Monday, July 11, 2011

Selepas pemBERSIHan...

Assalamualaikum....

Selamat pagi semua..

Seawal pagi aku bangun, dah siap apa-2 yang patut, lepak depan PC..FESBUK. Suh depa semua bangun mandi nak ajak suami bawa kami sarapan kat luar..cantik, suami kata nak cuci keta. Dia pun kepenatan sebab malam sebelum ada jamuan makan taman..aku x join sebab sakit kepala, tangan kiri dan kanan..macam dah rasa tua sesangat...

Singgah makan kat HIJAU Jln Sg Pinang, kedai Melayu tapi tukang canai dan pelayan, Pakistan kata suamiku..layan roti telur, roti tampal dan bom..memang meletup rasanya..SODAP, bertambah ode anak-2ku, suka hati koranglah lagipun hujan, terus cakap ngan suami x yah cuci keta...

Lepas makan, hujan teduh, masuk keta, ajak suami jalan-2 tengok KL selepas diBERSIHkan. Anak2 lelakiku ke KL dengan seluar trek aje..hai..hai.


Cuaca pun sedang elok, mendung aje. Suami belok ke Planetarium..apalagi lawatan tanpa rancangan. Layan citer kat Dewan Teaternya..citer pasal perlumbaan ke Angkasalepas oleh Soviet, Amerika dan Jerman kalau tak silap..memang best, anak-2 suker.


Sesi penerangan sebelum berangkat ke 'angkasa'.



Sedang menonton, anak ke 2 bertanya, Ibu, macamana roket nak isi minyak kat PETRONAS..ha ha ha, ketawa aku, gelakkan dia..mana muat dik, dia nak mendarat.




Ibu pun ikut..selamat tinggal ayah..


Suami tak ikut ke angkasa, hanya memandang kami dari jauh..he he he


Selepas mendarat..he he he

Depa ni walau dibawa kemana, sesi menyakat memang x pernah tamat..


Habis menonton, solat Zohor dan sambung balik merayau dalam Planetarium..lepas tu kuar pulak, nampak Taman Burunglah, Muzium Negaralah..depa nak ke Taman Burung, emak depa x minat lagipun cuaca mendung dan sedikit renyai. Kuberi cadangan ke Muzium Negara.


Singgah makan tengahari yang diambil selepas jam 3.30 petang, makan di Muzima Cafe, klu x silap, kedudukan di belakang Muzium Negara..bolehlah, lapar punya pasal. Siap makan, masuk Muzium pulak, layannnnnnnn






Dalam kereta, anak sulung bertanya..antara Hang Tuah dan Hang Jebat siapa yang jahat..





Selesai, singgah solat Asar kat perhentian rehat, jalan nak balik Shah Alam-Ipoh. Suami tanya nak kemana..x kisah, kami ikut. Jalan kat highway baru (LEKAS)..kuar kat Templer tu..

Solat maghrib pulak kat Petronas Selayang kot, aku tak pasti..balik konon nak makan malam kat AYOB CAFE, Seksyen 7, KD..he he he tutup, Nurul rakan FB kata, Ahad malam Isnin TUTUP. Kami pekena Sany char koey teow kat area Subang Airport lama, leh tahan rasanya, sama ngan yang depan IJN tu. Nazmi ode nasi kukus tapi sebab nampak ramai yg tak dapat akhirnya dia ode sama cam kami..layan, janji kenyang.

Masa aku menaip ni, depa 3 beradik sedang diulit mimpi..zzzzzzzzzzzzz, suami tengah layan PC baca berita-2 dari blog tentang BERSIH semalam, member turun dah lepas kul 2 tak lepas..he he he

No comments:

Post a Comment