Monday, July 11, 2011

Roti dan kek

Assalamualaikum, mengupload menu sarapan pagi untuk anak2 sekolah pagi tadi.


Sempoi aje..roti salut telur, mudah, senang dan ringkas.

Kek coklat .. resepi asal tengok sini. Ada banyak versi kek coklat yang aku suka cuba try, test dan makan..he he he. Nak....nah, dah di C n P kan..thanks to Fendi.

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
  • Bahan A
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
  • Bahan B
  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • ==============================
  • ** Topping **
  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara

  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi
  3. Kemudian masukkan minyak masak
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk

Saya suka menyibuk bila mama ambil gambar..jadi model kek mama boleh ye sayang. Dah besar nanti x boleh tau kecuali model produk muslimah..he he he.

3 comments:

  1. Salam yang, tetiba teringin pulak nak cuba kek ni, tapi bahan tak cukup lak...kedai jauh...cubaaaan..!

    ReplyDelete
  2. Assalam Che Mid..ye yang, cubalah jangan x cuba, dah ramai orang buat ni...

    ReplyDelete
  3. Kek coklat...kat rumah mmg laku.amboi kakak posing dg kek...lepas posing boleh terus mkn.abg2 tentu seronok boleh jadi angkasawankan....

    ReplyDelete