Wednesday, July 27, 2011

Resepi sambal telur..

Permintaan resepi sambal telur caraku...

ANAA akak masak sempoi aje.

Tumis cili kering yang dah siap blend dengan bawang besar hingga garing.
Letak garam secukup rasa
Masuk telur sebiji-sebiji...jangan dikacau sangat nanti hancur, tak best..siap dimakan.

Saturday, July 23, 2011

Sambal goreng telur

Assalam semua. Harini ibu x masak tengahari, depa pulak mandi kolam kat luar rumah. Tengahari kelaparan, pandai anak-2, bakar roti. Maghribnya sibuk Nazmi dan Adli nak ke surau, balik rumah kul 8 malam, ibu suruh makan, depa kata tak nak..tahu kenapa? Depa g mengopi..adussh. Ibu beriya masakkan depa sambal goreng telur yang menyebabkan ibu dah makan 2 x malam ini sahaja.







Maafkan ibu sayang, ibu sibuk siapkan tempahan dari Mak Chu kamu..he he he. Tapi memang sedaplah sambal telur tu...







Friday, July 22, 2011

Makan-2 sebelum sampainya Ramadhan..





Alhamdulillah akhirnya berjaya gak ganti puasa..14 hari wei, jenuh makcik. Asal dulu dalam bulan Syawal tahun lepas dah ganti 3 hari, lepas tu, hancur, makan saja. Lepas tu tak kuat iman..nak makan aje. Ha Padan muka, nasib baik selesai sudah. Alhamdulillah.

Bos aku, Mura pun menamatkan posa gantinya yang cuma 3 hari bersamaku..

So, harini kami sepakat buat makan-2 kat ofis. Ada lagi yang aku lupa nak ambil gambar, cam nasi himpit, kuah kacang, satar dan karipap yang dibawa oleh Ton dan Naim. Kenyang, alhamdulillah.

Nasi lemak dan sambal ikan bilis, menu berbuka puasa Nazmi dan Fathieha









Semalam hari Khamis, ibu ganti puasa yang terakhir, he he he, ganti lambat-2 lagi. Tapi yang seronoknya puasa hari akhir ini ditemani oleh 2 orang anakku iaitu Nazmi dan Fathieha..beriya-2 mereka, siap pesan ibu kejutkan sahur. Sangat-2 terharu.

Alhamdulillah masa ambil Fathieha dari Nurseri, cikgunya beritahu, dia masih berpuasa dan semasa mengambil Nazmi, dia kata, adik tunggu ibu kat kantin, tengok orang makan, nampak sedap...tapi adik puasa..klu tak puasa memang susah dia lekat kat kantin, main saja.

Sebab mereka berpuasa dan sebagai tanda kasih ibu, ibu masakkan nasi lemak, Nazmi siap request nak sambil ikan bilis..he he he

Pukul 5 petang mereka dah mula lapar...tapi ku cakap, dah lama depa bertahan, harap dapat tahan sedikit masa lagi.

Alhamdulillah dapat mereka menghabiskan puasa bersamaku. Along x puasa sebab ada bola sepak katanya..

Wednesday, July 20, 2011

Ayam lagi...

Assalamualaikum semua.

Rasanya makan ayam sesaja minggu ni...he he he. So, ibu masak nasi ayam untuk hidangan makan malam ini. Malas nak ambil gambar nasi dan sup.



Ayam goreng ni mudah aje, basuh bersih, gaul kunyit garam, ibu ambil sup bunjut basuh dan keluarkan dari bungkusan, ditumbuk dengan bawang merah, bawang putih dan sedikit halia..goreng, sedap gitu-gitu.



Ini pula tempahan yang disiapkan untuk Puan Baiti, member Chah...terima kasih daun keladi, nnt tempah lagi..he he he


Ini pula ode dari Puan Nurul Izza..tqvvvm Izza. Izza ode 50 untuk dia, 50 untuk member dia, tq tq tq.

Tuesday, July 19, 2011

Menu berbuka harini...

Serawa durian/pulut durian

Ayam masak merah

Nasi tomato

Assalamualaikum..Ramadhan semakin menghampiri, semestinya kita semua merindui kedatangannya.

