya:

1. Masukkan agar-agar yang telah dibasuh dan ditoskan ke dalam periuk. Masukkan air dan didihkan hingga agar-agar cair.

2. Masukkan gula pasir. Biar hancur. Masukkan pewarna merah, susu cair dan esen pisang/ ros.

3. Kacau sebati dan didihkan. Matikan api dan tapiskan ke dalam acuan pilihan. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidang.

Monday, June 6, 2011

Dania dalam kenangan...


Al Fatihah dan Takziah buat Hasrul (anak saudara sebelah suamiku) dan Eiyna yang kehilangan anak gadis comelnya, Dania, 3 tahun 4 bulan 23 hari pada 4 Jun 2011 bersamaan hari Sabtu.

Terkejut, hiba dan sedih. Apalagi ibunya, Eiyna baru sahaja kehilangan ibunya 40 hari yang lepas dan Allah maha berkuasa lagi maha mengetahui dan telah mengatur setiap kehidupan makhluknya, telah menguji Eiyna sekali lagi.

Taknak cerita pepanjang..sedih. Wan Mila sekeluarga berharap Hasrul dan Eiyna tabah menghadapi setiap ujian hidup yang telah ditentukan. Takziah dan Al Fatihah sekali lagi.

Sunday, June 5, 2011

Starwberry cheese tart

Hasil kerja kakakku yang datang membantuku untuk siapkan tempahan doorgift pada hari Jumaat 3 Jun 2011. Ada baki casing dan juga adunan cheese, jadi makan-2 untuk kami semua.

Nak resepi mari semak kat sini...myresipi