Sunday, November 28, 2010

Kek lapis coklat lembap

Kalini ku nak berkongsi resepi Kek Lapis Coklat Lembap. Ini bukan resepi sendiri. Minat buat kek lapis pun selepas ku selalu mencuba pelbagai resepi dari Myresepi.com Jom kongsi resepi. Kalau tak silap kek lapis pertama yang cuba adalah resepi dari Kak Fida yang memang rajin share resepi. Tq kak...itulah langkah pertamaku.

Kek lapis coklat lembap ini kuambil resepi nya dari blog Alongroz, kredit to Alongroz, harap dihalalkan ku kongsi resepinya disini.

KEK LAPIS COKLAT LEMBAP

Bahan-2 :

450g Mentega
190g Gula Kastor
10 Telur
250g Susu Pekat
140ml Santan pekat
220g Sekaya
200g Horlicks
270g Tepung Gandum/ Hongkong100g Milo
300g Coklat masakan - cairkan
Pewarna kuning

Cara-2 :

1. Pukul mentega & gula sehingga kembang & putih.Masukkan telur satu-persatu sambil dipukul. Masukkan susu, santan, sekaya, Horlick & tepung sambil di pukul sehingga sebati.

2. Bahagi 3 bahagian. Satu bahagian di campurkan milo & coklat. 2 bahagian lagi di warnakan kuning.

3. Minyakkan & alas tin ukuran 9" x 9".

Ratakan 2 senduk adunan kuning & grill sehingga perang.
Ulangi melapis sehingga habis satu bahagian kuning.
Ratakan 2 senduk adunan coklat & grill sehingga.
Ulangi melapis sehingga habis bahagian coklat.
Ratakan 2 senduk adunan kuning & grill sehingga perang.
Ulangi melapis sehingga habis bahagian kuning yang kedua.

Nota: Setiap lapisan hendaklah ditekan dgn penekan kek lapis sebelum meratakan lapisan yg seterus nya. Akhir sekali, jika kek tidak masak, bakar 180C selama 15 minit.


Sambal goreng telur n ikan goreng..menu makan tengahari





Makan tengahari tadi lewat petang baruku sediakan. Alhamdulillah anak sulungku, pandai dia lapar dipanasnya lebihan roti canai untuk sarapan kami jam 10.30 pagi tadi. Ku tidur sepanjang tengahari selepas semua ode diambil disertai pulak dengan cuaca yang begitu dingin. Anak-2 pun main kat dalam rumah. Bagus anak-2 ibu harini.


Thursday, November 25, 2010

Kek buah tanpa telur

Ku memang penggemar kek buah, tak kira kek buah basah or kering. Ini antara percubaan kek yang pernahku buat. Ku memang suker sangat rasanya.



Bahan-bahan ( Loyang 9" )

  • 500 gm buah campuran
  • 1 1/2 cawan gula ising (boleh dikurangkan ikut suka kita)
  • 2 cawan air (saya guna air yang telah dimasak)
  • 1 cawan F&N skuas oren
  • 120 gm mentega
  • 4 cawan tepung naik sendiri
  • 2 sk serbuk rempah campuran (ikut suka nak letak atau tidak)

Cara-cara

  1. Campurkan 1 cawan air, buah campuran dan gula serta F&N skuas oren, dimasak hingga gula larut dengan api yang perlahan.
  2. Masuk mentega, kacau rata dan tambah 1 cawan air lagi. Sejukkan dalam peti ais.
  3. Esoknya, keluarkan dan biarkan sementara campuran buah-buahan tadi sementara itu ayak tepung beserta serbuk rempah campuran sekurang-2nya 3x.
  4. Masuk tepung yang telah diayak kedalam buah campuran dan kacau rata.
  5. Griskan loyang dan bakar sehingga kek masak. Tuan/puan mesti dah otai bila kek masak. SELAMAT MENCUBA DAN TQ kepada tuan punya resepi.
Resepi kek ini ku ambil dari Merpati66.fotopages cuma tambah sedikit F&N Skuas Oren-rasanya masam-masam manis.