Terajin sedikit, masak serawa durian sebab ada baki durian musang king di rumahku. Khas buat puteriku, Fathieha.

Nasi tomato dan ayam masak merah pula kegemaran anak sulungku, Adli tapi sayang peminatnya balik dari sekolah mengadu sakit telinga dan kepala bagai dicucuk-cucuk..rasanya kepanasan sebab makan durian malam tadi.

Anak ke 3, Nazmi, bab makan x banyak hal. Janji ada kuah kari atau sup atau sambal, dia leh makan. Kalau nasi ayam, ayamnya x dimakan..itu sebab badan ibu membesar bagai JOHAN.

Paksa juga dia makan sebab nak suruh makan panadol..anak-2. Itulah bila dah sakit terasa susah semuanya, sakit badan dan tak larat segala-galanya, masa sihat, ibu nasihat tak nak dengar..apa-2 pun moga Ilham Adli cepat pulih.

Malas nak taip resepi masakan-2 ku ini. Rasanya pun semua orang dah tahu.

Sunday, July 17, 2011

Pizza lagik..

Before

In Progress

After

Resepinya mudah sahaja. Ada kat MyR.

Untuk resepi doh pizza,

1 mug tepung gandum
1/2 peket yis yang direndam di dalam air suam
Gula sedikit

Gaul yis di dalam tepung dan uli, saya main agak sahaja airnya. Biarkan seketika, bila adunan naik, tumbuk dan uli lagi..buat 2-3 kali.

Sapu marjerin keliling loyang dan letak doh atas loyang, lepas tu cucuk dengan garpu.
Sapu sos atas tepung
Letak hiasan mengikut citarasa
Hiasan mengikut citarasa tuan/puan

Kat sini saya ambil resepi asalnya oleh Shakila78 di MyR, mudah sesangat...

Saturday, July 16, 2011

Kenny Roger datang rumahku...

Assalamualaikum..selamat petang semua. Harap semuanya sihat dan seronok beriadah bersama keluarga.



Sementara itu pula, aku menerima kunjungan KR...he he he. Hari ini menu makan tengahari kami ayam ala KR...

Resepi asal dari jiran setamanku Che Mid, yang pernahku upload kat MyR suatu waktu dahulu..he he he.

Teringat nak masak gegara tengok dari Dapur-Mamasya yang jauh di sana tu.

Sambil-2 tu siapkan ode dari pelangganku Puan Izza, 50 bj bby fresh fruit tarts untuk dibawa bertandang kerumah kawan suaminya.


Ini pula ode dari SILku, Suhaila yang datang dari Ipoh. Baked blueberry cheese cake..masih dalam freeze lum letak filing lagi.


Ok selamat beristirehat sambil jamu mata.

Friday, July 15, 2011

Mee kari..hidangan berbuka puasa semalam



Menu berbuka puasa semalam tanpa suami di sisi..he he he. Suamiku ke Penang lagi atas urusan kerja.

Hapdate resepi pada Sabtu 16/7/2011

Mee kuning sebungkus-500 gm
1/4 bahagian ayam dibuang kulit dan dipotong kecil
Santan
Serbuk kari-BABAS
Bawang merah
Bawang putih
Perencah tumis-kulit kayu manis & bunga lawang (C n P) dari sini Yusrii Fp..tq
Sup bunjut-aku guna jenama ADABI (basuh dibawah air)
Sedikit garam
Sedikit asam
Sawi
Telur ayam-direbus
Cili basah-kalau suka untuk hiasan

Aku buat kari senang aje,

Panaskan periuk dengan sedikit minyak untuk menumis.
Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan serbuk kari yang telah diletak dengan sedikit air hingga garing.
Masuk ayam/masuk sedikit santan dan kacau.
Masuk semua santan, tangguk sehingga mendidih. (dlm masa menunggu kuah mendidih, bolehlah dimasukkan sup bunjut.


Jom makan


Monday, July 11, 2011

Roti dan kek

Assalamualaikum, mengupload menu sarapan pagi untuk anak2 sekolah pagi tadi.


Sempoi aje..roti salut telur, mudah, senang dan ringkas.

