Tuesday, November 29, 2011

Ke Pusat Sains Negara & Taman Tasik Titiwangsa...


Alhamdulillah, Ahad bebaru ni merealisasi keinginan anak-2 nak ke Pusat Sains Negara, Bukit Kiara. Memang tak pernah sampai ke situ pun tengok n pandang dari jauh aje. Sampai aje..hujan, berlari-2 kami masuk bawah kubah besar ni. Sampai kat situ hampir jam 1 tgh.



Tak sangka pula sedang berlangsung pameran dinasour. Ni view kat luar dari jejantas yang menghubungkan kawasan parking ngan kawasan PSN.



Ayah sedang beratur, Nazmi sedang mengigit kuku..ntah apalah yang difikirnya.



Sebelum masuk ke dalam pusat pameran cam kat Petro Sains ada akuarium besar. Cam kat Aquaria.




Tak sangka masa zaman dinasour ni, Transformer dah wujud..ha ha ha, besar betul.


Tinggi dan besarnya dia, takut Makcik.




Kat dalam tak dapat ambil gambar sangat, yelah kamera hp aje, view x jelas. Ini aje untuk sajian mata kita. Gelihati gelagat kanak-2 yang masuk kesitu, ada yang menangis ketakutan dan ada yang kat pintu luar terjenguk-2, lepas tu lari menyorok...he he he, yelah suara dinasour tu pun leh tahan.

Elok juga bawa anak-2 kesana, sebab masuk aje dinasour yang mula tu pandai rap..kah kah, klu x caya pergilah.




Ni pulak gambar kat kawasan macam di Petro Sains. Anak-2 seronok, habis semua dipegang dan dicuba..samalah ibu n ayah. Yelah zaman kami mana ada benda cam ni sangat...



Kat jalan keluar bangunan ada gambar pemenang Anugerah Nobel tapi x leh ambil gambar, masa ni bateri hp dah kong. Suami cakap kat anak-2..cuba cari gambar atok kau orang..kah kah kah..

Kalau kau orang nak gi sana, jangan lupa bawa baju mandi untuk anak-2, ada kolam boleh main air tapi tak digalakkan berenang..aku tak faham. Sementara anak-2 main air, korang leh bersenam, macam-2 alat sukan ada kat taman depa tu..guna jangan x guna..

Ok itulah cara kami mengisi cuti hari Isnin kelmarin, sambil meraikan besday ayah 2 Muharram. Balik tu singgah Taman Tasik Titiwangsa, konon-2 nak naik bot kayuh tu tapi dah tutup kaunternya, pusing ajelah tasik dan tengok orang main bola baling dengan berkeno..solat Asar n Maghrib di sana..wokkey itu saja.


Saturday, November 26, 2011

Sarapan pagi Sabtu..........

Semalam petang merayau dengan Fathieha kat Pasar Malam Seksyen 6, Shah Alam. Ini yang dibeli. Sedap n harganya RM10 untuk 12 keping. Tak rugi..memang sedap.


Kari ayam guna apa sahaja yang ada. Baki ayam yang dibeli dengan nasi lemak kukus semalam ada banyak lagi. Ada sebungkus serbuk kari Baba's. Apalagi..santan takde kita guna susu...sedap.


Jemput makan, sambal goreng telur masakan ibu untuk sarapan pagi Jumaat, ada baki lagi digoreng dengan baki nasi..tak elok membazir. Tapi takde pulak yang nak makan nasi goreng ni, semua pilih roti boom..memang BOOM.

Sunday, November 20, 2011

Janda Baik..kami datang

Minggu lepas seminggu sebelum berakhirnya musim persekolahan, aku mengajak suami bawa anak-2 ke Janda Baik. Seronoknya. Beriya aku masak-2 tapi terlupa nak ambil gambar. Masak ayam masak merah, daging korban masak kicap, sambal ikan bilis n kek coklat kukus...Teruja.


Tengok xtvt orang ramai yang datang..sebelum ke penginapan.



Tidur kat Maninjau Chalet Janda Baik. RM90.00 aje janji ada bilik air sendiri. Bolehlah, makanan semua kami bawa masak sendiri.

Suami memasak untuk hidangan sarapan pagi kami.

Nasi goreng terbaik.

Jiran sebelah pondok yang kami sewa. Orang Kerinchi. Seronok sebab dapat jiran yang mesra, sesi sarapan pagi bersama. Share makanan yang dibawa. Tq En Harith, Puan Sarina, Zulaikha, Zulfakar, Aisyah n adiknya.

Mandi manda, Adli x join sebab x leh terjun...Sebelum balik ibu pun turun berendam juga, masa semua orang dah naik atas, lepas gian.


Friday, November 18, 2011

Bila keputusan peperiksaan keluar...khas buat anakandaku Ilham Adli

Assalamualaikum buat semua.

Sepanjang minggu ni semasa menanti result exam, hati berdebar-2. Yelah anak pertama ambil exam UPSR, UPSRA dan SPPIM (exam Pentaksiran Pelajar MUSLEH). Nasib baik ibu x de sakit jantung. Doa saja penenang jiwa, apa pun result anak dapat, kena terima dengan tabah dan sabar serta bersyukur seadanya.

Akhirnya semua persoalan terjawab dan perasaan tu hilang bila semua keputusan telah diumumkan. Walaupun tak dapat sebagus anak kengkawan yang lain, namun ada perbezaan pencapaiannya (2A 3B) dengan percubaan akhir UPSR (5B). Alhamdulillah ibu syukur seadanya. Tahniah Am, walaupun jauh disudut hati ibu sedih tapi ibu redha. Anak ibu lulus semua exam yang diambil. Alhamdulillah juga Am dapat A untuk Math.

Sebagai calun persendirian UPSRA, kerana sekolah tidak mewajibkan TAPI ibu beriya nak Am ambil. Alhamdulillah juga, walaupun pergi kelas tambahan untuk pelajar yang ambil UPSRA, 2 kali sahaja dan dengan izin Allah sumbangan contoh-2 soalan dari Ustazah Laila jiran selorongku di minggu terakhir exam, Am berjaya juga walaupun setakat dapat Jayid aje.

Alhamdulillah juga Am dapat 5A 4B untuk exam SPPIM. Selalu masa exam sekolah memang teruk sangat resultnya. Tapi sampai sekarang ibu tak faham apa yang membezakan sistem pelajaran sekolah agama kerajaan dengan sekolah Am. Takpelah macam ni ibu dah dapat sedikit pengalaman.

Tahniah ye nak, walaupun ibu sedih sebenarnya masa tulis N3 ini TAPI usaha Am yang sememangnya kuat sangat main ada juga perubahannya. Harap Am lebih fokus lagi untuk exam pada masa-2 hadapan.

Sayang selalu dari ibu..semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati semua anak-2 ibu.

Wednesday, November 9, 2011

Apam dot-2 untuk sarapan anak-2 yang bercuti Eidul Adha.




Alhamdulillah dan sangat gembira, walaupun apamnya tak gebu sangat tapi lembut. Rasanya banyak-2 kali yang dibuat, ini yang paling aku berpuashati. Kena banyak lagi ulangkaji buat ni sehingga menemui rentaknya.

Ibu adun khas untuk sarapan Adli & Nazmi yang cuti sekolah sempena Aidil Adha pada hari Selasa, kelmarin.