Pizza gebu





Resepi oleh hanniaziz MyR N3 pada 15/08/2009.

Bahan-bahan ( 8 orang makan )

  • 250 gm tepung gandum/roti
  • 1 sudu makan gula
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu teh yis kering/mauripan (campur 1/2 cawan air suam, biar hingga kembang)
  • 2 sudu makan minyak zaitun
  • 1/2 biji capsicum hijau dan merah (topping)
  • 4 batang sosej dipotong bulat nipis (topping)
  • 1/2 biji bawang besar didadu (topping)
  • Serbuk oregano, sos pizza dan keju mozzarella

Cara-cara

  1. Gaulkan semua bahan kecuali yis
  2. Masukkan yis sedikit-sedikit sambil menguli.
  3. Uli hingga doh menjadi lembut & licin tak melekat di tangan. Tutup dengan kain lembab dan ketepikan hingga naik 2 kali ganda.
  4. Tumbuk doh untuk buang angin dan canai membentuk bulat seperti pizza biasa.
  5. Cucuk permukaan doh dengan garfu. Sapukan sos pizza kemudian letakkan bahan topping mengikut citarasa.
  6. Akhir sekali taburkan serbuk oregano & keju mozzarella dan bakar di dalam oven pada suhu 180 darjah selama 20 min.

Sakit perut...

Tak tahan sakit perutku sejak dari balik makan tengahari, masuk angin, rasanya gegara makan cendol pulut yang aku beli kat Seksyen 7 tadi. Bukan basi tapi perutku ini memang selalu bermasalah semenjak melahirkan anak ketiga. Pantang termakan benda sejuk, konpem perut kembung..cam baby.

Suami suh gi klinik..MALAS.

Tadi masa tengahari, sebelum gi rehat ngan depa, aku buka MyResepi.com. Teringat nostalgia masa kemaruk mencuba pelbagai resepi dan meng-upload gambar kat blog tersebut.

Untuk mengenang kembali n share resepi yang pernah ku cuba nantiku ingat nak cari gambar-2 lama tersebut atau copy paste gambar yang pernahku upload kat MyR dulu n buat N3 kat blogku ini. TUNGGU.

Wednesday, November 24, 2010

Ayam masak sambal


Menu makan malam ni, terlupa nak ambil gambar lepas masak, depa dah makan baru teringat, terus angkat pinggan untuk sesi potograf..he he he.

Mudah sangat masak ni...Siapa pandai masak sambal, mesti pandai masak ni..he he he

Bahan-2 dan cara membuatnya, itu pun kalau sudi nak cuba.

Ayam digoreng terlebih dahulu. Goreng sambal. Mesrakan dalam satu kuali. Hidangkan. Jemput makan anak-2.

Saturday, November 20, 2010

Permintaan Siti Nur Fathieha

He he he senang aje permintaannya. Itupun nasib baik ibu terajin sikit. Balik dari ikut suami ke tempat koje kat PJ terus buat..................Mempersembahkan apam dot dot.

Ini versi masa ibu tengah rajin.

Ini pulak versi ibu dah tak larat dah nak melayan..he he he. Nak resepi, kejap ye, nak C n P aje dari rakan-2 blogger yang pernah buat. he he he harap dihalalkan ye ...Kak Norli

Bahan-bahan (lebih 100 biji papercup kecil) :
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus (boleh dikurangkan kuantitinya, sebab filling bberi tu pun dah manis)
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)

Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajua maxima selama 6 - 8 minit.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
6. Picitkan lagi adunan yang sama warna sehingga ¾ penuh.

Daging goreng kicap.

Salam buat semua, harini hari terakhir ibadat korbankan. Semoga Allah telah menerima ibadah jemaah haji dan juga orang yang melakukan ibadah korban tahun ini. Sementelah banyak daging dalam freezer, inilah yang telah kukerjakan dari malam semalam. Kalau kau orang nak cuba atau sememang dah tahu resepi ini, mehlah join dengan ku untuk hidangan menu makan malam ini.