Kek coklat .. resepi asal tengok sini. Ada banyak versi kek coklat yang aku suka cuba try, test dan makan..he he he. Nak....nah, dah di C n P kan..thanks to Fendi.

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
  • Bahan A
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
  • Bahan B
  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • ==============================
  • ** Topping **
  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara

  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi
  3. Kemudian masukkan minyak masak
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk

Saya suka menyibuk bila mama ambil gambar..jadi model kek mama boleh ye sayang. Dah besar nanti x boleh tau kecuali model produk muslimah..he he he.

Selepas pemBERSIHan...

Assalamualaikum....

Selamat pagi semua..

Seawal pagi aku bangun, dah siap apa-2 yang patut, lepak depan PC..FESBUK. Suh depa semua bangun mandi nak ajak suami bawa kami sarapan kat luar..cantik, suami kata nak cuci keta. Dia pun kepenatan sebab malam sebelum ada jamuan makan taman..aku x join sebab sakit kepala, tangan kiri dan kanan..macam dah rasa tua sesangat...

Singgah makan kat HIJAU Jln Sg Pinang, kedai Melayu tapi tukang canai dan pelayan, Pakistan kata suamiku..layan roti telur, roti tampal dan bom..memang meletup rasanya..SODAP, bertambah ode anak-2ku, suka hati koranglah lagipun hujan, terus cakap ngan suami x yah cuci keta...

Lepas makan, hujan teduh, masuk keta, ajak suami jalan-2 tengok KL selepas diBERSIHkan. Anak2 lelakiku ke KL dengan seluar trek aje..hai..hai.


Cuaca pun sedang elok, mendung aje. Suami belok ke Planetarium..apalagi lawatan tanpa rancangan. Layan citer kat Dewan Teaternya..citer pasal perlumbaan ke Angkasalepas oleh Soviet, Amerika dan Jerman kalau tak silap..memang best, anak-2 suker.


Sesi penerangan sebelum berangkat ke 'angkasa'.



Sedang menonton, anak ke 2 bertanya, Ibu, macamana roket nak isi minyak kat PETRONAS..ha ha ha, ketawa aku, gelakkan dia..mana muat dik, dia nak mendarat.




Ibu pun ikut..selamat tinggal ayah..


Suami tak ikut ke angkasa, hanya memandang kami dari jauh..he he he


Selepas mendarat..he he he

Depa ni walau dibawa kemana, sesi menyakat memang x pernah tamat..


Habis menonton, solat Zohor dan sambung balik merayau dalam Planetarium..lepas tu kuar pulak, nampak Taman Burunglah, Muzium Negaralah..depa nak ke Taman Burung, emak depa x minat lagipun cuaca mendung dan sedikit renyai. Kuberi cadangan ke Muzium Negara.


Singgah makan tengahari yang diambil selepas jam 3.30 petang, makan di Muzima Cafe, klu x silap, kedudukan di belakang Muzium Negara..bolehlah, lapar punya pasal. Siap makan, masuk Muzium pulak, layannnnnnnn






Dalam kereta, anak sulung bertanya..antara Hang Tuah dan Hang Jebat siapa yang jahat..





Selesai, singgah solat Asar kat perhentian rehat, jalan nak balik Shah Alam-Ipoh. Suami tanya nak kemana..x kisah, kami ikut. Jalan kat highway baru (LEKAS)..kuar kat Templer tu..

Solat maghrib pulak kat Petronas Selayang kot, aku tak pasti..balik konon nak makan malam kat AYOB CAFE, Seksyen 7, KD..he he he tutup, Nurul rakan FB kata, Ahad malam Isnin TUTUP. Kami pekena Sany char koey teow kat area Subang Airport lama, leh tahan rasanya, sama ngan yang depan IJN tu. Nazmi ode nasi kukus tapi sebab nampak ramai yg tak dapat akhirnya dia ode sama cam kami..layan, janji kenyang.

Masa aku menaip ni, depa 3 beradik sedang diulit mimpi..zzzzzzzzzzzzz, suami tengah layan PC baca berita-2 dari blog tentang BERSIH semalam, member turun dah lepas kul 2 tak lepas..he he he