Friday, December 31, 2010

Makan-2 lagik





Balik dari masjid, bila time aku ambil..inilah xtvtnya..mmg tgh lapar sesangat. Selain dari anak-2ku, anak Ust Laila n Azie join sekali...macam-2 kerenah depa ni. 2-3 kali datang, makcik kedai ingat anak-2ku..he he he, ramainya. Baru perasan gambar Nazmi takde..manalah adik pergi dik.

Friday, December 24, 2010

Pizza lagi...



Menu makan tengahari untuk anak-anak yang pulang dari solat Jumaat. Resepi adaku share sebelum ini. Cubalah..ikut citarasa memasing.

Makan-2

Makan odw nak bergerak ke Penang, Ayam Penyet Kelang Central.

Ni nak bagi cadangan, sesiapa tidur kat Seri Malaysia Bayan Lepas, keluar dalam 100 m agaknyalah ye dari entrance, ambil kiri ada kedai bawah pokok seberang jalan..memang mabeles..dengan 5 gelas sirap limau n lauk pauk ni dan 5 pinggan nasi, baru RM23.++

Jempu makan.....

Jalan-2 cuti sekolah








Jenjalan mengikut suami yang kebetulan ada kerja di Prai. Kami sekeluarga tidur di Seri Malaysia, Bayan Lepas. Banyak masa melepak dalam bilik aje.

Monday, December 20, 2010

Mood cuti...Marble Nutella





Assalamualaikum buat semua, harini aku tak kerja n anak-2 tak pergi ke Program Daurah Remaja Islam yang dianjurkan oleh Masjid Negeri Shah Alam. Kena pergi sekolah untuk tandatangan rekod persekolahan mereka. Tahun ini memang lambat sesangat sebabnya kerana peperiksaan akhir tahun berakhir pada hari Khamis minggu akhir persekolah sesi 2010. Takpelah semua dah selesai n alhamdulillah.

Tengahari tadi sebabkan terajin sikit n untuk buat bekalan, insyaallah ikut suami ke Penang atas urusan kerja, ku merajinkan diri membuat kek marble nutella ambil resepi dari Rima. Rima pula ambil dari dari Bro Rozzan yang terkenal dengan pelbagai masakannya. Ku tak guna nutella, letak ganache sebab kami sekeluarga tak pernah mencuba nutella pun sepanjang kehidupan bersama anak-2..he he he.

Kekku merekah dibahagian tengah, takpe janji anak-2 suker...dan telah selamat dirasmikan oleh Siti Nur Fathieha, putriku.

Sunday, December 19, 2010

Trifle dirumahku...



Ermmmm..sedap, sejuk aje sampai ketekak. Dah 2 - 3 kali buat tiffle, rasa lebih sedap dengan jelly NONA..lembut aje. Kebetulan ada baki adunan untuk kek eskerim, so ini hasilnya. Dah ku agih ke jiran sebelah, Midah n kerumah Azie...harapa semua menyukainya.

Resepinya dan caranya memang mudah sesangat..nah ini dia resepinya yang saya c n p dari fotopages Chef Hanieliza...sedap.

TRIFFLES

Bahan-Bahan:

1 bungkus kek swiss roll
1 kotak agar-agar segera (Lady's Choice) - perisa strawberry
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
3 cawan susu segar

Cara:
1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk.



Tuesday, December 14, 2010

Bandar Sunway, S Jaya..lawak petang bersama Syalina

salam...sharmila
ye..jwb salam puan
xyah puan2 lah panggil ina saja hehehe
he he he
kalao sy nak oder fruit tart tu nak pagi khamis sempat buat tak?
nk ode brp
50 bijik yg RM35 tu
kalo antaq mai opis sy ni ada caj dak?
ofis kat bandar sunway ke
ya...dekat CIMB bank
takut pagi tu suami saya ada hal
sharmila kat mana?
saya keje kat shah alam Kompleks PKNS
tghari?
boleh datang ambil sendiri x
sy tadak transpot
nnt saya konpem ngan suami dulu ye
kalo takleh pagi...tghari pun xpalah...jgn ptg nanti dah nak balik
saja nak mkn2 dgn org opis
ada tak member dok area shah alam
klu ada leh kim kat dia
sharmila! shah alam, Selangor ke?
ha ah
alamak! sy ingatkan kat Penang huhuhu
he he he
kesiannya
kat sini pun ada bandar sunway
oh kesian sy hihihih
camnilah klu saya ada nak kesana dalam minggu 20-25 dis saya bagi tau ye
ha ha ha
kelakar pulak
ihih...tu dah lari date dah...
saya ingat s jaya tu subang jaya
hahahah...seberang jaya
ha ha ha
lawak betul
tq kak!
4:27pm
sama-2