Basuh daging dengan bacaan nama Allah swt serta selawat kepada junjungan. Kalau nak cepat empuk, daging terus dipotong kecil-2 dan rebus daging sehingga empuk.

Angkat daging yang telah empuk dan disejukkan. Tumbuk daging bagi memudahkan kicap pekat, garam, gula & kunyit mudah meresap bila diperap.

Daging yang telah diperap disimpan/dibiarkan selama 15 minit, kalau nak lagi sedap simpan semalaman dalam freezer.

Keluarkan daging dan goreng garing dengan minyak masak, takkan minyak tanah/minyak motorkan..kan..kan

Cili dan bawang (ini semua main agak-agak aje) diblender/digiling..bagi sesiapa yang masih ada penggiling tu...sambil teringat nostalgia menggiling cili untuk dibuat masak tumis asam pedas..zaman moda-moda dulu...Tumis sehingga garing.

Masukkan daging tadi, gaul sebati biar terserap semua cili yang telah ditumis sebelumnya. Kalau nak tambah gula ke, garam ke, suker hati kau oranglah ye...ada aku kisah..he he he mengikut keretibiti sendiri.

Taraaaaaaaaaaaaaaaaaa.................dah siap, makan ngan nasi ke, roti pun boleh gak. Kalau nak cantik hiaslah ngan cili basah ke, tomato ke..suka hatilah ye..

Selamat mencuba, ini semua gegara banyak dapat daging korban. Kredit jugak untuk adik iparku, Mazian yang sudi bagi kat kakak iparnya ni..he he he.

Friday, November 12, 2010

Xtvt tengahari Jumaat





Rehat Jumaat tengahari tadi kami ber4 ke Tesco Xtra sambil menemankan memberku yang nak survey harga blender dan juga seorang lagi member yang nak menambah koleksi "emas"nya..he he he.

Lepas merayau di dalam Tesco Xtra, jam 2 baru kami ke Food Court, orang pun dah kureng, senang aje dapat ode.

Oklah layan gambar ye..no idea.

Tuesday, November 9, 2010

Pandan Layer Cake..selepas dipotong.


Sambungan dari N3 semalam.

Taraaaaaaaaaaaaaaaa...alhamdulillah sangat berpuashati dengan rasanya. Sesiapa nak resepi nak dahku letakkan, resepi kek span carik sendiri ye..cari jangan tak cari..he he he.

Bahan-bahan ( 1 biji kek )
  • 1 biji kek span pandan / kek span keladi
  • bahan (A)
  • gula kastor -180gram
  • air daun pandan - 500ML
  • serbuk agar-agar segera - 15ML /1 sudu makan
  • bahan (B)
  • santan pekat - 400ML
  • tepong hoen kwee hijau - 85gram
  • pewarna hijau - 5ML/1 sudu teh
  • secubit garam
  • UNTUK HIASAN - 1 cawan kelapa kering

Cara-cara

  1. Dsc04223
    kek span di hiris kepada 2 bahagian. ketepikan
  2. untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk. masak atas api sederhana hingga mendidih. kacau hingga gula hancur.
  3. satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. masukkan aduanan ini kedalam aduan (A).
  4. kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih.
  5. sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita..
  6. letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. tuangkan 1/3 aduan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya
  7. Dsc04228
    letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.
  8. Dsc05016
    hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
  9. keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan . salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda..


Resepi dari koleksi Myresepi oleh sweet4ever...

Monday, November 8, 2010

Buat dan buat lagik...pandan layer cake n kek coklat lembap kukus.





Buat dan buat lagik..he he he. Tak puashati haritu buat, pahit betul kastardku gegara terlebih guna paste pandan..he he he. Kalini ku buat ori pandan yang kukisar. So far rasa dah ada, masih dalam freezer, tak sabar sebenonya nak makan.

