Friday, August 31, 2012

Lagi gambar semasa Ramadhan 1433H

Assalamualaikum dan dikelewatan ini, saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf atas segalanya walaupun dah masuk ke 13 Syawal...tuan rumah sibuk kenkonon. 

Syukur masih diberi kesempatan bernafas sehingga ke harini dan syukur kerana telah baik dari demam yang agak teruk yang menyebabkan aku dok rumah hampir seminggu dan tak bekerja..Nasib baik bos dan rakanku memahami. Sejarah jugalah sebab sepanjang aku bekerja dengan majikanku, ini yang pertama kali cuti sebab demam. Cuti bersalin x payah kira...

Benar seperti lagu Raihan..ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Allah takdirkan aku demam dan mungkin berjangkit dari anak sulungku selepas cuti Nuzul Al Quran, anak perempuanku pun kena juga dan ku suruh dia meninggalkan puasa sebab kesian melihatnya kekurangan air.

Risau juga sebab dah nak masuk fasa terakhir Ramadhan dan bagi yang berniaga kek nak kena siapkan tempahan, namun ku panjatkan kesyukuran atas kesihatan dan rahmat dariNYA.





Along, ntah di mana-2, baru baik demam semenjak awal minggu demam kat sekolah..macam biasa kesayangan-2ku ini sibuk bersama-2.



Nazmi peminat setia ikan keli dalam kolam emak mertuaku..kesian ikan-2 tu, musim kering di sana, alhamdulillah mungkin sekarang dah ok sedikit.


Sayang kamu. Semoga Allah panjangkan umurmu dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimakmurkan rezekimu sayang.



Ni gambar balik kampung suami sempena cuti Nuzul Al Quran, mak mertua yang uli roti..suami meneruskan dengan memasak kari ayam dan mencanai roti..sayang kamu.

Masa demam tu, semua makanan untuk berbuka disediakan oleh suamiku, sebab aku memang tak larat. Alhamdulillah, suamiku lepas siap masakkan untukku dan anak-2, dia akan ke surau, masak-2 untuk jemaah yang berbuka di Al Faizin...adalah 4-5 hari yang dia sempat berbuka dengan kami di rumah, selainnya di surau, takpelah. Dah memang kesukaannya..





Ini pulak menu-2 selepas aku sihat...Alhamdulillah syukur padaMU kerana memberi peringatan padaku Ya Allah dengan rahmat dan kasih sayangMU.

Saturday, August 4, 2012

Menu berbuka n bersahur Ramadhan 1433H

Alhamdulillah, menjalani ibadah puasa di Fasa ke 2...semoga diberi kesihatan yang baik sepanjang menjalaninya. Ibu masak sup ayam, nasai himpit dan celur mee hoon yang dah lama dibeli di Az Zain, Seksyen 15, Shah Alam.


Menu bersahur hari apa ye, x ingat, tapi semuanya dimakan yang baru dimasak, teringin nak makan kuah bening..


12 Ramadhan 1433H-Rabu

Ada lebihan nasi himpit, yelah ibu n Fathieha aje yang berbuka kat rumah. Teringin pulak nak pekena rendang ayam Kompleks PKNS Shah Alam. Alhamdulillah. Ibu masak ikan tenggiri masak kari n letak terung..Fathieha kata pedas..Ayah bagi roti dari rumah yang dikukusnya untuk berbuka puasa di surau..sedap.





13 Ramadhan 1433H-Khamis
Fathieha mengabadikan kenangan mengacau ibu memasak..he he he, puasa-2 ni suka sangat makan masakan kicap.


Along minta buatkan cucur udang, ermmm sedap. Ibu potong kecil udang dan letakkan kepingan ketam di dalamnya..


Along Adli demam, dapat MC, Pengetua kata boleh dibenarkan balik. Ibu rasa kekurangan air dalam badan sebab Adli kata dia sakit-2 pinggang dan terpaksa bersembahyang duduk..memang kesian sangat tapi anak ibu ni susah sangat nak minum air jarang..Semoga Allah sentiasa memelihara Along walau dimana sahaja berada.


14 Ramadhan 1433H
Asalnya kek ode dari Liza, tak berapa cun dan ada retak sikit, apalagi jadi hidangan berbuka Fathieha n jiran tetangga.


Menu berbuka petangnya, memang terlalu penat sebab membaking kek lapis..macam dah nak suruh suami masak TAPI Alhamdulillah bila hati memujuk nak masak untuk anak-2, terus segar kembali.