Friday, July 22, 2011

Nasi lemak dan sambal ikan bilis, menu berbuka puasa Nazmi dan Fathieha









Semalam hari Khamis, ibu ganti puasa yang terakhir, he he he, ganti lambat-2 lagi. Tapi yang seronoknya puasa hari akhir ini ditemani oleh 2 orang anakku iaitu Nazmi dan Fathieha..beriya-2 mereka, siap pesan ibu kejutkan sahur. Sangat-2 terharu.

Alhamdulillah masa ambil Fathieha dari Nurseri, cikgunya beritahu, dia masih berpuasa dan semasa mengambil Nazmi, dia kata, adik tunggu ibu kat kantin, tengok orang makan, nampak sedap...tapi adik puasa..klu tak puasa memang susah dia lekat kat kantin, main saja.

Sebab mereka berpuasa dan sebagai tanda kasih ibu, ibu masakkan nasi lemak, Nazmi siap request nak sambil ikan bilis..he he he

Pukul 5 petang mereka dah mula lapar...tapi ku cakap, dah lama depa bertahan, harap dapat tahan sedikit masa lagi.

Alhamdulillah dapat mereka menghabiskan puasa bersamaku. Along x puasa sebab ada bola sepak katanya..

No comments:

Post a Comment