Memula haritu guna resepi dari sweet4ever Myresepi..dia buat menjadi, aku mungkin menderhaka lebih sangat he he he.

Kalini cari n terus mencari guna resepi orang len pulak..

Ini buat lagik, guna resepi kek coklat yang sama. Ada baki ganache kelmarin, rugi dibuang begitu saja. Masih elok dan boleh dimakan lagi..he he he apap lagi, kasi salut atas kek walaupun nipis.

Saturday, November 6, 2010

Sepetang di Dong, Raub

Minggu lepas hari Ahad, kami sekeluarga ke Dong, Raub dengan niat menziarahi emak angkat suamiku. Standard pergi x call dulu, sib baik Pak Teh ada. Layan diri.

Xtvt pertama memancing di kolam emak..he he he. Adli berjaya memancing 2 ekor ikan talapia merah.


Suamiku tumpang sekaki.

Nazmi pun nak join cam dia yang dapat pancing ikan tu.

Alahai Fathieha pun sama gak. Cam best.

Nazmi bergaya bersama ikan yang dinaikkan oleh orang lain.

Suamiku sedang menunjukkan skill memasaknye. Suami kalau masak ntah apa-2 TAPI rasanya memang enak dan lazat. Katanya masak dengan kasih sayang.

Ikan talapia goreng bersos dan kicap.

Patutnyer gambar ikan ni dulu, salah upload. Pengalaman pertama menyiang ikan yang masih hidup.

Lepas kenyang makan tengahari yang dah masuk waktu petang..he he he, kami ke Pulau Chekas.

Kek Coklat Lembap




Sesaja mencuba resepi kek coklat. Ada banyak resepi/versi kek coklat ni. Ini 1st time aku cuba. Moist mungkin sebab dikukus. Kebetulan makcik sepupuku datang menjemput ke majlis kawin anak ke2 nya, dapatlah ku tapaukan dia 1/4 bahagian.

Makcik sepupu bagi tau nak datang kul 1.20 tgh tadi, terus bangkit masak nasi, buat sambal ikan bilis..sedap n goreng garing ikan bawal...nampaknya menuku memikat hati mereka..he he he walaupun sempoi, apa yang ada dalam freezer. Tak sempat nak upload gambarnyer kau orang bayangkan ajelah ye.

Makaroni Gratin N Roti Sosej

Sarapan pagi ini, atas permintaan anak sulungku. Makaroni Gratin. Biasalah resepinyer setelah dicari di blog-2 yang lain dan ini di C n P dari Jasmeen Fotopages..usahawan kek wanita yang pofular tu. Kek hiasannya cun-2 tau.

Bahan-bahan
• 1/2 bungkus macaroni
• 250g udang(sederhana besar) / agak-agak sahaja
. 1 peket Crab stick / saya tukar sosej daging
• 1 labu bawang besar (mayang halus)
• 2 sudu kecil mentega
• 250g mozarella cheese / saya guna keju Kraft (slice)

• **white sauce**
• 2 sudu kecil mentega
• 1 tin susu cair
• 2 sudu kecil tepung gandum
• lada hitam
• garam
Cara-cara
1. rebus macaroni hingga lembut.
2. panaskan mentega. tumis bawang hingga layu
3. Masukkan udang & crab stick.gaul rata..
4. Perasakan dengan sedikit garam dan lada hitam. Masukkan Macaroni...gaul rata...

*white sauce*
1. panaskan butter dan masukkan susu, tepung, garam dan lada hitam.
2. sapu mangkuk gratin dengan mentega dan letak campuran macaroni tadi.
3. lapiskan atasnya dengan cheese dan tuang white sauce.
4. bakar selama 15-20 minit


Sosej roti ni menu paling senang pada pendapatku lah..janji rajin..he he he

Sosej daging/ayam - direbus
Roti ikut berapa banyak sosej - dileperkan
Telur - dipukul sedikit
Sedikit garam